KBBA

lazada

nuffnang

CARA MEMBUAT JAMBANGAN COKLAT BUNGA | CHOCOLATE BOUQUETS

Assalammualaikum.

Dah lama Eyda rasanya Eyda nak ajar korang semua cara nak buat bunga coklat @ chocolate bouquet ni. Tapi disebabkan kekangan kerja hakiki banyak pulak tertunda. Harapnya kali ini kite dapat share ilmu ni dengan korang semua sepenuhnya. 

Kalau korang semua nak tahu, sebelum ni Eyda ambil tempahan untuk buat bunga ni. Ramai yang request nk suruh buat surprise delivery tapi kite tak mampu nak buat. Maklumlah kite ni bekerja office hour, so memang tak ada masa nak hantar ke sana sini.

Kalau ikutkan banyak cerita suka duka masa buat chocolate bouquet ni. Ye lah siap ada yang listkan harga belian dengan harga yang diletak pada bouquet tu. Agak-agaklah kan, masa dan kreativiti tu berapa yang dinilai agaknya. Kalau semua nak kira ikut harga kos sahaja baik tak payah berniaga kan. Hehehehe.. sorry terEMO kejap bila ingatkan balik peristiwa tu.

Sebenarnye nak buat bouquet ni tak susah pun, asalkan kita ada kreativiti dan kemahuan nak buat. Dekat sini kite akan cuba ajar korang semua step by step. Bahan-bahan pun sekarang dah mudah nak cari. Okay jom kite mulakan dengan bahan-bahan yang korang perlu ada untuk buat chocolate bouquet ni.


Bahan-bahan

  • Coklat 
~ ikut saiz bouquet yang hendak dibuat
~ ikut citarasa coklat yang korang nak letak
  • Plastik Pembalut
  • 2 Pembalut 
  • Bunga
  • Daun hiasan 
  • Span Hijau
  • Gunting
  • Sellotape
  • Tape Hijau
  • Doily Paper (ikut bilangan coklat forero)
  • Lidi Satay (panjang & pendek)
  • Ribbon Besar


Gunting  / Tape Hijau / Lidi @ Straw keras

https://www.etsystudio.com/listing/177919488/50-round-5-dark-red-french-lace-paper
Doily Paper
gambar: sumber internet

 
  Bunga / Span Hijau / Coklat / Ribbon / Pembalut

Cara-Cara

Langkah pertama, korang perlu sediakan coklat dahulu. Supaya dapat memudahkan korang untuk hias pada span nanti. Balutkan dahulu coklat Forero dengan plastik wrapping dan cantumkan pada lidi atau straw keras untuk dijadikan tangkai. Kemudian gulungkan doily paper pada sekeliling coklat tadi untuk dijadikan sebagai kelopak bunga dan menaikkan seri pada coklat.

Untuk coklat bar pula, korang hanya perlu lekatkan lidi dibelakang coklat tersebut untuk dijadikan stand supaya senang nak susun pada span nanti. Lekatkan guna sellotape pun sudah cukup sebenarnye. Ada juga yang menggunakan glu gun untuk lekatkan coklat tu. Tapi pada Eyda, sellotape lebih mudah untuk dibuka nanti.

(rujuk pada gamba untuk contoh)


 
 Balut coklat Forero korang dengan plastik wrapping

 
 Jadikan tangkai seperti dalam gambar di atas
 
 
 Balutkan dengan kertas doily

 
 Buat seperti di atas untuk coklat bar

Langkat ke-2 korang sediakan span hijau mengikut ketinggian dan berapa banyak coklat yang korang nak gunakan. Kemudian korang hanya perlu susun mengikut kreativiti korang pada span hijau tu. Susunan kene betul agar bouquet korang boleh berdiri tegak. 

Oh ye, kite nak bagitahu kalau korang menggunakan bunga hidup korang kene gunakan span untuk bunga hidup ye. Span tu berbeza tau, sebab span untuk bunga hidup boleh dibasahkan so jangan silap beli ye.

Untuk contoh ni kite gunakan span kering sebab kite menggunakan bunga hiasan plastik je. Lagi satu tips untuk korang, pilih la bunga yang kelopak baldu supaya bunga nampak hidup dan nampak mahal. Korang susun bunga dan coklat tu mengikut citarasa dan kesesuaian korang.
Susun ikut kreativiti korang
 
Bila dah siap susun korang boleh letakkan atas pembalut tadi. Pembalut tu gunakan 2 warna yang berlainan supaya nampak kontra bila digubah nanti. Dalam contoh ni kite gunakan warna merah dan hitam. Yang ini kite letakkan steps dia supaya mudah

1 -  Potong kertas merah kepada 2 bahagian.
 
2 -  Letakkan secara bersilang seperti X tetapi tidak terlalu jarak

3 -  Letakkan kertas hitam diatas kertas merah tadi. (lipat dari bucu ke bucu menjadi segitiga)

4 -  Kemudian letakkan bunga yang telah digubah tadi atas pembalut tersebut.

5 -  Ukur mengikut kesusaian agar dapat menutup span hijau tadi

6 -  Lipatkan lebihan pembalut agar kemas dengan menggunakan sellotape.

7 -  Akhir sekali lilit bahagian atas span hijau dengan ribbon agar span tidak kelihatan
 
 
 Letakkan ditengah-tengah dan lekatkan sebegini


 Nak mudah gunakan ribbon ready made

  Hasil yang dah siap

Okay mudahkan sebenarnye cara nak buat chocolate bouquet ni.  Jadi lepas ni cuba ringankan tangan untuk buat sendiri supaya dapat jimatkan kos dan juga rase lebih bermakna bila kita buat sendiri.

Owh ya, sebelum tu kite nk tunjuk yang bawah ni adalah contoh bunga hidup yang kita buat. Span dia berbeza tau, lebih lembut dan tidak mengeluarkan habuk yang banyak. 

 
 
 3 KUNTUM - I LOVE YOU

Itulah hasil gubahan bunga hidup. Kalau nak letak lebih banyak bunga pun boleh juga, ikut pada kehendak dan maksud masing-masing. Meh sini kite share sikit pasal kuntuman bunga dan maksudnya. So senang la kan korang nak agak berapa kuntum bunga yang korang nak letak.


Makna Di Sebalik Warna Bunga Ros

1. Bunga Ros Merah
Membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Namun kerana bunga ros sering dikaitkan dengan warna merah, maka ia juga turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk majlis rasmi.

2. Bunga Ros Pink (merah jambu) 
Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Kuning
Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan.

4. Bunga Ros Putih
Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan maksudnya, bunga ros putih sering dijadikan gubahan di hari perkahwinan.

Makna Bilangan Kuntum Bunga Ros
  • Sekuntum Bunga Ros – Melambangkan rasa cinta pandang pertama dan untuk meluahkan bahawa “kaulah satu-satunya untukku”.
  • 2 Kuntum Bunga Ros – Saling sayang menyayangi antara satu sama lain
  • 3 Kuntum Bunga Ros – I Love You
  • 6 Kuntum Bunga Ros – Aku ingin menjadi milikmu untuk selamanya.
  • 7 Kuntum Kuntum Bunga Ros – Menyampaikan rasa yang si dia tergila-gilakan anda
  • 9 Kuntum Bunga Ros – Melambangkan cinta yang abadi sehingga ke akhir hayat
  • 10 Kuntum Bunga Ros – Menyatakan yang anda terlalu sempurnya untuknya
  • 11 Kuntum Bunga Ros – Kau sangat berharga bagiku
  • 13 Kuntum Bunga Ros – Biasanya diberi oleh peminat rahsia
  • 15 Kuntum Bunga Ros – Sebagai tanda memohon kemaafan
  • 20 Kuntum Bunga Ros – Melambangkan kejujuran dalam perhubungan
  • 100 Kuntum Bunga Ros – Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
 (sumber: Nota Wanita )

Nilah antara hasil yang pernah kite buat yang terbaru Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang Peringkat JAKOA Negeri Perak dan Kedah pada awal tahun ni.

 Disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakoa Malaysia

Lagi satu sebelum penutup... hehehe.. korang boleh la beli belon yang comel-comel untuk letak jugak pada bunga tu nanti. So jadi la ala-ala surprise delivery tu. Nampak lebih menarik kan.


Selamat mencuba ya korang semua. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua yang berminat nak menggubah coklat bunga aka @ chocolate bouquet ni. Kalau ada yang tak faham tu boleh je nak tanya kite balik. Komen je dekat bawah ni tau. 

In Shaa Allah kalau ada kelapangan nanti Eyda buatkan video pulak cara-cara menggubah bunga coklat @ chocolate bouquets ni.












CORETAN DIARI PINK

SEHARI DI CAMERON HIGHLANDS

Assalammualaikum

Hai semua. Minggu baru ni Eyda bercuti di Lumut. Tapi hari ni nak cerita pasal cuti Hari Malaysia minggu lepas. Alkisah plan last minit nak bawa family jalan-jalan.

Kami bertolak jam 7.30 pagi dari Ipoh ikut jalan Simoang Pulai. Breakfast semua dah siapkan... Hehehe asben request nak makan nasi lemak. Arwah Mak dulu pun kalau kami berjalan memang suke bekal nasi lemak naik ke Cameron.

Pergi sana bawa Abah dan anak buah. Dah lama tak bawa Abah jalan ke Cameron ni. Terimbaulah sekejap kenangan mengusik jiwa kite dan Abah. Abah pulak mula bercerita nostalgia lama. Dari kecik lagi Abah memang suka bawa kami sekeluarga ke sini. Pergi pagi petang baru turun. Masa tu kami ikut Tapah then singgah rumah ayah saudara iaitu adik arwah mak dekat kuarter Telekom Tapah tu.

Hari tu kami sampai ke Tanah Rata dalam pukul 10. Makan dulu dekat taman yang berdekatan dengan Terminal Bas Cameron Highlands tu. Sambil makan Abah pun bercertita semula kisah-kisah lama. Katanya Cameron dah banyak berubah, kalau Abah bawa kereta ni dah tak tahu jalan mesti sesat. Hmmm... sambil layan Abah bercerita aku pun menguruskan anak-anak buah bersarapan. Diaorang pun seronok dan teruja sebab majoriti tak pernah datang ke sini. Abah pun bertambah makan nasi lemak dekat atas ni.. Dia tambah nasi pun dah buat kite HAPPY SANGAT... sebabnye Abah dh kurang nak makan banyak sekarang ni.


Lepas makan bawa pulak diaorg semua pergi ke MARDI. Dekat sana dok bergamba je la sambil tunjuk dekat diaorang semua tanaman-tanaman yang ada dekat situ. Bile tunjuk pokok strawbery bukan main eksited lagi diaorang. Lepas tu jalan-jalan sekeliling MARDI sampai dah tak larat jalan. Tengok anggur, tengok kundur gergasi, tengok arnab lah, macam-macam.





 Jadilah gambar kenang-kenangan dengan Tok diaorang

Lepas dah penat berjalan kononnya nk pergi ke KEA Farm tapi hari pun dah hujan, bawa budak-budak dan Abah yang tak berapa larat nak jalan so tak singgah pun. Kami terus je singgah makan dekat Teh Tarik Place. Masa dekat sini kite macam sentap sikit bile Abah tak nak order makanan sebab dia kata harga mahal. Tak sampai hati agaknya nak order tengok harga macam tu. Tapi tak pe la Abah bukan selalu pun... sob sob sob... Kite pun order la untuk dia mee goreng dan dia pun suke makan sedap katanya. Alhamdulillah, berbaloi la dengan harga tu kan.

Teringin jugak nk pakai topi tu.. kikiki.. Hello Kitty pulak tu



Perjalanan hari ini kami teruskan ke Cameron Lavender. Masa dekat Lavender ni Abah kata dia tak larat nak naik. Dia suruh kiteorang je naik dan dia nak tunggu dalam kereta je katanya. So kami pun keluar la untuk bagi budak-budak ni merasa tengok bunga-bunga lavender dan bunga-bunga segar yang lain.

Dekat atas ni dah ada macam-macam rupanya. Seronokla budak-budak ni ambil gambar.. eh.. bukan budak-budak je kite pun sama kalut nak ambil gamba dekat situ. HaHaHa. Tapi kite tunjuk gamba budak-budak je cukup lah ye. Kalau tunjuk gamba mak budak ni takut meluat pulak korang nk tengok.





Begitulah cerita kite seharian dia atas tanah tinggi Cameron tu. Perjalanan seharian memang agak penat tapi seronok. Kite pun dah lama tak berjalan dengan Abah macam ni. Terimbau kembali kenangan-kenangan dengan Abah masa kecil-kecil dulu. Syukur Ya Allah masih mampu bawa Abah. Walau pun Arwah Mak dah tak ada.. tapi kenangan bersama tu tetap bersemadi kekal dalam hati dan ingatan ni. Walaupun nampak Abah tu sayu dan hiba sepanjang berada dekat atas tu tapi ada keseronokan dan kegembiraan yang terpamer dimuka dia.

Okaylah nanti kite cerita pasal pergi Marina Resort Pangkor pulak ye...







CORETAN DIARI PINK

MENYESAL MINUM KOPI ORGANIK THE KOPPI NI - KOPI ORGANIK ARTISAN

Assalammualaikum,

Hai semua.

Ingat tak Eyda ada share dekat IG pasal Koppi ni? Kali ni serius Eyda memang menyesal sangat minum Koppi ni.Nak tahu kenapa kita menyesal minum?

Sebabnya, sekali minum kita nak minum lagi. Ewahhhh, macam tagline pulak.

Eyda  sudah pun beberapa kali minum dengan cara yang berlainan dan hasilnya memang sangat memuaskan. Tak kiralah kita minum kopi "o, kopi susu panas mahupun sejuk rasanya tetap terbaik. Bukanlah memuji rasanya terlalu tinggi tapi ini berdasarkan apa yang kita rasa sebagai salah seorang penggemar kopi.

The Koppi merupakan keluaran bumiputera yang diproses sendiri secara tradisional dan yang penting bebas bahan kimia. Originaliti rasa kopi dari The Koppi memang tidak dapat disangkal.The Koppi adalah 100% roasted beans organik, tiada lemak (mentega) dan tiada campuran bahan lain yang menyebabkan rasanya lebih kuat dan kaw.

Lokasi

The Koppi ni ada ladang sendiri yang terletak di Sungkai Perak. Kawasan persekitarannya juga sangat menarik. Secara tak langsung dapat menghasilkan buah kopi yang terbaik juga.

 Keadaan ladang kopi di Sungkai, Perak.

 Berdekatan dengan ladang ada sungai yang mengalir dan air yang jernih.

Secara tidak langsung, hasil buah kopi juga berkualiti dan boleh dituai selepas 3 hingga ke 4 tahun.

Proses

Dalam memastikan kualiti kopi yang terbaik cara proses adalah sangat penting.  Setelah kopi dipetik dari ladang, proses pembersihan dan pengasingan biji kopi sangat lah penting. Proses rendaman biji kopi ini dipanggil fermentation. Proses ini mengambil masa minimum 3 hari.

Kemudian biji kopi akan dijemur dalam talam besi atau aliminium supaya ia lebih cepat kering. Biji kopi ini perlu dikeringkan sehingga betol-betol kering sehingga ke dalam tempurung kopi.  Cuaca sangat memainkan peranan dalam proses ini. Ia mengambil masa 4 hingga ke 7 hari untuk dikeringkan di bawah cuaca panas terik. Namun, sekiranya musim hujan ia boleh mengambil masa sehingga 2 minggu.  Ini semua bagi memastikan kopi yang dihasilkan bermutu tinggi.

Selepas proses pengeringan biji kopi tersebut akan ditumbuk untuk mengasingkan biji kopi dari tempurungnya. Biji kopi yang telah diasingkan dari tempurungnya berwarna hijau. Setelah itu biji kopi akan diasingkan  dari tempurungnya. 

Menurut Encik Hafizi iaitu pengasas The Koppi, biji kopi hijau ini sangat liat dan kenyal.  Walaupun diketuk atau ditumbuk, ia akan kembali ke bentuk asal.  Sehinggakan mesin grindernya beliau pernah rosak kerana mahu mengisar kopi hijau atau green coffee ini.


 Dua gambar ini adalah proses pembersihan, frumentation dan pengasingan biji kopi dijalankan.

Selepas semua proses diatas selesai, barulah proses memanggang kopi tersebut dibuat dengan menggunakan mesin roster khas.  Selepas dipanggang, kopi akan direhatkan selama 3 hari bagi memastikan kopi tersebut mengeluarkan aroma yang tersendiri. Apa yang dimaklumkan oleh Encik Hafizi, sekiranya dikeringkan dengan betul dan disimpan juga dengan cara yang betul, ia mampu bertahan sehingga 10 tahun lamanya.


Roaster yang digunakan untuk memanggang biji kopi

Selepas proses pengeringan selesai, biji kopi akan dikisar halus dan seterusnya dipek untuk dijual. Kopi yang dikisar juga sangat halus dan Eyda menggunakan penapis kopi kertas yang korang boleh dapatkan di Daiso.

Beginilah kopi yang telah dipek untuk pasaran.

The Koppi pernah bersiaran dalam TV Alhijrah untuk slot DIY pada tahun lepas. Selain itu Sinar Harian juga pernah menyiarkan artikel mengenainya pada March 2017.


 TV Al Hijrah segmen DIY

Sepertimana Eyda katakan di atas, Eyda ada cuba buat kopi o, kopi susu dan yang paling best kopi 3 layer ni. Serius tak tipu, kalau korang mencuba kopi 3 layer ni korang akan rasa macam minum kopi jenama antarabangsa tau. Meh sini kite ajar cara nak buat kopi 3 layer ni. Bahan mudah dan cara pun simple.

Koppi 3 layer

Bahan

1. Kopi (The Koppi)
2. Gula Melaka / Gula Merah / Gula Perang
3. Susu Cair
4. Ais Batu

Caranya

1. Rendam kopi lebih kurang untuk 1 cawan
2. Tuangkan air gula ke dalam gelas
3. Masukkan ketulan ais batu
4. Tuangkan susu cair
5. dan akhir sekali tuangkan kopi yang telah ditapis.

Bila dah satukan semua bahan boleh la minum dengan nikmatnya. Memang terasa segar macam minum kopi 3 layer dekat kopitiam terkenal. Sebab tu lah Eyda kata menyesal sangat minum kopi ni.. Sekali dah minum rasa nak lagi dan lagi. Siap bancuh jimat-jimat tau sebab takut habis. Tapi kalau habis pun boleh je beli lagi. Nak tau beli dekat mana? Okay korang semua boleh terus berhubung dengan The Koppi. 


Owh ya, sebelum tu Eyda hendak maklumkan warna kopi ini agak cair tu. Itulah kelemahan yang Eyda nampak tetapi jangan tertipu dengan warnaya sebab rasanya lebih kaw dari yang kita anggap. Tak perlu banyak, 1 sudu pun sudah mencukupi. Ini kerana kopi ini tidak di caramilized seperti kopi yang biasa. Lagi satu kalau korang perasan, bila kita bancuh kopi pasti akan nampak berminyak. Namun tidak pada kopi dari The Koppi, kerana ia tiada bahan tambahan iaitu marjerin @ planta.

Selamat mencuba semua.













CORETAN DIARI PINK

AQUA PORE ERASER Best Ke?

Assalammualaikum

Hai semua...

Hari tu dok dekat kedai makan kite update blog lah. 1st entry untuk www.haidaz.com... ececehhh... teruja jap bila dah dapat domain sendiri. Tapi kali ni bukan la nak cerita pasal domain baru , tapi kite nk cerita pasal Produk Aqua Pore Eraser. Tapi entry dok save dalam draft je, hari ni baru nak publish.

Kite beli Aqua ni dekat Mydin Meru lebih kurang 3 minggu lepas. Masa tu saje jalan-jalan lepas tu cuba cek kulit muka. Dekat situ dia tunjuk la kulit muka kite ni macam mana. Dekat mana ade ade white head, black head semua. Kawasan berminyak kawasan kulit kering semua dia akan tunjuk. Teruja la sekejap sebab tak pernah cek kulit ni macam mana kan. Hehehe...


Sebelum diaorang ni promote produk dia suruh kita scan kulit kita dulu. Ini untuk kenal pasti kulit kita ni berminyak ke, masalah jerawat ke atau pun kulit kering.Inilah hasil kulit yang dilihat menggunakan mesin khas yang mcm microscop.  Inilah hasil kulit yang dilihat menggunakan mesin khas yang mcm microscop. 

 Bahagian Dahi

 Bahagian Pipi

 Ini gamba bahagian hidung. Ada white head & black head

 Bahagian dahi

Berdasarkan apa yang diterangkan, kulit kite ni kulit normal. Bahagian T Zone memang rata-rata akan mengalami masalah berminyak sedikit.

Produk Aqua ni adalah produk tang berasaskan air. Jadinya memang sesuai sangatlah kalau org kulit berminyak. Aqua ni 1 set ada 2 barang iaitu Aqua Pore Eraser dan Foundation.

Pore Eraser ni memang kite suke sangat pakai, sebabnye bila kita apply kulit terasa sejuk je. Pore eraser ni lebih kurang macam toner. Tapi bezanya toner kita pakai selepas cuci muka tapi pore eraser ni kita pakai sebelum cuci muka. Fungsi dia untuk buang semua kotoran yang ada pada kulit muka kita.

Selepas pakai tak perlu tunggu lama kita boleh terus cuci je muka kita.

Ni la set yang kita akan dapat.
Harga - RM150

Okay... tak nak cerita banyak... tengoklah hasil 2 minggu kite pakai produk ni. Disarankan guna setiap kali sebelum solat 5 kali sehari, tapi kite ni xsempat nak buat macam tu kalau hari kerja. Dapat 2 kali sehari je pagi dan malam.

Sebelah kiri sebelum tau. Sebelah kanan tu selepas 2 minggu

Ini memang gamba tanpa makeup 100% tau. Walaupun masih ade liang pori yang jelas tapi dengan penggunaan yang agak huru hara kite ni... ia tetap nampak kesan. Semakin mengecilkan??? Hehehe.. puji diri sendiri ke Eyda oiiii... Hahahaha... tapi yang parut besar tu bukan pori tau..hahahaha.. tu kesan kene cikenpox time nak SPM...kikiki... yang tu mmg tak kan mengecil la kann...

Setelah nampak hasil penggunaan produk ni. InShaaAllah akan teruskan pakai... Foundation dia pun tidak lah berminyak dan rase ringan bila kita pakai.  Kalau tak pakai make up pun dh rase ok dengan faundation ni.



Nilah hasinye dengan hanya menggunakan foundation dr Aqua. Tak ada makeup pun memang kite gunakan foundation sahaja. Lipstik pun tak pakai.

So kite tak perlu ragu lagi dengan produk ni. Sebab sepanjang pakai pun tak de apa2 kesan sampingan pada muka. Bukan ape, sebab kite ni alergi sikit kalau produk tu byk bahan kimia. Biasanya muke akan jadi merah-merah dan gatal kalau produk tu tak sesuai dengan kulit kite.

Jadi kalau ada yang nk cuba boleh la tengok facebook Aqua International Malaysia.
Selamat mencuba.





CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...