KBBA

nuffnang

Samyeang Pizza Domino's Terbaru | Annyeong Haseyo Samyeang

Assalammualaikum... Hai semua...

Hari ni 15 Mac 2018, Eyda dapat merasa satu kepuasan antara kenikmatan makan pedas dan manis bersatu dalam mulut.. ehhh.. apa benda Acu Eyda ni merepek ni kan... Ok jom Eyda ceritakan.

Hari ini dalam kalender Eyda, Eyda jatuh cinta dengan rasa kemanisan dan keseronakan rasa pedas dengan menikmati sajian penuh sensari daripada Domino's Pizza. Memang seronok betol merasai keenakkan K-wave Domino's Pizza ni. Memang K-Pop lah hari ni.

Sajian terbaru Domino's Pizza
Semperna pelancaran Pij-ja Samyeang ini, Domino's juga memperkenalkan juga The Samyeangs iaitu kumpulan muzik Domino's yang terdiri daripada 3 ahli dan tetamu wanitanya Ayam-haseyo. Korang mesti tertanya-tanya apa kaitannya kan piza dan kumpulan ni. Kalau korang nak tahu baca sampai habis tau.

Piza kali ini sangat unik disebabkan sos samyeang yang merupakan elemen penting dalam menu piza dari Domino's ni. Sos ini dibuat khas oleh Domino's untuk peminat K-pop yang inginkan rasa kelainan pada pilihan piza mereka. Rasa pedas dan manisnya menyempurnakan segala rasa bila ada dalam mulut kita. Crust yang disyorkan untuk kepuasan menikmati sajian terbaru ini adalah New York Crust

Domino's menawarkan 3 pilihan piza iaitu:

Piza Ayam Samyeang

Piza Tuna Samyeang

Piza Daging Samyeang
3 pilihan ini juga melambangkan tahap kepedasan yang tersendiri. Bagi yang tidak begitu tahan dengan pedas, korang boleh la pilih Piza Ayam Samyeang ni. Rasanya tidak begitu pedas dan disempurnakan dengan mayonis khas dari Domino's. Ayamnya juga sangat puas dan terasa bila digigit. Bagi yang mahukan lebih sedikit rasa pedas dan mahukan pilihan lain, korang boleh pilih Piza Tuna Samyeang. Rasa tuna dan pedas manis sangatlah menyempurnakan satu sama lain.

Apa yang lebih menarik adalah Piza Daging Samyeang. Piza ni paling WOOOOWWWWWWWW.... rasa pedasnya agak maksimum untuk Eyda. Walaupun cuba bertahan tanpa minum air, tapi Eyda tewas juga. Untuk menghilangkan rasa kepedasan tu Eyda cuba selang selikan dengan makanan yang lain yang ada dalam Cheese Box Domino's.

Selain itu Domino's Pizza juga telah meperkenalkan Kepak Ayam-haseyo. Kepak ayam yang telah dibakar sempurna dengan lapisan luar yang disaluti sos sedap samyeang ini sangat serasi. Padanan sos yang membuatkan rasanya sempurna untuk dinikmati. Yummyyyy sangat.

Tak sabar nak menikmati Ayam-haseyo ni
Pengurus Besar, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan mengatakan, "Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menghasilkan sajian terbaru ini yang berinspirasikan kegilaan rakyat malaysia terhadap K-craze sejak beberapa tahun ini."

Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino's Malaysia dan Singapura pula mengatakan, "prioriti utama mereka adalah untuk memperkembangkan jenama mereka dengan jaminan nilai dan kuliti."

Kalau korang nak merasai kenikmatan piza terbaru dari Domino's Pizza ni korang boleh la order online atau pun terus ke mana-mana Domino's yang berhampiran. Korang kena cepat tau, sebab promosi ini terhad sehingga Mei 2018 sahaja. Oleh itu jangan lepaskan peluang yang ada ni. Korang tak kan menyesal kerana memilih sajian Domino's yang baharu ni.

Sekarang ada promosi tau, korang boleh memesan 2 Pizza Deal pada harga RM33 bagi 2 saiz piza regular, RM55 untuk 2 piza besar dan RM77 untuk piza bersaiz Ekstra Besar. Sangat berbaloi kan? Tapi bukan itu sahaja tau. Domino's juga menawarkan Super Tuesday, iaitu tawaran harga serendah RM3.90 untuk saiz personal yang dipesan secara online atau RM4.90 bagi yang memesan di kaunter.

Kalau korang nak tempah dalam talian korang boleh la terus ke http://www.dominos.com.my/ atau pun hubungi terus 1300-888-333... Alaaaahaiiii.... korang kan selalu nyanyi no tempahan Domino's tu. "one three hundred triple eight triple tree" eh ternyanyi pula. hehehe.

Korang jangan lupa untuk kongsikan gambar atau video Piza Samyeang korang di media sosial dan tag sekali @dominosMy di Instagram dan Domino's Pizza Malaysia di Facebook, paling penting #samyeang.

Okay, sebelum Eyda tutup cerita nah Eyda bagi korang tengok semua gamba pizza yang best ni. Mujur magnet Kelab Blogger Ben Ashaari ni sentiasa ada dalam beg. #kbba9 pemberi semangat untuk Eyda meneruskan misi berblog ni.






Tengok muka menahan pedas ni. Huhuhu...





Oppppssssss,,,, hampir terlupa pula Eyda. Apa kaitannya Kumpulan Muzik tadi dengan Pij-ja Samyeang ni kan. Okay korang tengok ni tau. Enjoylah video ni ya. Jangan lupa hafal lirik ni skali ya.






Trivia hari ini -  Tahukah korang semua?
Semua makanan yang disediakan di Domino's Pizza adalah dibakar bukan digoreng.


CORETAN DIARI PINK

20 comments:

  1. Favourite akak Pizza Dominos ni, lamanya tak makan. Kena cuba jugak yang baru ni.

    ReplyDelete
  2. haihhh
    teringin jadinya nak makan

    ReplyDelete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah Ain. Jgn lupa cuba samyeang pizza ni ye

      Delete
  4. lamaaa tak makan domino nak kena ajak en somi ni dah la kita gemar ayam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha harus ajak. Tp utk anak2 kene order selain samyeang la.

      Delete
  5. nyummmm bestnya makan dominoss! lama dah tak makan dominos. hehe. siap ada new recipe lagi kan.


    jemput join segmen Azah :)
    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  6. Kecur ailio tgk pizza daging samyeang tu...adudududu nak cari la hujung minggu ini

    ReplyDelete
  7. ramai orang cakpa sedappp tapi lisa tak try lagi... tak gemar makan ayam ... huhu kang beli takdak orang nk habiskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xmkn ayam ada pilihan tuna dan daging jg tau. Cuba la

      Delete
  8. ramai yang kata sedap tapi kita tak try lagi.. huu~ nanti2 kot.. time tekak betul2 tak de pilihan lain nak makan..

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...