KBBA

lazada

nuffnang

Baked Eggs With Spinach | Resepi

Assalammualaikum, hai semua.

Kali ni Eyda nak share pasal resepi pula. Dah 2 minggu amalkan eat clean sebab nak control pemakanan. Maklumlah terasa semakin berat kaki ni nak melangkah... Hehehe..

Malam tadi Eyda saja buat baked eggs. Eyda gunakan bayam sebagai inti sayurannya. Tapi selain bayam boleh guna brokoli, cendawan atau apa sahaja sayuran yang korang rasa best nak makan.
Bestnya bila dalam satu gigitan kita boleh rasa sayur dan telur tu bersatu dalam mulut... Eh... Meleleh tu dekat pipi tu.. lap cepat.. hahaha

Okaylah jom tengok bahan yang Eyda gunakan.
Bahan-bahan

5 tangkai bayam (ambil daun sahaja)
1/2 biji bawang (dipotong dadu)
1/2 biji tomato (dipotong dadu, tapi Eyda gunakan tomato ceri)
4 biji telur gred A
Serbuk bawang putih
Serbuk lada hitam
Garam
Mentega untuk gris pada acuan

Cara-cara

1. Susun bayam, tomato dan bawang ke dalam acuan.
2. Masukkan telur sehingga tutup sayuran. ( Telur hanya pecahkan sahaja kuning tetapi jangan buat macam telur dadar ye.)
3. Taburkan serbuk bawang putih, lada hitam dan garam.
4. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit. Tempoh bakar ni terpulang pada korang. Kalau nak agak lembut boleh getar dalam 15 minit sudah cukup, tapi kalau mahukan betul-betul masak sepenuhnya korang tunggu la 20 minit.

Ha mudah aje kan nak buat menu sihat macam ni. Makan dua ketul pun dah cukup kenyang. Kalau korang nak lagi best boleh tambahkan isi ayam dan cheese. Tetapi, memandangkan ini menu diet Eyda tak la tambah semua tu.

Okay selamat mencuba.
CORETAN DIARI PINK

14 comments:

  1. sedapnya boleh cuba ni.. nak kena cari acuan tu dulu hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa nak buat sy oun cr acuan ni.. tp yg jumpa cuma pakai buang je. Hehehe

      Delete
  2. best dan menyihatkan...akak pun suka makan mcm ni

    ReplyDelete
  3. wah.. sedap :)

    singgah n follow sini.. Harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. sedap nampak... nanti awa nk try jugak... apapun, ini pertama kali singgah kat sini.. dah follow juga. jemput singgah blog saya SIS HAWA DOT COM. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. nanti abam kie suruh isteri cuba resepi ini. sekali-sekala makan western gitu!

    ReplyDelete
  6. bagusnya eat clean..AD nak start tapi tula terbantut je

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...