KBBA

lazada

nuffnang

Menang Contest Memasak Adabi | Ketupat Nasi Lemak

Assalammualaikum, hai semua.

Sebut pasal contest ni, Eyda baru pertama kali menang contest memasak tau. Hehehehe... Tak pernah lagi join contest mcm ni. Tetapi sejak Adabi buat, eh terajin pula Eyda join. Setelah 3 minggu mencuba nasib di bulan Ogos yang lalu, akhirnya kali ni rezeki berpihak kepada Eyda.

Apa yang lebih menarik, kali ni Eyda menang bersama bos unit Eyda. Menu Eyda adalah Nasi Lemak yang diinspirasikan dari produk Ketupat Adabi.

 Bahan yang Eyda gunakan untuk nasi lemak ni mudah je. Semua bahan sama je dengan kita masak nasi lemak biasa. Apa yang berbeza adalah, nasi tu Eyda gantikan dengan ketupat. Rebus ketupat dengan santan dan sedikit garam. Disebabkan anjuran Adabi, makanya produk sambalnya haruslah Adabikan. Sambal tu Eyda kukus je untuk bagi panas. Kalau korang rajin tu lebih dari Eyda, korang boleh la masak semula kemudian gorengkan kacang dan ikan bilis je.
 Haaaa.. inilah hasilnya. Potong timun, rebus telur kemudian hidangkan. Mudah je kan nasi lemak ketupat ni.
 Nak lagi menari korang boleh lah lapiskan seperti burger. Sedap tau. Rasa nasi lemak tu tak hilang.
Inilah antara pemenag untuk #ykadabicontest18. Yang roti tu adalah rakan sekerja Eyda aka bos. hehehe. Masa hantar hadiah pun senang je Adabi nak hantar. Maklumlah setempat kan.
Haaa.. korang kenal tak bos Eyda tu... hehehe.. sape rajin masak mesti tahu punyalah.. Dialah Mommy Seri dari blog Epok-epok Pusing.... cuma sekarang dah tak aktif berbelog je, tapi dia rajin masak di IG dia. Nanti korang skodeng la ye IG Mommy Seri ni.

Alhamdulillah la sebab ini adalah hadiah hari lahir kami di bulan September ni. Oh ye.. hari ni birthday Mommy Seri tapi jangan lupe birthday Eyda 30 September tau... Hahahaha.. poyo kan nak bagitahu birtday jugak...

Okaylah.. jumpe lagi ya... Doakan juga kami bertambah murah rezeki... Eyda doakan untuk korang juga.



CORETAN DIARI PINK

Apa Yang Menarik di Bandar Agacia Kampar

Assalammualaikum dan hai semua.

Minggu lepas Eyda ada kenduri di Gopeng. Dengan secara tak sengaja teringat pula Bandar Kampar yang sudah hampir sangat dengan tempat kenduri tu. Bila tengok maps jaraknya hanya dalam 26 minit sahaja dari tempat tu. Makanya, dengan sehelai sepinggang berbaju kurung ayunya kami terus ke sana.

Mesti ada yang kata, "alaaaahhhh bandar mati je pun. apa yang spesialnya Kampar tu?". Hahaha.. itu sebenarnye ayat Eyda masa mula-mula dengar pasar Kampar, Perak ni. Tapi hakikatnya dekat sini ada satu bandar yang ala-ala Disneyland gitu. Disneyland Perak ni lah yang ada di Bandar Agacia Kampar. Bandar yang penuh dengan bangunan warna warni walaupun ia masih lagi bandar yang baru hendak membangun.
 Perjalanan hendak ke Bandar Agacia ni pun dah cukup buat hati Eyda teruja. Kiri kanan jalan banyak lombong-lombong yang cantik dan masih kekal keindahan alamnya. Suasana yang tenang dan menghijau ditambah pulak dengan langit yang membiru, memang sangat cantik dan tak termampu nak diluah dengan kata-kata.
Dari tepi jalan sudah terlihat bangunan Champs-Elysees yang gah ini. Walaupun masih belum berpenghuni, tetapi memang sangat indah di pandangan mata. Kalau ada yang hendak membeli boleh la ke sini.Hehehe.... ada future untuk dibangunkan.
 Bangunan bertemakan Disneyland sememangnya menarik perhatian pengunjung yang datang.



 Alangkah bagusnya kalau bangunan ini semua beroperasi kan.
 Dekat sini juga ada Walk of Fame yang ala-ala dekat Disneyland tu. Korang ambil la gambar nanti tulis la sendiri nama korang dekat ruang kosong tu. Kalau nak tengok gambar yang ada tulisan ni korang boleh la jenguk-jenguk IG Eyda.
 Kalau ada yang nak tahu pasal pembelian bangunan-bangunan di sini, korang boleh la cari patung askar besi ni.. hehehe... Sebabnya inilah tanda pejabat pembelian Bandar Agacia ni. Senang nak cari kalau jumpe land mark ni.


 Dekat sini tulis je Nasi Lemak Disney, tapi kedainya tak buka. Tetapi dekat sini ada jugak cafe tau. Ada 2 cafe yang korang boleh singgah untuk minum-minum. Sebab sini bangunan kosong jadi jangan haraplah nak jumpa kedai serbaneka ye.



Dekat mana ada pondok telefon ni mesti la wajib bergambar kan.... maklumlah bukan senang nk jumpe pondok macam ni dah. Orang sekarang kata barang rare gitu.

Inilah antara yang menarik perhatian. Walaupun sekadar di lorong belakang bangunan, tetapi warnanya cukup menceriakan hidup kite bila memandangnya. Ewahhhh... warna warni kehidupan lah katakan.

Pendek kata dekat sini memang banyaklah tempat-tempat untuk korang berposing sakan. Cuma Eyda ni tak cukup pandai nak berposing so ala-ala kadar je lah. Kalau selebihnya nak tengok gambar-gambar bangunan yang menarik ni, korang jangan lupe tengok instagram Eyda ye dan carilah #bandaragaciakampar dan #bandaragaciakamparperak

Owh ya sebelum terlupa. Ada kawan yang maklumkan dekat sini ada pasar malam best setiap hari Sabtu. Masa Eyda pegi ni awal sangat so tak sempat la nak merasa pergi pasar malam tu. InShaaAllah satu hari nanti Eyda datang lagi, baru boleh update pasal pasar malam ye.

Itu sahaja buat setakat ini... jumpa lagi ya..

CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...