Apa program hujung minggu ni? Tak kan lah duduk rumah je kan. Apa kata hari ni korang bawa family korang pergi cuba port makan yang baru ni Ipoh ni. Dekat Bandar Meru Raya yang berhampiran dengan Bulatan Sultan Azlan Shah tu. Dekat area tu sememangnya syurga makanan yang baru buat warga Ipoh Perak.
Kedai yang Eyda nak syorkan ni adalah milik pelakon yang terkenal satu ketika dahulu. Siapa yang tak kenal Papaya kan... Cerita superhero Malaysia yang ala-ala kartun Popeye tu. Ingat lagi tak? Atau pun satu lagi cerita Mat Jaja yang sekarang ni diulang tayang di TV9. Siapa lagi kalau bukan Abang Zul Yahya kita tu.
Kedai Abang Zul ni terletak betul-betul belakang Mc Donalds Meru Raya, berhadapan dengan bangunan PinkExec. Nama kedainya pun dari jalan besar dah boleh nampak Zul Yahya Steamboat & BBQ. Baru-baru ni Eyda dah cuba dan ternyata memang berbaloi. Owh ya... kalau makan steamboat ni korang pastikanlah yang perut korang tu betol-betol bersedia nak makan banyak supaya tak de la nanti korang kata tak berbaloi nak makan dengan harga sekian-sekian tu.
Makanan yang disediakan di kedai ini memang semuanya fresh. Bukan sebab nak memuji di dalam blog ni, tetapi kalau korang semua nak tahu Eyda ni memang akan alergik dengan makanan seafood yang tidak fresh. Tapi bila Eyda makan dekat sini Eyda tak de kena apa-apa alahan pun. Kalau yang tak fresh tu masa makan lagi mulut dan jari-jari Eyda akan rasa gatal-gatal, termasuk telinga.
Masa Eyda makan dekat sini ada beberapa bahan yang telah kekurangan, tetapi stafnya dengan pantas terus menambah bahan-bahan yang telah kurang tu. Mereka sentiasa memastikan makan yang ada sentiasa cukup untuk pelanggan yang datang.
Ini adalah bahagian untuk mengambil bahan-bahan steamboat dan BBQ. Disini juga ada sediakan air panas dan sejuk. Malangnya Eyda hanya dapat ambil gambar air panas sahaja sebab masa tu hujan lebat. Jadi nak keluar tu agak terhad nk bawa fon hehehe. Maaf ye.
Pada mulanya kami ambil tempat di luar, kerana di luar lebih selasa. Open air lah katakan. Maklumlah nak berBBQ ni lebih seronok ruang terbuka kan, jadi tidaklah terkesan sangat dengan asap dari bakar-bakar tu. Meja yang kami pilih tu ada atap dan kerusinya unik sebab menggunakan kerusi bas lama. Tapi nak buat macam mana kami terpaksa berpindah ke bahagian dalam walaupun makanan semua telah tersedia untuk dimasak. Mujurlah staf yang ada sangat mesra dan mudah untuk menolong kami ubah semua makanan yang ada ni.
Korang tengok je gamba dekat atas ni korang boleh bayangkan tak masa zaman kanak-kanak antara 80'an dan 90'an? Kedai ini mengunakan #makansambilmengimbaukenanganlama jadi hiasan dalamannya sangat kena dengan tanda pagar yang digunakan tu. Bila Eyda masuk je Eyda ternampak susunan majalah-majalan lama, Vespa, kerusi kanak-kanak, kerusi kayu zaman sekolah, mainan, basikal kanak-kanak zaman tu dan banyak lagi. . Owh ya, kedai ni juga masih menggunakan radio kaset tau. Lagu yang dipasang untuk halua telinga pelanggan pun menggunakan kaset lagi. Paling lagend bila Eyda nampak serbuk sabun Breeze yang guna paket plastik tu..Hehehe. Bukan apa secara automatik teringat bila mak suruh beli sabun tu dekat kedai. Rindunya dekat Arwah Mak.Huhuhu (tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Mak Eyda ye).
Masa makan tu sempatlah juga Eyda berborak dengan pemiliknya sendiri. Alhamdulillah pertanyaan Eyda sentiasa dijawab dengan baik oleh Abang Zul Yahya ni. Menurut beliau sebelum ni dia beroperasi di Shah Alam, tetapi sekarang sudah berpindah ke Ipoh. Makanya yang di Shah Alam tu telah pun ditutup secara rasmi. Kos disana semakin meningkat katanya. Masa Eyda pergi kedainya baru sahaja seminggu beroperasi di Bandar Meru Raya, Ipoh ni.
Okay sekarang Eyda sharekan harganya pula ya.
Dewasa - RM32
Warga Emas - RM25
Kanak-kanak - RM15
(umur kanak-kanak adalah dari 4 - 11 tahun)
Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke:
Facebook : Zul Yahya Steamboat & BBQ
Instagram : @zulyahya_steamboat_bbq
♨ Steamboat #1 Best Place
🍜 Makan sambil mengimbau memory lama
☎ +60135030075
Waktu operasi: 4 petang - 12 tengah malam.
Lokasi:
Akhir kata Eyda doakan agar perniagaan ini bertambah maju dan kekal mejadi salah satu tempat tarikan makan-makan di Ipoh ni. So Eyda dah pergi korang bila lagi? Maklumat semua Eyda dah berikan tinggal nak penuhkan perut je.. hehehe. Selamat mencuba.
Tweet
Sedap n berbaloi
ReplyDeleteNanti try nasi ayam penyet pulak
Deletesdapnya haida..:)
ReplyDeleteHa ah berbaloi la Cik Nor. Selalu dekat Ipoh ni banyak yang non muslim.
Deletebanyaknya pilihan makanan buffet ni
ReplyDeleteHa ah. Yang penting freshh
Deletemenarik, nak singgah jugak nanti bila balik kg mertua :D
ReplyDeleteJangan lupa singgah ya
Delete