KBBA

nuffnang

Tempat Makan Best di Ipoh | SAGE Food

Assalammualaikum, hai semua...

Kalau sebut Ipoh pastinya korang akan terbayangkan makanan kan. So kali ni Eyda nk cerita sikit pasal SAGE Food ni. Kalau ada yang masih ingat cafe ni dulu di buka dekat Maxwell. Betol-betol corner lot dekat Makcik jual pisang goreng yang best tu. (Nanti Eyda ceritakan pasal Makcik Pisang Goreng ni pula ya)


Sekarang ni diaorang dah tukar tempat operasi tau. SAGE Food dah berpindah dekat area Jelapang berhampiran dengan Pasaraya Billion dan sebaris dengan Suhaimi Cafe. Dengan nafas dan rekaan dalaman yang lebih baru tapi masih mengekalkan keenakan rasa westernnya.

Berhadapan Kaunter Bayaran

Suasana dalam SAGE Food

Dulu Eyda dan member ofis memang selalu order delivery tapi selepas diaorang tukar waktu operasi kami dah tak boleh order sebab diaorang mula beroperasi jam 5 petang hingga 12 tgh malam kecuali hari Khamis diaorang tutup. Minggu lepas 2 kali Eyda pergi makan dekat kedai ni, 1st lepas balik kerja dengan Akhmar then makan malam pula dengan encik asben.

Jom tengok-tengok menu dulu

Dinner dengan Encik Asben

Pizza pun ada tau 
 Apa yang Eyda suka pada pizza ni adalah rasanya yang tidak begitu muak. Walaupun rupanya tidak begitu menarik perhatian, tetapi sekali gigit Eyda jatuh hati pula sebab crust nya garing dibawah. Itu yang membuatkan Eyda boleh habiskan walaupun dah kenyang makan Western Tray masa tu.

Macam la larat nak habiskan sorang... hehehe
Itu antara menu yang Eyda pesan masa 2 hari pergi dekat situ. SAGE Food masih mengekalkan rasanya cuma pada hari 1st pergi tu Eyda tak berapa suka dengan rasa mushroom soup yang dihidangkan kerana mereka menggunakan shitake mushroom yang fresh. Jadi bila guna yang fresh rasanya agak lain dan sedikit masam. Tapi masa dinner dengan asben mereka telah tukar semua ke style yang biasa dan rasa yang lebih sedap untuk dinikmati. Tiada lagi fresh mushroom tu.

Hidangan mushroom soup ni disertakan dengan garlic bread sekali

Saiz hidangan juga agak besar untuk Eyda, tapi untuk yang suka makan rasanya tiada masalah untuk habiskan. Hehehe. Sebab western tray yang kami order ada spegethi aglio olio, meatball, chicken grill, coleslaw dan juga kentang goreng yang dihidangkan bersama sos blackpepper dan sos mushroom. Manakala Goma- Ae Chicken Pasta ni ada spegethi, yang dihidangkan bersama grill chicken yang dimasak bersama sos bijan. Rasa bijan tu membangkitkan selera tau nak makan pasta ni. 

Bagi yang mahukan menu nasi macam Encik Asben Eyda ni, korang boleh la order Nasi Goreng Blackpepper tu. Selain nasi goreng yang Encik Asben order ada lagi beberapa menu nasi goreng seperti Nasi Goreng Kampung, Chicken Sambal, Nasi Goreng Chicken/Lamb Chop atau pun Nasi Goreng Smoked Duck. 
Western Tray berharga RM19.90 ni boleh dikongsi berdua
Antara menu laku keras SAGE Food adalah:

- Grilled Chicken Chop
- Western Tray
- Poultry Lover
- Meat Tower
- Fried Kue Teow

Bagi yang ingin merasai menu Itik, korang boleh la pilih Poultry Lover tu. Dalam menu tu ada Grilled Chicken - Smoky BBQ Duck - Fries - Coleslaw - Corn Relish - Black Pepper/mushroom/BBQ Souce.

Air Mojito Ala Sage
Pilihan air pula tidak jauh beza dari kedai-kedai makan yang lain, cuma  dekat sini korang boleh la cuba Culinary Mocktail dari diaorang ni. Ada 3 menu mocktail ni;

1. Mojito Ala Sage (macam yang Eyda minum tu)
(mint+lime+lemon+soda+syrup)

2. Italian Soda
(watermelon+cream+passion fruit+soda)

3. Virgin Pina Colada
(pineapple+lychee+yogurt+soda+cream)

Jadi kalau korang datang ke Ipoh ni boleh la mencuba sendiri menu yang ada di SAGE Food.

Waktu Operasi

5petang - 12 tgh malam
Tutup pada setiap hari KHAMIS

Lokasi
No 51, Laluan Jelapang Selatan,
Taman Kledang Jaya,
30100 Ipoh
Perak
011-1172 7852
011-1118 3788

p/s
Klik untuk pelbagai lagi cerita menarik ahli Kelab Blogger Ben Ashaari 







CORETAN DIARI PINK

17 comments:

  1. kemasnya kdai dia, mkanan mesti sdap ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai kali ni nampak lebih kemas dari sebelum ni. makanan pun sedap

      Delete
  2. cantiknya interior deco kedai ni..makanan pun nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  3. Cantiknya hiasan dalaman kedai ni...mcm teruja plak nk makan kt sini eyda.

    ReplyDelete
  4. Wow suasana tempatnya pun best dan menu Western yang merecek. :)

    ReplyDelete
  5. macam selesa je kedai ni..kena cuba jgk neh..padahal xjauh sangat dari rumah..huhu,,harga ok tak kak?

    ReplyDelete
  6. terliur tengok mushroom soup tu

    ReplyDelete
  7. tunggu sampai perak lagi nti kita terjahhh

    ReplyDelete
  8. pagi pagi dah buat ktie laparrrrrrrrrrrrrrr..

    ReplyDelete
  9. Wah, boleh masuk dalam senarai lokasi pilihan ni. Tak lama lagi nak ke sana. 😉

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...