KBBA

lazada

nuffnang

Resepi Tom Yam Kelapa Muda

Assalammualaikum, hi semua.

Korang dah dinner ke ni? Semalam Eyda mencuba buat Tom Yam Kelapa Muda yang simple dan menggunakan perencah sedia ada je. So hari ni nak share la sikit resepi pada korang yang nak mencuba tu. Sangguplah pergi cari kelapa muda sebiji dekat kedai. Hehehe.
Nak buat Tom Yam Kelapa ni sangatlah mudah tau. Jom tengok bahan yang Eyda gunakan.

Bahan-bahan

1 biji kelapa muda (ambil air dan isinya)
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 biji cili padi
2 batang serai
1 biji lemon / limau nipis (ini pilihan utk masam, Eyda tak guna)
1 helai daun limau purut (lupa nak letak..hehehe)
2 tangkai daun ketumbar
1 mangkuk Air kelapa muda bersama isinya sekali
1 mangkuk air
5 ekor udang
1 ekor ketam
1 potong ikan salmon / ikan merah
100gm lala / kepah
2 ekor sotong

Cara-cara

1. Didihkan air kemudian rebus lengkuas, serai, cili padi dan bawang.

2. Masukkan perencah sup siam Adabi dan tom yam putih (boleh juga gunakan perencah tomyam biasa.

3. Tambahkan air kelapa muda bersama isi kelapa dan biarkan mendidih.

4. Bila sudah mendidih masukkan pulan bahan-bahan seafood kita. Jangan masak terlalu lama ye.

5. Agak-agak seafood dah masak masukkan tomato dan boleh la tutup api.

6. Akhir sekali hidangkan dengan menggunakan buah kelapa tadi.

Maka boleh la hidangkan bersama nasi putih panas, ulam-ulaman dan sambal belacan. Itu pun dah cukup buat kita bertambah makan nasi. Owh ya sebelum terlupa, kalau nak masam boleh la perah lemon atau limau. Eyda tak letak sebab perut tengah gastrik jadi pantang makanan yang masam buat sementara. Garam pun Eyda tak letak sebab perencah tu sudah cukup rasa. Tapi kalau nak kuah lebih korang kena la tambah air dan garamnya ya.

Lebih mudah korang tengok video ni.




Okay selamat mencuba.





CORETAN DIARI PINK

7 comments:

  1. woaaah first timeee tengok resepi ni. penah tengok vid kat IG orang thai letak isi kelapa tapi tak tahu rupanya guna air dia sekali =)

    ReplyDelete
  2. Baru untuk PC ni...boleh dicuba...

    ReplyDelete
  3. kemain ketam tersembul atas tu hahahahha sedapnyaaa lama tak buat tomyam huhuu

    ReplyDelete
  4. akak baru je nak cari resepi tomyam yang lain sikit. alhamdulillah jumpa kat sini. terima kasih :)

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...