KBBA

lazada

nuffnang

Resepi | Bubur Gandum Permintaan Abah

Assalammualaikum, hai semua.
Baru-baru ni Eyda belikan Abah bubur ayam McD sebab dia tak sihat. Tapi Abah pulak ingatkan itu bubur gandum. Entah kenapa Abah tiba-tiba bercerita panjang pasal bubur gandum. Dalam hati terfikir.... agaknya Abah nak suruh buat tapi bimbang menyusahkan anak dia kot.


So balik dari singgah rumah Abah tu, Eyda pun teeus singgah kedai beli gandum. Bahan lain semua ada dah cuma gandum sahaja yang tiada. Malam tu Eyda terus rebus gandum sampai lembut sebelum Eyda tidur. Esok pagi sebelum pergi kerja Eyda siapkan untuk tambah santan dan bahan-bahan lain.


Eyda masak style mudah dan simple je. Sebab nak makan sendiri untuk Eyda dan Abah je. So ini bahan-bahan yang Eyda gunakan.

3/4 cawan gandum
1 liter air untuk merebus
1/2 cawan gula putih (ikut pada tahap manis yang korang nak guna)
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu sejat
1 helai daun pandan
Secubit garam


Rebus gandum sehingga lembut dengan 1 liter air. Selepas rebus air jangan dibuang. Owh ya kalau korang suka korang boleh tambahkan sagu juga ya. Tapi Eyda tak letak.


Disebabkan Eyda rebus gandum malam, jadi pagi tu baru Eyda letak santan, susu cair, daun pandan, gula dan garam. Eyda letak gula tak banyak sebab Eyda tambahkan stevia, tapi kalau korang sukakan manis korang boleh tambah lagi gula ikut citarasa korang. Eyda wajib kontrol gula ni. Hehehe...


Mudahkan... bila sudah merenih korang boleh la tutup api dan hidangkan. Tapi maaf la Eyda tak ada gamba yang dihidang sebab terkejar-kejar nak pergi kerja. Hehehe.


Haaaa... macam mana? Mudahkan nak masak bubur gandum ni. So selamat mencuba ya. Owh ya... kalau korang nk pelbagaikan pun boleh. Korang boleh tambahkan ubi atau pun jagung. Boleh dimakan tengah panas mahupun sejuk. Eyda suka simpan dulu dlm freezer baru makan. Hehehe.. 

CORETAN DIARI PINK

14 comments:

  1. macam sedap je ni. kalau nuat, mesti anak2 suka.. huhu.. bila nak ada aura rajin tah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat pun sbb atas permintaan Abah.. kalau tak tak rajin juga kot.hehehe

      Delete
  2. sha xpernah buat ni..kena cuba lahh...Alhamdulillah...sempat juga buatkan untuk ayah tersayang yea

    ReplyDelete
  3. Sedap ni ... suka! Terutama bulan puasa. Huishh ... tak sabar nmenanti Ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. tak sabar pulak rasanya.masa tu lg meriah bubur2 ni

      Delete
  4. wow panas2 hirup sedapnya. rasa mcm dh lalu anak tekak plak bila tgk sudip bubur tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tu la.. guna sudip sbb yg kayu ni lg best nk guna... senduk dh guna masak kari. Jap lg rasa kari lekat skali..hehehe

      Delete
  5. eh !! senang jek eh rupanya.. haritu encik suami ada menyebut.. hee~ nanti kita pakai resepi awak jek la eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg senang. Tp kalau dtg mood malas... yg senang pun Eyda rasa susah

      Delete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...