KBBA

lazada

nuffnang

5 TEMPAT TARIKAN TERBARU | TEMPAT MENARIK DI IPOH

Assalammualaikum dan hai semua.

Cuti sekolah dah nak dekat ni. Kalau korang ke Ipoh biasanya tempat apa yang korang akan pergi? Biasanya kalau dekat Ipoh ni ramai yang akan kata ianya adalah satu tempat syurga makanan. Siapa tak kenal Nasi Ganja yang sememangnya terkenal seluruh negara. Tapi kali ini Eyda nak cerita sikit tempat yang korang boleh bawa anak-anak berjalan cuti sekolah ini.

1. Time Tunnel

Time Tunnel ni lebih kurang macam terowong masa yang membawa korang semua mengimbau kenangan lama di zaman 70'an hingga ke 90'an. Antaranya perlatan memasak, permainan, kedai gunting rambut, peralatan sekolah, salon, kedai jahit dan beberapa lagi barangan lama. BACA SINI

2. UPSIDE DOWN WORLD IPOH

Upside-Down Wold Ipoh ini juga merupakan salah satu daya tarikan baru di Ipoh. Pasti ramai yang sukakannya sebab semua barang adalah terbalik dan kita kena gunakan kreativiti kita untuk mengambil gambar. Tempat ini sangat menarik dengan susun aturnya yang unit tetapi bila dalam gambar boleh nampak real.

3. FANTASY HOUSE

Fantasy House Trick Art ini juga adalah tempat yang menarik untuk bergambar. Ada beberapa seksyen yang boleh kita ambil. Fantasy, bilik hukuman dan dapur adalah tempat yang paling mendapat sambutan.

4. CONCUBINE LANE

Siapa yang pernah pergi ke Jonker Walk Melaka, pastinya korang akan suka tempat ni juga.  Concubine Lane ni ada bermacam-macam jualan dan tempat menarik seperti Dreamland, Kuma Rainbow Toast, ais kepal dan lain-lain lagi. Korang pasti teruja dengan tempat ni. Disebalik kedai-kendai yang menjual cenderahati di sini korang akan dapat merasai dunia baru di bahagian atas kedai itu seperti Dreamland yang ada di bahagian atas kedai Meiko.

5. YASMIN AT KONG HENG

Di Lorong Kong Heng ini pula korang boleh melihat sendiri barangan koleksi peribadi Arwah Yasmin Ahmad iaitu pengarah yang tersohor dengan cerita SEPET ini. Ia terletak berdekatan dengan PlanB. Korang juga boleh membeli cenderahati sebagai kenangan di Muzium Yasmin Ahmad ini.

Jadi apa tunggu lagi. Kalau tak tahu nak jalan ke mana di Ipoh ni, sekarang korang dah boleh target kan kemana nak bawa anak-anak cuti sekolah ni. 5 tempat yang berdekatan untuk kita habiskan masa dalam 1 hari. Tak perlulah susah-susah nk cari parking banyak tempat. Korang cuma perlu parking di kawasan yang berhampiran kemudian boleh lah berjalan kaki sambil mengambil gamba-gambar mural street art yang ada di sekitar bangunan berdekatan. Contoh macam gambar dekat bawah ni. Ini antara sebahagian mural yang ada.

Apa tunggu lagi rancanglah percutian korang di Ipoh ni dengan sebaiknya.
CORETAN DIARI PINK

8 comments:

  1. bestnya..nak kna g lagi ipoh ni..:)

    ReplyDelete
  2. mcm mcm dah ada kt Ipoh skrg kan. dulu zaman fiza duk sana, mana ada benda ni semua. time tunnel je ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Haida yang duduk Ipoh ni pun baru tau Ipoh dah ada macam-macam kak.hehehe

      Delete
  3. Time tunnel ni kot yang ada scene dalam citer Isteri Bukan Untuk Disewa tu adegan Nur dengan Noah minum-minum

    ReplyDelete
  4. banyak betul tempat menarik ipoh ye. teringin plak nak cuti2 ipoh. g tmpt rare. fuh. best. cer buat compilation tmpt rare plak..

    ReplyDelete
  5. banyak tempat menarik kat Ipoh rupanya..

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...