KBBA

lazada

nuffnang

Joymix Insourin | Menurunkan Bacaan Gula Bagi Penghidap Diabetes

Assalammualaikum dan hai semua.

Ada tak antara pembaca DiariPink ni penghidap Diabetes macam Eyda? Sekiranya ada diantara korang yang menghidap diabetes atau pun ada ahli keluarga yang menghidapnya, Eyda harap korang akan terus membaca cerita Eyda kali ini.

Korang pernah tak dengar Joymix? Joymix ni sebenarnya ada banyak produk makanan tambahan, tetapi kali ini Eyda nak bercerita khusus mengenai Joymix Insourin. Eyda pun diperkenalkan oleh seorang kawan ni. Dia sarankan untuk Eyda mencuba produk ni.



Bulan lepas, sememangnya Eyda agak sibuk sebab nak tutup akaun, kadar gula pun masa tu agak tidak menentu. Kebiasaannya bacaan gula agak tinggi boleh cecah berbelas selepas makan, walaupun dengan pengambilan ubat.


Bacaan selepas sarapan pagi pagi bihun goreng dan teh o kosong (mohon abaikan tarikh sebab setting dah lari)
Makanya setelah seminggu Eyda mencuba ternyanta ia berkesan dan berjaya menurunkan kadar gula dalam darah Eyda. Eh... harap korang tak lupa yang Eyda ni salah seorang penghidap diabetes tau. Ingat tak cerita ni dulu? KLIK SINI Sebelum Eyda tunjuk berapa perubahan bacaan gula dalam darah Eyda, biarlah Eyda ceritakan serba sedikit kebaikan Insourin ni.

Apa Itu Insourin

Insourin ini adalah minuman kesihatan yang khusus untuk penghidap sakit diabetes. Ia mampu menurunkan kadar gula dalam darah korang hanya dalam tempoh 2 jam selepas mengambilnya. Rasanya agak sedap juga seolah-olah korang minum air lemon jus. 

Kandungan Insourin

Bahan yang ada dalam insourin inilah yang mampu menurunkan kadar glukos dengan cepat. Ia mempunyai:

1. Citron Juice Powder / YUJA/ 유자 - Serbuk lemon
2. Patented Momordica Charantia Polypeptide ( bitter melon) 고야 - Peria Katak
3. Erythritol- Gula Tanpa Kalori
Bahan-bahan ini dapat dijadikan sebagai pengganti insulin dalam darah kita secara tidak langsung dapat mengurangkan gula dengan kadar segera.

Cara Pengambilan

Cara pengambilan Insourin juga sangat mudah, 1 sachet untuk 3 kali sehari. Ia boleh diambil bersama-sama makanan atau pun selepas makan. Untuk kesan yang lebih baik, boleh la ambil selepas makan. Hanya perlu dibancuh dengan air suam dan boleh terus minum.

Kebaikan Insourin

1. Dapat mengurangkan kadar gula dalam darah selepas makan
2. Dapat mengurangkan bacaan HbA1c
3. Mengurangkan lemak dalam badan
4. Mengurangkan kadar kolestrol dan;
5. Mengelakkan hati rosak / masalah lemak pada hati

Okay sekarang meh sini Eyda nak tunjuk kesan selepas Eyda mengamalkan Insourin ni.

Bacaan kembali normal (bacaan jam 6 petang selepas lunch lewat jam 4)
Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan yang memperkenalkan Joymix Insourin ni. InShaaAllah Eyda akan teruskan. Untuk maklumat lanjut korang boleh la pergi ke Website Joymix dan lihat sendiri apa kebaikan yang ada pada Insourin ni. Eyda dah cuba korang bila lagi?





CORETAN DIARI PINK

21 comments:

  1. Comelnya blog akak... Hurm boleh suggest dkt ayah ni... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih Sha... boleh cuma lah share.

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu selain gula boleh juga kurangkan kolestrol

      Delete
  3. Banyak turun tu, berkesanlah produk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. tak sangka juga mampu turunkan sampai mcm ni.

      Delete
  4. bolehlah syorkan kat abah mertua nanti..dia ada kencing manis

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...