KBBA

lazada

nuffnang

Ucapkan Dengan Bunga dari Flower Chimp

Assalamualaikum dan hai semua.

Kawan-kawan yang baik hatiiiii... Ada tak yang sudi hantarkan surprise flower untuk birthday Eyda bulan September nanti? Hehehe. Okay, memain je sebenarnya. Tapi kalau betol apa salahnyakan.
Korang pernah tak terfikir macam mana cara nak buat kejutan pada orang tersayang? Kalau korang dekat KL nak buat kejutan untuk Eyda lepas ni tak perlu susah-susah dah nak Google cari siapa yang boleh kite upah... sebabnya korang boleh terus je cari Flower Chimp ni. Serata Malaysia diaorang boleh hantar tau. "Ucapkan dengan bunga!" haaaa kan senang je sekarang ni. Harga bermula dari serendah RM89 dan paling penting penghantaran percuma ke seluruh negara yang meliputi lebih dari 80 daerah dalam Malaysia ni. Flower Chimp akan memenuhi permintaan korang tidak kira apa majlis dan tujuan korang. Dari kejutan hari lahir, hari ibu mahupun ucapan tahniah untuk mereka yang tersayang. Yang paling bestnya kalau korang semua order sebelum jam 1 petang, korang boleh terima pada hari yang sama tau.
Menurut pengasas Flower ChimpMaximilian Lotz “Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,”
Disebabkan prestasi yang memberangsangkan secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG). Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. Mereka mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian mereka di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019.

Jom kenali Flower Chimp

Untuk makluman korang Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, iaitu Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 
Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan Flower Chimp. Keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

So macam mana mudah tak nak dapatkan penghantaran bunga sekarang ni? Apa tunggu lagi untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. atau emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.

Selain itu korang juga boleh la melayari facebook dan instagram Flower Chimp seperti di bawah ni.

Flower Chimp di Malaysia
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph















CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...