Cuti sekolah ni kalau ada yang ke Ipoh, moh le komer melawat ke Time Tunnel ni. Hehehe. Ini adalah salah satu tarikan terbaru di Ipoh. Time Tunnel ni menempatkan pelbagai alatan yang digunakan pada zaman 70'an hingga ke 90'an.
Kalau masuk ke sini pastinya akan terimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak bagi kita yang ada pada tahun tersebut. Contohnya peralatan dapur, kedai gunting rambut, alatan sukan di sekolah dan juga koleksi-koleksi kaset dan kodak lama.
Jom Eyda belanja korang gambar-gambar menarik yang ada di Time Tunnel ni.
Pelbagai jenis raga ada dipamerkan di sini. Guni-guni yang ada di atas tu pun digunakan oleh orang lama-lama untuk membeli barang, sebab tu lah ada pelbagai jenis. Mana nak cari beg plastik masa tu kan.
Ini pula antara koleksi yang ada dipamerkan. Contohnya raket badminton ni. Ada yang masih diperbuat daripada kayu tau.
Kanak-kanak zaman dulu kala semestinya tahu pasal bola Ovaltine ni kan. Zaman dahulu semua mainan rasanya berfaedah. Tengoklah bola ni, ianya adalah sebuah globe. Zaman dahulu hafal negara guna globe ni je.
Kaset sebelum wujudnya kaset kecik tu. Player dia pun besar tau. Rumah Abah ada sebelum ni. Rugi pulak tak simpan.
Koleksi tabung. Dulu kalau menyimpan je mesti dapat tabung ni. Tabung gajah tu dari BSN tau.
Ini pula antara contoh salon lama kedai jahit dan susun atur rumah dulu-dulu.

Agak-agak ada lagi ke susu KLIM dan Protimex tu ye?
Ini paling lagend tau.. Walker budak-budak ni memang rare susah nk jumpe kan.
Rumah siapa ada lagi suis macam ni. Rumah Abah Eyda masih guna lagi dekat bahagian atas. hehehe.. Legend la kan rumah Eyda tu.
Haaaa.. macam mana? menarik tak barang-barang yang ada dekat sini? So boleh la korang bawa anak-anak cuti sekolah ni nanti. Biar mereka kenal serba sedikit macam mana zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau korang nk ke sini baca details dekat bawah ni pula.
Waktu Operasi - 10.30 pagi - 5.00 petang
Harga Tiket - RM6
Alamat - 25, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Lokasi -
Tweet
Waktu Operasi - 10.30 pagi - 5.00 petang
Harga Tiket - RM6
Alamat - 25, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Lokasi -
semua barang2 antik..terigt zaman dlu2..:)
ReplyDeleteHa ah. masa masuk tu memang automatik terimbau balik zaman kanak-kanak
DeleteKlasik..unik..kembalikan memori dulu-dulu.
ReplyDeletebetol tu mmg menggamit memori tempat ni. teringat terus zaman kecik-kecik dahulu
Deletewah nostalgia betul tempat ni...ala, masa pergi Ipoh tak tahu pun ada tempat ni...
ReplyDeletealaaa.. ye ke.. so kena repeat lg datang Ipoh nnt ye.
Deletemenarik tempat ni :)
ReplyDeletebetul ia memang satu tarikan yg menarik nnt jgn lupa dtg ye
DeleteTq haida sharing... bestnyaa. Nnt balik ipoh kak azni nak p
ReplyDeleteSaya suka main pemadam tu masa sekolah rendah. Tiba-tiba teringat zaman 90-an pulak.
ReplyDelete