KBBA

nuffnang

MENYESAL MINUM KOPI ORGANIK THE KOPPI NI - KOPI ORGANIK ARTISAN

Assalammualaikum,

Hai semua.

Ingat tak Eyda ada share dekat IG pasal Koppi ni? Kali ni serius Eyda memang menyesal sangat minum Koppi ni.Nak tahu kenapa kita menyesal minum?

Sebabnya, sekali minum kita nak minum lagi. Ewahhhh, macam tagline pulak.

Eyda  sudah pun beberapa kali minum dengan cara yang berlainan dan hasilnya memang sangat memuaskan. Tak kiralah kita minum kopi "o, kopi susu panas mahupun sejuk rasanya tetap terbaik. Bukanlah memuji rasanya terlalu tinggi tapi ini berdasarkan apa yang kita rasa sebagai salah seorang penggemar kopi.

The Koppi merupakan keluaran bumiputera yang diproses sendiri secara tradisional dan yang penting bebas bahan kimia. Originaliti rasa kopi dari The Koppi memang tidak dapat disangkal.The Koppi adalah 100% roasted beans organik, tiada lemak (mentega) dan tiada campuran bahan lain yang menyebabkan rasanya lebih kuat dan kaw.

Lokasi

The Koppi ni ada ladang sendiri yang terletak di Sungkai Perak. Kawasan persekitarannya juga sangat menarik. Secara tak langsung dapat menghasilkan buah kopi yang terbaik juga.

 Keadaan ladang kopi di Sungkai, Perak.

 Berdekatan dengan ladang ada sungai yang mengalir dan air yang jernih.

Secara tidak langsung, hasil buah kopi juga berkualiti dan boleh dituai selepas 3 hingga ke 4 tahun.

Proses

Dalam memastikan kualiti kopi yang terbaik cara proses adalah sangat penting.  Setelah kopi dipetik dari ladang, proses pembersihan dan pengasingan biji kopi sangat lah penting. Proses rendaman biji kopi ini dipanggil fermentation. Proses ini mengambil masa minimum 3 hari.

Kemudian biji kopi akan dijemur dalam talam besi atau aliminium supaya ia lebih cepat kering. Biji kopi ini perlu dikeringkan sehingga betol-betol kering sehingga ke dalam tempurung kopi.  Cuaca sangat memainkan peranan dalam proses ini. Ia mengambil masa 4 hingga ke 7 hari untuk dikeringkan di bawah cuaca panas terik. Namun, sekiranya musim hujan ia boleh mengambil masa sehingga 2 minggu.  Ini semua bagi memastikan kopi yang dihasilkan bermutu tinggi.

Selepas proses pengeringan biji kopi tersebut akan ditumbuk untuk mengasingkan biji kopi dari tempurungnya. Biji kopi yang telah diasingkan dari tempurungnya berwarna hijau. Setelah itu biji kopi akan diasingkan  dari tempurungnya. 

Menurut Encik Hafizi iaitu pengasas The Koppi, biji kopi hijau ini sangat liat dan kenyal.  Walaupun diketuk atau ditumbuk, ia akan kembali ke bentuk asal.  Sehinggakan mesin grindernya beliau pernah rosak kerana mahu mengisar kopi hijau atau green coffee ini.


 Dua gambar ini adalah proses pembersihan, frumentation dan pengasingan biji kopi dijalankan.

Selepas semua proses diatas selesai, barulah proses memanggang kopi tersebut dibuat dengan menggunakan mesin roster khas.  Selepas dipanggang, kopi akan direhatkan selama 3 hari bagi memastikan kopi tersebut mengeluarkan aroma yang tersendiri. Apa yang dimaklumkan oleh Encik Hafizi, sekiranya dikeringkan dengan betul dan disimpan juga dengan cara yang betul, ia mampu bertahan sehingga 10 tahun lamanya.


Roaster yang digunakan untuk memanggang biji kopi

Selepas proses pengeringan selesai, biji kopi akan dikisar halus dan seterusnya dipek untuk dijual. Kopi yang dikisar juga sangat halus dan Eyda menggunakan penapis kopi kertas yang korang boleh dapatkan di Daiso.

Beginilah kopi yang telah dipek untuk pasaran.

The Koppi pernah bersiaran dalam TV Alhijrah untuk slot DIY pada tahun lepas. Selain itu Sinar Harian juga pernah menyiarkan artikel mengenainya pada March 2017.


 TV Al Hijrah segmen DIY

Sepertimana Eyda katakan di atas, Eyda ada cuba buat kopi o, kopi susu dan yang paling best kopi 3 layer ni. Serius tak tipu, kalau korang mencuba kopi 3 layer ni korang akan rasa macam minum kopi jenama antarabangsa tau. Meh sini kite ajar cara nak buat kopi 3 layer ni. Bahan mudah dan cara pun simple.

Koppi 3 layer

Bahan

1. Kopi (The Koppi)
2. Gula Melaka / Gula Merah / Gula Perang
3. Susu Cair
4. Ais Batu

Caranya

1. Rendam kopi lebih kurang untuk 1 cawan
2. Tuangkan air gula ke dalam gelas
3. Masukkan ketulan ais batu
4. Tuangkan susu cair
5. dan akhir sekali tuangkan kopi yang telah ditapis.

Bila dah satukan semua bahan boleh la minum dengan nikmatnya. Memang terasa segar macam minum kopi 3 layer dekat kopitiam terkenal. Sebab tu lah Eyda kata menyesal sangat minum kopi ni.. Sekali dah minum rasa nak lagi dan lagi. Siap bancuh jimat-jimat tau sebab takut habis. Tapi kalau habis pun boleh je beli lagi. Nak tau beli dekat mana? Okay korang semua boleh terus berhubung dengan The Koppi. 


Owh ya, sebelum tu Eyda hendak maklumkan warna kopi ini agak cair tu. Itulah kelemahan yang Eyda nampak tetapi jangan tertipu dengan warnaya sebab rasanya lebih kaw dari yang kita anggap. Tak perlu banyak, 1 sudu pun sudah mencukupi. Ini kerana kopi ini tidak di caramilized seperti kopi yang biasa. Lagi satu kalau korang perasan, bila kita bancuh kopi pasti akan nampak berminyak. Namun tidak pada kopi dari The Koppi, kerana ia tiada bahan tambahan iaitu marjerin @ planta.

Selamat mencuba semua.













CORETAN DIARI PINK

6 comments:

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...