KBBA

lazada

nuffnang

Resepi Tom Yam Kelapa Muda

Assalammualaikum, hi semua.

Korang dah dinner ke ni? Semalam Eyda mencuba buat Tom Yam Kelapa Muda yang simple dan menggunakan perencah sedia ada je. So hari ni nak share la sikit resepi pada korang yang nak mencuba tu. Sangguplah pergi cari kelapa muda sebiji dekat kedai. Hehehe.
Nak buat Tom Yam Kelapa ni sangatlah mudah tau. Jom tengok bahan yang Eyda gunakan.

Bahan-bahan

1 biji kelapa muda (ambil air dan isinya)
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 biji cili padi
2 batang serai
1 biji lemon / limau nipis (ini pilihan utk masam, Eyda tak guna)
1 helai daun limau purut (lupa nak letak..hehehe)
2 tangkai daun ketumbar
1 mangkuk Air kelapa muda bersama isinya sekali
1 mangkuk air
5 ekor udang
1 ekor ketam
1 potong ikan salmon / ikan merah
100gm lala / kepah
2 ekor sotong

Cara-cara

1. Didihkan air kemudian rebus lengkuas, serai, cili padi dan bawang.

2. Masukkan perencah sup siam Adabi dan tom yam putih (boleh juga gunakan perencah tomyam biasa.

3. Tambahkan air kelapa muda bersama isi kelapa dan biarkan mendidih.

4. Bila sudah mendidih masukkan pulan bahan-bahan seafood kita. Jangan masak terlalu lama ye.

5. Agak-agak seafood dah masak masukkan tomato dan boleh la tutup api.

6. Akhir sekali hidangkan dengan menggunakan buah kelapa tadi.

Maka boleh la hidangkan bersama nasi putih panas, ulam-ulaman dan sambal belacan. Itu pun dah cukup buat kita bertambah makan nasi. Owh ya sebelum terlupa, kalau nak masam boleh la perah lemon atau limau. Eyda tak letak sebab perut tengah gastrik jadi pantang makanan yang masam buat sementara. Garam pun Eyda tak letak sebab perencah tu sudah cukup rasa. Tapi kalau nak kuah lebih korang kena la tambah air dan garamnya ya.

Lebih mudah korang tengok video ni.




Okay selamat mencuba.





CORETAN DIARI PINK

Miliki Produk Kosmetik Jenama Sendiri Dengan Lebih Mudah

Assalammualaikum, hai semua.

Korang perasan tak sekarang ni ramai yang update pasal kecantikan kan. Eyda pun selalu je mengikuti perkembangan kecantikan ni, maklumlah zaman sekarang ni semua nak cantik kan. Kalau boleh tak nak terlepas dari mengikuti perkembangan semasa untuk menonjolkan lagi penampilan diri. Jadi Eyda teringin nak tanya korang semua, pernah tak terfikir untuk ada produk kosmetik sendiri? Kalau jawapan korang YA makanya korang perlu baca entry ni sampai habis ya.

Eyda pun ada juga rasa teringin nak ada produk kosmetik sendiri. Iyelah bayangkan orang lain pakai jenama atas nama kita sendiri ada logo sendiri, mestilah ada rasa sikit bangga dengan kejayaan kite ye dak... hehehe... Kalau dulu korang rase itu adalah mustahil, tapi kini tidak lagi tau. Jom kenali Zy Phyto dengan lebih dekat.

ZY PHYTO HOLDINGS SDN BHD (DIKENALI SEBAGAI KING OF OEM)
 
Apa Zy Phyto ni? Untuk makluman korang Zy Phyto adalah syarikat 100% bumiputera yang membantu banyak usahawan untuk mengeluarkan produk-produk kesihatan dan juga kecantikan. Zy Phyto juga dikenali sebagai King Of OEM. Ia juga akan sentiasa membantu usahawan dan juga bakal usahawan di luar sana untuk mengeluarkan produk jenama sendiri. Eyda nk cerita serba sedikit pasal Zy Phyto ni, kalau korang nk tau di bawah Zy Phyto ni ada 9 anak syarikat iaitu:

1. Zy Phyto Tech Industries Sdn Bhd,
2. Zy Phyto Cosmetic Sdn Bhd,
3. Zy Phyto Herbal Science Sdn Bhd,
4. Zy Academy Sdn Bhd,
5. Zy Printpack Sdn Bhd,
6. Zy Phyto Marketing Sdn BHd,
7. Zy Phyto East Coast Sdn BHd,
8. Yayasan Qaseh Zy Phyto,
9.  Emily's Cattery.

Semestinya Zy Phyto ni syarikat yang boleh dipercayai kerana setiap produk mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diiktiraf sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Selain itu Zy Phyto juga melakukan penyelidikan bagi setiap produk yang dikeluarkan dengan kerjasama universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). 
Antara Sijil dan Pengiktirafan yang diterima
Antara jenis produk yang dikeluarkan oleh Zy Phyto ni adalah seperti berikut:

- produk cecair
- produk serbuk / tablet kunyah
- teabag (bagi produk teh herba)
- produk kosmetik & penjagaan kulit dan,
- produk bahan yang belum diproses.

PRODUK KECANTIKAN BERWARNA



Wanita memang sinonim dengan lipstick betol tak? Pernah tak korang bayangkan kawan-kawan korang gunakan lipstik yang ada nama korang? Kalau sebelum ni tak pernah, sekarang ni korang dah boleh mula pasang angan-angan dan kumpul duit untuk merialisasikan angan-angan korang tu. Dengan adanya Zy Phyto Cosmetik Sdn Bhd ni, korang boleh menghasilkan produk-produk kosmetik berwarna seperti:

- Stick Lipstick
- Matte Lip Cream
- Mascara
- Moisturizing Lip Balm
- Blusher
- Concealer
Selain daripada kosmetik berwarna korang juga boleh hasilkan banyak lagi produk kecantikan yang lain seperti Anti-Wrinkle Serum, Whitening Serum, Make Up Remover, Face Cleanser, Opaque Soap, Opaque Deodorant, Whitening & Moisturizing Soap, Whitening & Moisturizing Cream, Anti-Acne Soap, Body Scrub, Shower Gel, Hair Growth Oil, Aromatherapy Oil dan banyak lagi. Kesemua produk ni korang boleh explore di laman sesawang mereka juga.

Produk-produk ni memang dah viral dipasaran kan. So memang ramai yang sedang mencari dan berlumba-lumba untuk menghasilkan produk sebegini. Dengan Zy Phyto ni kita tidak perlu bimbang dengan bahan-bahan terlarang yang ada seperti "produk timbang" yang mempunyai merkuri. Lagi sekali nak ingatkan ye, ini bukan "produk timbang"
Gambar - Sinar Harian - 
CARA MENGHASILKAN PRODUK

Bagi menghasilkan produk kosmetik pula anda boleh la memilih pakej yang disediakan dan modal serendah RM3000, Pakej Chomey atau pun Pakej RM5000. Pihak Zy Phyto Tech Industries (Kontrak Pengilangan OEM) akan memulakan dengan rundingan dan pengenalan untuk produk yang kita inginkan. Kemudian mereka akan mengeluarkan sebut harga mengikut persetujuan semasa rundingan tersebut. Selepas tu boleh la kita mulakan pembayaran deposit, dan sekali lagi rundingan mengenai produk dan pembungkusan pula dilakukan. 
Antara pakej yang paling mendapat sambutan
Seterusnya sample produk akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk  mendapatkan kelulusan, dan dalam tempoh ini kita perlulah menjelaskan bayaran sebanyak 60%. Setelah kelulusan diterima produk akan diproses sepenuhnya dan tempoh penghasilan produk adalah antara 4 hingga ke 5 minggu. Akhir sekali bila produk sudah sampai ditangan kita, boleh la kita fikirkan apa dan bagaimana cara untuk mengiklankan produk kita di pasaran. Mudahkan nak ada produk sendiri. Lepas ni boleh la suruh Cik Bella & Cik Farahain pakai produk kosmetik korang ni kan.

Jadi kalau korang nak buat Kosmetik berwarna jenama sendiri, korang boleh la terus ke ZyPhyto untuk dapatkan khidmat nasihat dan perkhidmatan mereka. Hubungi Zy Phyto di :

Telefon : +603 60388898 / 6898 / 7898
Fax : +603 60388798
Nak lagi mudah klik sahaja link ini : http://jomorder.com/60182458898/PAKEJ_OEM_COLORS_COSMETIC


CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...