KBBA

lazada

nuffnang

TIME TUNNEL | TEMPAT MENARIK DI IPOH

Assalammualaikum, hai semua.

Cuti sekolah ni kalau ada yang ke Ipoh, moh le komer melawat ke Time Tunnel ni. Hehehe. Ini adalah salah satu tarikan terbaru di Ipoh. Time Tunnel ni menempatkan pelbagai alatan yang digunakan pada zaman 70'an hingga ke 90'an. 

Kalau masuk ke sini pastinya akan terimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak bagi kita yang ada pada tahun tersebut. Contohnya peralatan dapur, kedai gunting rambut, alatan sukan di sekolah dan juga koleksi-koleksi kaset dan kodak lama.

Jom Eyda belanja korang gambar-gambar menarik yang ada di Time Tunnel ni.
Pelbagai jenis raga ada dipamerkan di sini. Guni-guni yang ada di atas tu pun digunakan oleh orang lama-lama untuk membeli barang, sebab tu lah ada pelbagai jenis. Mana nak cari beg plastik masa tu kan.
Ini pula antara koleksi yang ada dipamerkan. Contohnya raket badminton ni. Ada yang masih diperbuat daripada kayu tau.
Kanak-kanak zaman dulu kala semestinya tahu pasal bola Ovaltine ni kan. Zaman dahulu semua mainan rasanya berfaedah. Tengoklah bola ni, ianya adalah sebuah globe. Zaman dahulu hafal negara guna globe ni je.



Kaset sebelum wujudnya kaset kecik tu. Player dia pun besar tau. Rumah Abah ada sebelum ni. Rugi pulak tak simpan.

Siapa suka main pemadam masa sekolah dulu? Cepat mengaku. Hehehe.
Koleksi tabung. Dulu kalau menyimpan je mesti dapat tabung ni. Tabung gajah tu dari BSN tau.




Kodak ni dah tak pakai dah kan zaman sekarang. Kalau jual pun mesti mahal kan.

Ini pula antara contoh salon lama kedai jahit dan susun atur rumah dulu-dulu.










  Agak-agak ada lagi ke susu KLIM dan Protimex tu ye?

Ini paling lagend tau.. Walker budak-budak ni memang rare susah nk jumpe kan.


Rumah siapa ada lagi suis macam ni. Rumah Abah Eyda masih guna lagi dekat bahagian atas. hehehe.. Legend la kan rumah Eyda tu.


Haaaa.. macam mana? menarik tak barang-barang yang ada dekat sini? So boleh la korang bawa anak-anak cuti sekolah ni nanti. Biar mereka kenal serba sedikit macam mana zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau korang nk ke sini baca details dekat bawah ni pula.


Waktu Operasi - 10.30 pagi - 5.00 petang
Harga Tiket - RM6
Alamat - 25, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Lokasi -


CORETAN DIARI PINK

5 TEMPAT TARIKAN TERBARU | TEMPAT MENARIK DI IPOH

Assalammualaikum dan hai semua.

Cuti sekolah dah nak dekat ni. Kalau korang ke Ipoh biasanya tempat apa yang korang akan pergi? Biasanya kalau dekat Ipoh ni ramai yang akan kata ianya adalah satu tempat syurga makanan. Siapa tak kenal Nasi Ganja yang sememangnya terkenal seluruh negara. Tapi kali ini Eyda nak cerita sikit tempat yang korang boleh bawa anak-anak berjalan cuti sekolah ini.

1. Time Tunnel

Time Tunnel ni lebih kurang macam terowong masa yang membawa korang semua mengimbau kenangan lama di zaman 70'an hingga ke 90'an. Antaranya perlatan memasak, permainan, kedai gunting rambut, peralatan sekolah, salon, kedai jahit dan beberapa lagi barangan lama. BACA SINI

2. UPSIDE DOWN WORLD IPOH

Upside-Down Wold Ipoh ini juga merupakan salah satu daya tarikan baru di Ipoh. Pasti ramai yang sukakannya sebab semua barang adalah terbalik dan kita kena gunakan kreativiti kita untuk mengambil gambar. Tempat ini sangat menarik dengan susun aturnya yang unit tetapi bila dalam gambar boleh nampak real.

3. FANTASY HOUSE

Fantasy House Trick Art ini juga adalah tempat yang menarik untuk bergambar. Ada beberapa seksyen yang boleh kita ambil. Fantasy, bilik hukuman dan dapur adalah tempat yang paling mendapat sambutan.

4. CONCUBINE LANE

Siapa yang pernah pergi ke Jonker Walk Melaka, pastinya korang akan suka tempat ni juga.  Concubine Lane ni ada bermacam-macam jualan dan tempat menarik seperti Dreamland, Kuma Rainbow Toast, ais kepal dan lain-lain lagi. Korang pasti teruja dengan tempat ni. Disebalik kedai-kendai yang menjual cenderahati di sini korang akan dapat merasai dunia baru di bahagian atas kedai itu seperti Dreamland yang ada di bahagian atas kedai Meiko.

5. YASMIN AT KONG HENG

Di Lorong Kong Heng ini pula korang boleh melihat sendiri barangan koleksi peribadi Arwah Yasmin Ahmad iaitu pengarah yang tersohor dengan cerita SEPET ini. Ia terletak berdekatan dengan PlanB. Korang juga boleh membeli cenderahati sebagai kenangan di Muzium Yasmin Ahmad ini.

Jadi apa tunggu lagi. Kalau tak tahu nak jalan ke mana di Ipoh ni, sekarang korang dah boleh target kan kemana nak bawa anak-anak cuti sekolah ni. 5 tempat yang berdekatan untuk kita habiskan masa dalam 1 hari. Tak perlulah susah-susah nk cari parking banyak tempat. Korang cuma perlu parking di kawasan yang berhampiran kemudian boleh lah berjalan kaki sambil mengambil gamba-gambar mural street art yang ada di sekitar bangunan berdekatan. Contoh macam gambar dekat bawah ni. Ini antara sebahagian mural yang ada.

Apa tunggu lagi rancanglah percutian korang di Ipoh ni dengan sebaiknya.
CORETAN DIARI PINK

PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE

Assalammualaikum, Hai semua.

Korang pernah tak dengar pasal WIPRO UNZA ni tak? Ia adalah syarikat yang membina porfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah dalam pasaran Asia. Kali ini WIPRO UNZA telah mengeluarkan pembersih kewanitaan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, khusus untuk mencerahkan kulit gelap sekitar kawasan miss V wanita. Eyda pula memang pengguna Sumber Ayu daun sirih sebelum ni. Eyda suka pakai yang hijau tu. Kali ini setelah seminggu Eyda menggunakannya, Eyda nak cerita sikit kebaikan menggunakan produk ini. 

Eyda sangat sukakannya, nak tahu kenapa? Sebab Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ini bukan sekadar ada 1 bahan, tetapi ada 3 bahan ekstrak pemutih semula jadi yang dapat membantu korang dalam mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah:

1- Licorice :  Kalau korang rajin tengok pada bahan-bahan yang ada, pastinya korang tau Licorice ini telah digunakan berabad lamanya di Asia, malahan di Yunani dan Mesir juga kerana ia berkesan untuk mendapatkan tona warna kulit yang lebih cerah.

2- Bengkoang :  Ia mengandungi vitamin B1 dan C yang dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan sekali gus memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah.

3- Susu :  Susu sangat bermanfaan untuk mengurangkan perubahan warna disamping memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembetukan melamin dan ia juga membantu pertumbuhan semula kulit kita yang bermasalah.


Selain mencerahkan tona kulit, pencuci feminim ini juga mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 hingga pH 4.5, ia dapat memberi keselesaan yang lebih kepada semua wanita modern di luar sana. Sebab tu Eyda kata kita akan lebih rasa selesa walaupun berada lama diluar dengan aktiviti harian kita. Wanita zaman sekarang ini kan kebanyakkannya berkerjaya, pastinya waktu berada diluar itu lebih lama. Ada masanye melebihi dari 10 jam kita berada diluar.

Lagi satu yang paling Eyda ambil berat dengan bahan dari Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni adalah disebabkan dia ada antiseptik semulajadi yang boleh mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenang serta kegatalan. Maklumlah kulit di bahagian miss V ni sensetif sebenarnya, dan Eyda sendiri sememangnya akan alergi sekiranya sesuatu produk itu ada bahan kimia yang berlebih. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dan wangian yang digunakan juga adala sederhana demi memberi keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensetif macam Eyda.

Semestinya kayu rapet dan ekstrak manjakani dijadikan sumber utama ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga telah menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih berkesan. Bahan utama ini sebenarnye dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan semestinya ia dapat memberi lebih keyakinan kepada setiap wanita. Yang paling penting Produk ini adalah produk yang telah diiktiraf HALAL. Jadi tidak perlu kita meraguinya lagi.

Mudah dibawa kemana sahaja saiz 90ml
Bentuk pembungkusan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ini juga telah diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan, pada siapa yang pakai produk sebelum ni pasti tahu tekstur bagi pencuci daun siri adalah seperti air sahaja tetapi kali ini telah ditambah baik dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Ia juga didatangkan dengan 2 saiz yang berbesa iaitu 90ml yang berharga RM9.20 dan 200ml yang berharga Rm15.50. Korang boleh dapatkan pelbagai rangkaiwan produk SUMBER AYU di semua pasaraya besar, pasaraya dan juga farmasi yang berhampiran dengan rumah korang.


Kalau korang masih mencari pencuci feminin, Eyda sarankan korang cuba Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni. 



CORETAN DIARI PINK

Percutian Menarik Di Negeri Perak | Swiss Garden Beach Resort Damai Laut


Assalammualaikum, hai semua.

Cuti sekolah yang akan datang ni dah ada perancangan ke nak bercuti ke mana? Kalau tak ada lagi jom baca blog Eyda untuk kali ni. Masa cuti baru-baru ni, Eyda pergi bercuti dekat Damai Laut Perak. Cari tempat bercuti yang dekat-dekat aje. Hehehe

5 tahun dulu, Eyda pernah pergi tempat ni tapi masa tu tak berapa menarik. Lagipun masa tu masa jerebu, bacaan pun 171 dekat area Lumut. Kali ni memang sungguh tak sangka ia berubah dah 200% dari apa yang Eyda bayangkan.

Perjalanan kami minggu lepas bermula dari Ipoh pada jam 10.40 pagi. Laluan Ipoh - Lumut tu agak lancar, sampai di Bota kami sempat singgah dulu makan bubur di Gerai Bubur Perak. Dekat sini ada perlbagai jenis bubur tau. Tapi masa kami sampai belum banyak lagi sebab baru pukul 11 pagi. Semua sedang disiapkan di dapur. Dekat Bubur Perak ni ada lebih kurang 11 jenis bubur dan pengat. Ada pengat keledek, pengat pisang, pengat keladi, bubur jagung, bubur anak lebah, bubur caca, bubur kacang hijau, bubur gandum, bubur pulut hitam dan juga bubur lambuk.



Masa kami sampai tu baru ada bubur jagung, bubur kacang hijau dan bubur lambuk je. Disebabkan memang nak makan bubur anak lebah kami tunggu dalam 5 minit. Akhirnya dapat jugak bubur yang lama tak makan ni. Dulu Arwah Mak selalu buat bila kenduri. Bubur dekat sini cukup rasa lemak manis santannya. Cuma Eyda ni je kena jaga gula.hehehe.




Okay kalau korang nak tahu kedai ni memang di tepi jalan lebuh raya Ipoh - Lumut. Kedainya betul-betul berhadapan dengan lampu isyarat. Sambil lalu tu memang korang akan nampak kedai ni. Selepas menjamu selera di kedai ni kami pun meneruskan tujuan kami untuk bercuti di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.

Tiba di Manjung lebih kurang jam 1.30 petang, kami singgah dahulu di AEON Manjung untuk beli beberapa keperluan untuk kudapan sepanjang duduk di hotel. Maklumlah kawasan tu kalau dah masuk memang tak keluar dah.hehehe. Untuk masuk ke Swiss Garden ni mengambil masa lebih kurang 20 minit dari AEON Manjung. Kawasan ni agak sunyi sebab belum di teroka sepenuhnya. Masih banyak lagi hutan-hutan bakau yang ada.


Setibanya kami di hotel, kami belum boleh cek-in bilik lagi sebab waktu cek-in jam 3 petang. So kami disediakan tempat untuk menunggu dan dijamu air sebagai penyegar sementara menunggu. Tetapi kami tidak pergi ke cafe tersebut, kami terlalu eksited nak turun ke laut. Maklumlah masa panas ni laut kan nampak cantik sangat.

Sebenarnye masih ramai lagi yang tidak tahu kewujudan tempat yang cantik seperti di  Swiss Garden Damai Laut ni, termasuklah Eyda sendiri. Maklumlah dulu belum ada private beach macam ni. Sekarang dah rasa macam duduk di pantai-pantai Laut Cina Selatan pula. Duhulu kalau sebut pantai yang menghadap ke Selat Melaka ni tidaklah begitu teruja sebab selalu dikatakan banyak obor-obor dan laut pun tidak secantik di pantai timur.

Itu persepsi orang yang dahulu... tapi sekarang tidak lagi tau. Kalau tak percaya jom Eyda tunjukkan. Inisiatif pihak Swiss Garden ni memang berjaya membuat Eyda terpegun dengan keindahan laut Selat Melaka ni. Masa turun ke kolam renang pun Eyda dah teruja sebabnya pada 5 tahun dulu ia sangatlah berbeza. Dahulu cuma ada kolam renang biasa sahaja, tetapi kali ni ia betul-betul telah berubah dan pastinya anak-anak amat sukakan kawasan ini. Tengok sajalah perbezaan 5 tahun yang lepas. Masa tu Eyda pergi sebab ada bengkel di sana dan bertugas sebagai urusetia.


Bila berjalan di pantai pula, tak sempat nak turun tangga lagi dah terbuntang biji mata melihat keindahan laut di situ. Walaupun masa tu matahari tengah tegak meninggi di atas kepala, tetapi pemandanganya memukau saujana mata memandang. Ewahhh nk terkeluar dah ayat-ayat puitis ni. hehehe.

Korang tengoklah bertapa indahnya pemandangan di sini. Pada Eyda memang puas hatilah sebab jarang dapat jumpe pantai yang view macam ni. Orang Perak kata "peghraak je ropenye". hehehe.






Bilik hotel pun selesa sebab besar dan yang paling penting menghadap ke pantai. Dekat sini ada beberapa jenis bilik tau dan yang hot and spicy adalah bilik yang menghadap pantai dan juga menghadap laut. Ada juga yang menghadap taman. Alhamdulillah bilik yang Eyda dapat ni menghadap pantai yang ada pelbagai aktiviti. Bertambah terujalah nak turun ke pantai petang tu.

Okay jom Eyda tunjuk keadaan bilik pula. Biliknya sangat selesa pada Eyda dan pemandangannya cukup menarik.





Ruang dalam bilik ini sangat luas dan selesa, termasuk juga toilet yang bersih memang buat Eyda rasa puas hati. Dekat sini ada balkoni yang menghadap ke laut. Dari balkoni ni kita boleh nampak tempat permainan kanak-kanak, ada ikan longkang, boleh juga nampak orang naik kuda dan ada tempat haiwan seperti arnab, itik dan angsa juga. 

Selain dari mandi kolam renang yang telah direnovate tu, kita juga boleh buat aktiviti lain seperti berkuda, ATV, Jet ski, menangkap ikan longkang dan beberapa aktiviti pantai yang lain. Nak lagi romatik boleh la tunggu matahari terbenam ( sunset ) cuma masa Eyda pergi tu keadaan berawan dan tak berapa nampak sunsetnya.
Untuk anak-anak yang sukakan playground
Anak-anak paling ramai suka main tangkap ikan longkang ni. Tapi bukan anak-anak je mak-mak pun suka.


Korang boleh naik kuda ni tau.
Ini tempat nak sewa alatan ikan longkang tu harga RM5 je untuk set bekas dan sauk (tapis ikan)
Korang akan dibawa berjalan sekitar pantai selama 20 minit

Sunset tak berapa nak muncul.
Untuk yang sukakan alam korang boleh hiking juga dengan sini
Nak masuk hutan guna basikan pun boleh. 

Untuk yang suka extreme korang boleh la sewa ATV ni.


Ini adalah tempat paling best untuk anak-anak. Dah macam taman tema dah kan cantiknya kolam mandi di Swiss Garden ni. Eyda suka sangat dengan penambahbaikan yang diaorang buat.




Okay selesai pasal aktiviti yang kita boleh buat di sini. Sekarang cerita pasal makanan pulak lah. Hehehe. Breakfast dekat sini best sangat. Semua menu cukup lengkap. Dekat sini ada roti canai tau, panas-panas makan perghhh sedap sangat. Lagi satu untuk peminat cereal mcm Eyda ni, korang pasti akan puas hati sebab dia gunakan jenama yang terkenal tu bukan jenis timbang macam di sesetengah hotel. Kita boleh rasa kelainan pada rasanya bagi yang tahu menilai mest tahu beza. Selain tu menu Eyda semestinya akan cari rice porridge, itu menu wajib Eyda kalau kemana-mana hotel.






Station untuk roti canai dan telur memang terbaik





Suka sangat  buah dan yogurt yang fresh tu, siap bertambah tau.
Owh lupa pula. Ini menu makan malam kami sebab malas nk turun untuk bufet, Menu nasi goreng kampung dan fish n chips. Nasi goreng kampung memang sedap tau. Portion pun besar, naik buncit perut nak habiskan. 


Sebelum korang balik jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sekitar hotel tau. sebab tempatnya memang cantik. Walaupun sekadar di ruang menunggu tapi pemandangannya sangat cantik.




Haaaa... puas bergambar sementara nak tunggu check-out. Sebenarnye ada banyak lagi tapi nanti korang menyampah pula tengok muke Eyda ni.. hahaha.. Tapi jangan la menyampah ye.

Selesai semua urusan dekat sini kalau nak menikmati lebih lagi keindahan pantai, korang boleh la ke depan sikit dari simpang Swiss Garden ni. Korang terus ke Teluk Senangin dekat situ open untuk mandi laut. Dia tak private macam Swiss ni. Kami singgah sekejap untuk bergambar je. Sepanjang jalan nk keluar pun korang boleh ambil gambar juga sebab ada port yang cantik.






Jadi macam mana? Teruja tak nak pergi Swiss Garden Damai Laut ni? Eyda confirm korang akan puas hati tau. So cuti sekolah ni korang boleh la ke sini. Jangan lepaskan peluang ni ye. Booking awal untuk pastikan korang dapat bilik. Maklumlah Swiss Garden dah jadi hot place sekarang ni.

Selamat bercuti korang.... Jumpa lagi dekat tempat lain pula ye.





CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...