KBBA

lazada

nuffnang

Pelancaran Jersi Bola Sepak Negeri Perak The Bos Gaurus edisi 2018

Assalammualaikum.

Hai semua selamat berhujung minggu. Malam tadi Eyda sempat pergi ke pelancaran jersi bola sepak Negeri Perak atau lebih sedap nk sebut The Bos Gaurus. Harapan untuk tahun ni sekurang-kurangnya berjaya mendapat 1 piala.

Majlis diadakan di Dataran Bulatan Amanjaya Meru dan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Perak Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.
Majlis lebih meriah dengan adanya barisan pemain Perak The Bos Gaurus.


Walaupun ada yang kata xberapa cantik tapi Eyda tetap suka dengan jersi ni. Sebab tak serabut sangat dengan logo-logo tajaan. Disusun teratur je. Logo penaja kali ni semestinga ada Al-Ikhsan, MAPS Perak, Quest International University, Lembaga Air Perak (LAP), Tourism Visit Perak dan WCE.

Seperti biasa Home adalah warna rasmi Negeri Perak Kuning dan Away warna merah maroon. Semasa jersi rasmi 2018 diumumkan, Al-Ikhsan juga turut membuka booth untuk peminat dapatkan jersi tersebut.






Dengan menggunakan hashtag baru #theboswillreturn, semestinya peminat bola sepak Kejor Yob Skor ni mahukan team Perak kembali bangkit seperti zaman Khalid Jamlus  dan Saravanan dulu. So dengan harapan tahun ni dapat la angkat 1 piala kan. All the best THE BOS GAURUS

Kredit gambar: FB Perak The Bos Gaurus



CORETAN DIARI PINK

Ipoh Hipster Town | Konda Kondi Cafe

Assalammualaikum,

Hai semua. Ipoh sememangnya terkenal dengan gelaran "Bandar Hipster", makanya banyaklah cafe-cafe hipster yang tumbuh bagaikan cendawan di Bandaraya Ipoh ni.

Konda Kondi Cafe... Hmmm... dengar nama macam nak bermain je kan. Teringat pulak zaman kanak-kanak dulu mest main konda-kondi ni bila berkumpul dengan sepupu-sepupu semua. Tapi kali ni bukanlah nak bercerita mengenai permainan tu, ini adalah sebuah cafe dan ia adalah antara cafe hipster yang terawal berada di Ipoh ni.

Sebelum ni pernah pergi juga, tetapi biasanya orang kata cafe ni awal-awal je rasa dia sedap nanti lama-lama rasa semua lari. Jadi kali ni fokus Eyda pada rasa makanan ni. Adakah dah berubah ke arah yang lebih baik atau pun ke arah yang seperti orang selalu perkatakan tu.




Kali ni teringin nak makan lamb ribs. Maklumlah kambing ni kalau tak kena gaya kita akan dapat yang liatlah, rasa hamis kuat lah.. macam-macam kan. Okay kite tengok macam mana ya rupanya menu kali ni.



Inilah menu yang Eyda order tadi, lamb ribs dan air lemon tea. Orang tua-tua kata petua makan kambing ni kene lawankan dengan limau jadi menu ni lah yang paling sesuai rasanya kan... hehehe.. tapi ikutlah citarasa masing-masing kannnn.


Ini adalah Giant Dinner, ada chicken chop, sosej, sunny side up, bolognise sauce dan fries

Untuk Mix Grill tu macam-macam ada memang complete set, ada chicken chop, steak, lamb, wedges dan sayur seperti carrot dan brocoli.



Antara menu yang kami order, ada spegethi ada Giant Dinner, Mix Grill dan fries. Makanan dekat sini dari segi rupa memang tidak ada yang berbeza dari sebelum ni. Maksudnya dari segi presentation dan juga dari segi portion makanan itu sendiri. Dari segi rasa pun memang puas hati makan. Rasa masih kekal sedap. Kambing tu pun lembut dan puas makan yang penting dagingnya lembut.

Kalau ambil Giant Dinner dan Mix Grill tu memang dah puas hati sebab memang sarat dengan makanan. Memang tak rugi sebab boleh kongsi 2 atau 3 orang. Tapi kalau nak makan sorang kena pastikan perut betul-betul lapar. Cuma spegethi aglio olio tu agak pedas sikit dan tidak disyorkan untuk kanak-kanak atau korang yang tak makan pedas.

Bagi korang yang datang ke Ipoh dan teringin nak try makanan western di hisper cafe dekat Ipoh ni Eyda boleh syorkan untuk pergi ke sini. Waktu beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Lokasi landmark paling mudah adalah Maybank Bandar Ipoh dan Gerbang Malam. Nak terus pergi boleh la guna maps di bawah ni.. Selamat mencuba.








CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...