KBBA

lazada

nuffnang

CARA MEMBUAT JAMBANGAN COKLAT BUNGA | CHOCOLATE BOUQUETS

Assalammualaikum.

Dah lama Eyda rasanya Eyda nak ajar korang semua cara nak buat bunga coklat @ chocolate bouquet ni. Tapi disebabkan kekangan kerja hakiki banyak pulak tertunda. Harapnya kali ini kite dapat share ilmu ni dengan korang semua sepenuhnya. 

Kalau korang semua nak tahu, sebelum ni Eyda ambil tempahan untuk buat bunga ni. Ramai yang request nk suruh buat surprise delivery tapi kite tak mampu nak buat. Maklumlah kite ni bekerja office hour, so memang tak ada masa nak hantar ke sana sini.

Kalau ikutkan banyak cerita suka duka masa buat chocolate bouquet ni. Ye lah siap ada yang listkan harga belian dengan harga yang diletak pada bouquet tu. Agak-agaklah kan, masa dan kreativiti tu berapa yang dinilai agaknya. Kalau semua nak kira ikut harga kos sahaja baik tak payah berniaga kan. Hehehehe.. sorry terEMO kejap bila ingatkan balik peristiwa tu.

Sebenarnye nak buat bouquet ni tak susah pun, asalkan kita ada kreativiti dan kemahuan nak buat. Dekat sini kite akan cuba ajar korang semua step by step. Bahan-bahan pun sekarang dah mudah nak cari. Okay jom kite mulakan dengan bahan-bahan yang korang perlu ada untuk buat chocolate bouquet ni.


Bahan-bahan

  • Coklat 
~ ikut saiz bouquet yang hendak dibuat
~ ikut citarasa coklat yang korang nak letak
  • Plastik Pembalut
  • 2 Pembalut 
  • Bunga
  • Daun hiasan 
  • Span Hijau
  • Gunting
  • Sellotape
  • Tape Hijau
  • Doily Paper (ikut bilangan coklat forero)
  • Lidi Satay (panjang & pendek)
  • Ribbon Besar


Gunting  / Tape Hijau / Lidi @ Straw keras

https://www.etsystudio.com/listing/177919488/50-round-5-dark-red-french-lace-paper
Doily Paper
gambar: sumber internet

 
  Bunga / Span Hijau / Coklat / Ribbon / Pembalut

Cara-Cara

Langkah pertama, korang perlu sediakan coklat dahulu. Supaya dapat memudahkan korang untuk hias pada span nanti. Balutkan dahulu coklat Forero dengan plastik wrapping dan cantumkan pada lidi atau straw keras untuk dijadikan tangkai. Kemudian gulungkan doily paper pada sekeliling coklat tadi untuk dijadikan sebagai kelopak bunga dan menaikkan seri pada coklat.

Untuk coklat bar pula, korang hanya perlu lekatkan lidi dibelakang coklat tersebut untuk dijadikan stand supaya senang nak susun pada span nanti. Lekatkan guna sellotape pun sudah cukup sebenarnye. Ada juga yang menggunakan glu gun untuk lekatkan coklat tu. Tapi pada Eyda, sellotape lebih mudah untuk dibuka nanti.

(rujuk pada gamba untuk contoh)


 
 Balut coklat Forero korang dengan plastik wrapping

 
 Jadikan tangkai seperti dalam gambar di atas
 
 
 Balutkan dengan kertas doily

 
 Buat seperti di atas untuk coklat bar

Langkat ke-2 korang sediakan span hijau mengikut ketinggian dan berapa banyak coklat yang korang nak gunakan. Kemudian korang hanya perlu susun mengikut kreativiti korang pada span hijau tu. Susunan kene betul agar bouquet korang boleh berdiri tegak. 

Oh ye, kite nak bagitahu kalau korang menggunakan bunga hidup korang kene gunakan span untuk bunga hidup ye. Span tu berbeza tau, sebab span untuk bunga hidup boleh dibasahkan so jangan silap beli ye.

Untuk contoh ni kite gunakan span kering sebab kite menggunakan bunga hiasan plastik je. Lagi satu tips untuk korang, pilih la bunga yang kelopak baldu supaya bunga nampak hidup dan nampak mahal. Korang susun bunga dan coklat tu mengikut citarasa dan kesesuaian korang.
Susun ikut kreativiti korang
 
Bila dah siap susun korang boleh letakkan atas pembalut tadi. Pembalut tu gunakan 2 warna yang berlainan supaya nampak kontra bila digubah nanti. Dalam contoh ni kite gunakan warna merah dan hitam. Yang ini kite letakkan steps dia supaya mudah

1 -  Potong kertas merah kepada 2 bahagian.
 
2 -  Letakkan secara bersilang seperti X tetapi tidak terlalu jarak

3 -  Letakkan kertas hitam diatas kertas merah tadi. (lipat dari bucu ke bucu menjadi segitiga)

4 -  Kemudian letakkan bunga yang telah digubah tadi atas pembalut tersebut.

5 -  Ukur mengikut kesusaian agar dapat menutup span hijau tadi

6 -  Lipatkan lebihan pembalut agar kemas dengan menggunakan sellotape.

7 -  Akhir sekali lilit bahagian atas span hijau dengan ribbon agar span tidak kelihatan
 
 
 Letakkan ditengah-tengah dan lekatkan sebegini


 Nak mudah gunakan ribbon ready made

  Hasil yang dah siap

Okay mudahkan sebenarnye cara nak buat chocolate bouquet ni.  Jadi lepas ni cuba ringankan tangan untuk buat sendiri supaya dapat jimatkan kos dan juga rase lebih bermakna bila kita buat sendiri.

Owh ya, sebelum tu kite nk tunjuk yang bawah ni adalah contoh bunga hidup yang kita buat. Span dia berbeza tau, lebih lembut dan tidak mengeluarkan habuk yang banyak. 

 
 
 3 KUNTUM - I LOVE YOU

Itulah hasil gubahan bunga hidup. Kalau nak letak lebih banyak bunga pun boleh juga, ikut pada kehendak dan maksud masing-masing. Meh sini kite share sikit pasal kuntuman bunga dan maksudnya. So senang la kan korang nak agak berapa kuntum bunga yang korang nak letak.


Makna Di Sebalik Warna Bunga Ros

1. Bunga Ros Merah
Membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Namun kerana bunga ros sering dikaitkan dengan warna merah, maka ia juga turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk majlis rasmi.

2. Bunga Ros Pink (merah jambu) 
Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Kuning
Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan.

4. Bunga Ros Putih
Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan maksudnya, bunga ros putih sering dijadikan gubahan di hari perkahwinan.

Makna Bilangan Kuntum Bunga Ros
  • Sekuntum Bunga Ros – Melambangkan rasa cinta pandang pertama dan untuk meluahkan bahawa “kaulah satu-satunya untukku”.
  • 2 Kuntum Bunga Ros – Saling sayang menyayangi antara satu sama lain
  • 3 Kuntum Bunga Ros – I Love You
  • 6 Kuntum Bunga Ros – Aku ingin menjadi milikmu untuk selamanya.
  • 7 Kuntum Kuntum Bunga Ros – Menyampaikan rasa yang si dia tergila-gilakan anda
  • 9 Kuntum Bunga Ros – Melambangkan cinta yang abadi sehingga ke akhir hayat
  • 10 Kuntum Bunga Ros – Menyatakan yang anda terlalu sempurnya untuknya
  • 11 Kuntum Bunga Ros – Kau sangat berharga bagiku
  • 13 Kuntum Bunga Ros – Biasanya diberi oleh peminat rahsia
  • 15 Kuntum Bunga Ros – Sebagai tanda memohon kemaafan
  • 20 Kuntum Bunga Ros – Melambangkan kejujuran dalam perhubungan
  • 100 Kuntum Bunga Ros – Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
 (sumber: Nota Wanita )

Nilah antara hasil yang pernah kite buat yang terbaru Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang Peringkat JAKOA Negeri Perak dan Kedah pada awal tahun ni.

 Disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakoa Malaysia

Lagi satu sebelum penutup... hehehe.. korang boleh la beli belon yang comel-comel untuk letak jugak pada bunga tu nanti. So jadi la ala-ala surprise delivery tu. Nampak lebih menarik kan.


Selamat mencuba ya korang semua. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua yang berminat nak menggubah coklat bunga aka @ chocolate bouquet ni. Kalau ada yang tak faham tu boleh je nak tanya kite balik. Komen je dekat bawah ni tau. 

In Shaa Allah kalau ada kelapangan nanti Eyda buatkan video pulak cara-cara menggubah bunga coklat @ chocolate bouquets ni.












CORETAN DIARI PINK

17 comments:

  1. Buat sendiri memang boleh jimat banyak.. kos tinggi bergantung pada choc apa yang digunakan..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mekasih...Lepas ni boleh try buat sendiri kan...hehehe...

      Delete
  3. cantiknya... nak buat sndiri tak reti. lepasni boleh la berjimat kan

    ReplyDelete
  4. Tq eyda kongsi DIY jambangan bunga coklat...serius suka tgk hasil tangan eyda kreatifnya!

    ReplyDelete
  5. cantik.. boleh tak kalo letak botol minyak wangi kt jambangan tu? ke berat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi cara susunan botol tu kena betol.. supaya tidak terlalu berat.

      Delete
  6. Orang yang kreatif memang rajin lah nak siapkan jambangan bunga coklat ni

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Harga tidak sama. Ikut pada jenis bunga. Kalau jenis baldu ni mahal sikit. Kalau bunga hiduo lg mahal. Kita kena kira ikut kos yang kita beli.

      Delete
  8. thanks for sharing.. ada masa nak buat sendiri nanti.

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...