KBBA

lazada

nuffnang

PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE

Assalammualaikum, Hai semua.

Korang pernah tak dengar pasal WIPRO UNZA ni tak? Ia adalah syarikat yang membina porfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah dalam pasaran Asia. Kali ini WIPRO UNZA telah mengeluarkan pembersih kewanitaan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, khusus untuk mencerahkan kulit gelap sekitar kawasan miss V wanita. Eyda pula memang pengguna Sumber Ayu daun sirih sebelum ni. Eyda suka pakai yang hijau tu. Kali ini setelah seminggu Eyda menggunakannya, Eyda nak cerita sikit kebaikan menggunakan produk ini. 

Eyda sangat sukakannya, nak tahu kenapa? Sebab Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ini bukan sekadar ada 1 bahan, tetapi ada 3 bahan ekstrak pemutih semula jadi yang dapat membantu korang dalam mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah:

1- Licorice :  Kalau korang rajin tengok pada bahan-bahan yang ada, pastinya korang tau Licorice ini telah digunakan berabad lamanya di Asia, malahan di Yunani dan Mesir juga kerana ia berkesan untuk mendapatkan tona warna kulit yang lebih cerah.

2- Bengkoang :  Ia mengandungi vitamin B1 dan C yang dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan sekali gus memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah.

3- Susu :  Susu sangat bermanfaan untuk mengurangkan perubahan warna disamping memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembetukan melamin dan ia juga membantu pertumbuhan semula kulit kita yang bermasalah.


Selain mencerahkan tona kulit, pencuci feminim ini juga mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 hingga pH 4.5, ia dapat memberi keselesaan yang lebih kepada semua wanita modern di luar sana. Sebab tu Eyda kata kita akan lebih rasa selesa walaupun berada lama diluar dengan aktiviti harian kita. Wanita zaman sekarang ini kan kebanyakkannya berkerjaya, pastinya waktu berada diluar itu lebih lama. Ada masanye melebihi dari 10 jam kita berada diluar.

Lagi satu yang paling Eyda ambil berat dengan bahan dari Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni adalah disebabkan dia ada antiseptik semulajadi yang boleh mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenang serta kegatalan. Maklumlah kulit di bahagian miss V ni sensetif sebenarnya, dan Eyda sendiri sememangnya akan alergi sekiranya sesuatu produk itu ada bahan kimia yang berlebih. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dan wangian yang digunakan juga adala sederhana demi memberi keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensetif macam Eyda.

Semestinya kayu rapet dan ekstrak manjakani dijadikan sumber utama ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga telah menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih berkesan. Bahan utama ini sebenarnye dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan semestinya ia dapat memberi lebih keyakinan kepada setiap wanita. Yang paling penting Produk ini adalah produk yang telah diiktiraf HALAL. Jadi tidak perlu kita meraguinya lagi.

Mudah dibawa kemana sahaja saiz 90ml
Bentuk pembungkusan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ini juga telah diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan, pada siapa yang pakai produk sebelum ni pasti tahu tekstur bagi pencuci daun siri adalah seperti air sahaja tetapi kali ini telah ditambah baik dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Ia juga didatangkan dengan 2 saiz yang berbesa iaitu 90ml yang berharga RM9.20 dan 200ml yang berharga Rm15.50. Korang boleh dapatkan pelbagai rangkaiwan produk SUMBER AYU di semua pasaraya besar, pasaraya dan juga farmasi yang berhampiran dengan rumah korang.


Kalau korang masih mencari pencuci feminin, Eyda sarankan korang cuba Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni. 



CORETAN DIARI PINK

14 comments:

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...