KBBA

Keluarga Yang Bahagia Juga Satu Rezeki

Assalammualaikum dan hai semua.

Alhamdulillah 30 September genaplah usia Haida 36 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan berbakti di muka bumi Allah ini. Walaupun semua ini hanya pinjaman, kita lah yang perlu bijak mencorakkan pinjaman Allah ni kan. Baru hari ini berkesempatan nak bercerita, setelah hampir 2 minggu. Hehehe...
Walaupun birthday Haida 30 September, tapi 29 September anak buah dah sepakat nak surprisekan Haida. Ya Allah terharunya rasa. Speechless. Balik dari KL Akma kata nak bawa budak-budak pergi makan. Acu (Gelaran anak buah panggil) ni pun oklah setuju je. Kalau korang nak tau Haida ni jenis blur jugaklah ada masanya. Selalu ikut je arahan. Hahaha... Memang tak syak langsung bila masa call anak buah, Kakak Indah bagitahu Acha dah ikut Kak Yong ke gym.
Akma kata nak makan tapi kenyang lagi, so kita pergi bawa budak ni jalan ke Bulatan Amanjaya lah. Haida pun ok je folow je apa arahan si Akma ni. Bila sampai dekat bulatan tu, ternampak Ika. Lepas tu Acu deme ni siap cakap.. 

"Indah, kamu tengok tu kakak kamu tipu kamu. Dia kata pergi gym tapi dia ada dekat sini" 

Yang si Indah pulak diam je macam tak de response.

Sekali bila tgk dekat pondok tu ada yang melambai-lambai. Dalam hati 

"eh apehal pula kawan si Ika ni dok lambai-lambai beria sgt ni? Acu tak kenal pun kawan-kawan dia" 

hahaha.. sekali bila Akma kata.. Haaaa nyanyilah, dan diaorang pun nyanyi terus terkedu.. ahahaha.. diaorang buat surprise untuk Acu rupanya. Owh ya. Satu lagi, Acu deme ni rabun, bila dari jauh memang susah nak cam orang. Hahaha...
Walau apa pun jadi, inilah cara mereka happykan Acu mereka. Tapi ini semua idea dari sepupu Haida, namanya Rina. 
Kupu-kupu dunia akhirat
Dia yang mula plan dengan Akma dan Along Ain. Akhirnya berjayalah mereka surprisekan Haida. Kami sambut sekali dengan Ekin adik sepupu merangkap adik Ipar Rina.
Sorang 36 tahun sorang lagi 26 tahun
Bahagianya rasa, walaupun macam-macam yang jadi sebelum ni. Merekalah yang banyak menyokong belakang Haida. Diaoranglah tulang belakang Haida. Keluarga yang bahagia inilah rezeki yang Allah titipkan buat Haida. Ia kan rezeki. Allah uji Haida sikit tak kan dah nak melatah kan. So bersyurkur dengan apa yang Haida dah ada sekarang.
Merekalah orang kuat disebalik semua surprise ni
Terima kasih semua Acu sayang korang ketat-ketat.

CORETAN DIARI PINK

Konsert Exists Reunion 2019

Assalammualaikum, Hai korang.

Walaupun dah 2 minggu berlalu tapi rasanya masih tak terlambat nak cerita serba sedikit pasal konsert ni pada korang semua.

Memang dah lama aim untuk konsert Exists ni selepas KRU hari tu. Mulanya ingatkan diaorang nak buat dekat Istana Budaya, tapi diaorang buat dekat Stadium Melawati Shah Alam dan Singapura je kali ni.
jadilah bergambar dengan poster je
Kalau ikutkan memang tak jadi nak pergi memandangkan ada program PGA pada 29 dan 30 September tu. Tapi tak sangka pula la ada surprise untuk kite last minit bila dapat tau program tu ditunda atas sebab jerebu. Akma ajak pergi ke KL untuk hantar chocolate bouquet yang ditempah oleh kakaknya. Lepas hantar kami pergilah check-in di hotel De Art Seksyen 9, Shah Alam. Waktu malam dia ajak keluar cari makan area Shah Alam. Tapi rupanya bukan ajak makan, dia bawa ke Stadium Melawati Shah Alam ni.
Hadiah birthday katanya, nak bagi Haida happy. Giler tak happy kan. Ingatkan tak merasa dah nak tengok konsert Exists Reunion ni. Layanlah semua lagu nostalgia dari Exists ni sampai hampir hilang suara dah. hehehe... Bestnya sebab semua lagu tu malar segar dan memang dah hafal dari zaman sekolah. Terimbau jugaklah kenangan zaman muda-mudi tu.
Konsert bermula dalam pukul 9 malam dan habis dalam jam 11 lebih. Paling best bila Ezad Lazim nyanyikan lagu Happy Birthday. Wahhh terasa macam lagu tu dituju khas buat hakak ni. Hahaha.

Lepas habis konsert sempatlah bergambar jap dekat banner gambar kumpulan Exists tu. Kemudian tak lepaskan peluang untuk dapatkan T-shirt, woven beg, cd dan beberapa lagi cenderahati ekslusif kumpulan EXISTS ni.
buat kenangan
Tapi Haida sangatlah menaruh harapan tinggi agar diaorang akan buat lagi Konsert di Istana Budaya pula. Hope jadi kenyataan. Kali ni tak banyak gambar boleh dikongsikan sebab gambar tak berapa cantik. Port pun tak berapa strategik. Apa pun still enjoy malam tu.

CORETAN DIARI PINK

Hotel De Art Seksyen 9 | Shah Alam

Assalammualaikum dan hai korang.

Ha kali ni Haida nak cerita pasal hotel tempat kiteorang menginap masa Konsert Reunion Exists dua minggu lepas.

Nama hotel ni Hotel De Art, dan ia terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Tak jauh dari Stadium Melawati, Shah Alam tu, lebih kurang 15 minit sahaja. Haida suka hotel yang macam ni. Simple tapi menarik, sesuailah untuk kita sekadar rehat-rehatkan diri dan tidur. Kalau pergi hotel Haida suka tengok susun aturnya. So jom tengok macam mana bilik hotel ni.


Haida suka juga sebab walaupun saiz tak besar, tapi kemudahannya lengkap. Toilet pun bersih, siap ada pengering rambut lagi. Cuma kalau nak menggosok kena la keluar sikit tapi tak jauh la dari bilik. Haida pulak dah siap-siap gosong semua dari rumah. Jadi tak ada masalah la nak keluar pergi iron baju.






Kalau yang nak menginap lama tu korang tak payah risau sangat. Sebab sebelah hotel ni ada kedai dobi layan diri. Jadi tak risau la nak bawa baju banyak. Kedai makan pun banyak kawasan ni. Kalau lapar tengah malam kedai mamak ada je dekat bawah. Hehehe.
So kalau korang nak cari hotel yang mudah macam ni boleh la cuba.

Alamat: No 26, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

No Telefon: 03-5888 7890

CORETAN DIARI PINK

Apa yang Menarik di KUALA LUMPUR? JOM TEROKA!

Assalammualaikum, Hai korang.

Nak cerita sikit, bulan lepas ada seorang kawan lama Haida yang baru sahaja menjejak kaki di bumi Malaysia. Disebabkan dia ni bekerja dan menetap di luar negara, boleh kira dengan jari berapa kali je pulang ke Malaysia. So masa dia balik ke Malaysia, dia ada minta Haida bawa dia jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Oleh kerana Haida pun tak berapa peka dengan tempat menarik yang ada kat sini, Haida pun start google dan jumpa la beberapa yang menarik.
Disebabkan Kuala Lumpur bukanlah Bandar yang besar seperti Bandar-bandar di negeri lain, Haida buat keputusan untuk naik pengangkutan awam je. Untuk memudahkan lagi perjalanan dia dari KLIA, Haida book tiket train KLIA Transit dari Traveloka dan pass pada dia via emel. So untuk korang, boleh la start follow Traveloka, who knows you will get top KLIA transit deals yang best-best dari Traveloka. Ceh. Speaking London you olsss. 
Sekarang guna apps je senang. Hehehe...
Meet up point kami di KL Sentral, pusat pengangkutan awam terbesar di tengah-tengah KL. Senang sebab semua ada kat sini. Lagipun Haida dari Ipoh so naik ETS pun senang terus ke sini. Sampai je kawan Haida ni, Haida bawak dia lunch di NU Sentral Mall. Muka dia agak macam rusa masuk kampung beb. Tercengang sekejap sebab katanya maju betul dah KL ni. Haida pun iyakan je la. Okay la, memang boleh dikatakan maju juga kalau nak dibandingkan masa Haida bekerja di Putrajaya dulu, KL Sentral ni tak ada mall pun. Haha. Lepas lunch, Haida start bawa dia pusing KL. Nak tau antara tempat menarik tak? Ni Haida ada senaraikan beberapa yang best berdasarkan apa yang Haida dah pergi. Syukurlah masih ingat lagi selok belok di KL ni.

1. Menara Kuala Lumpur
Kawan Haida ni jiwa berani, tak gayat, tak takut pada ketinggian. Tak macam Haida. So KL Tower menjadi pit-stop pertama untuk kami. Apa yang ada di KL Tower ni lebih kurang sama sahaja seperti di The Shore Melaka dan Rainbow Skywalk Penang. Ada dua aktiviti yang disediakan dalam KL Tower ni, iaitu SkyDeck dan SkyBox KL Tower. Apa yang syoknya dekat SkyDeck dengan SkyBox ni, korang boleh merasai betapa gayatnya berada kat atas tu. Sebab apa? Sebab korang akan berdiri dan berjalan di atas kaca yang ketinggiannya mencecah 300 meter. Fuh. Kalau jantung tak berdebar tu Haida salute la kat korang. Aku naik pun rasa macam hilang punggung dah. Tangan ni dah berpeluh teruk dah sebab gayat. Ngilu betul kat atas tu. Tapi korang jangan risau, kaca tu ada 3 lapisan dan setiap darinya setebal 3 inci. Syok beb. Boleh try ke sana nak tengok gayat tak gayat korang dok atas tu.


Tengok je pun dah berpeluh tangan.

2. Aquaria KLCC
Next pit-stop kami ialah Aquaria KLCC. Haha. Macam kelakar pula masuk Aquaria ni sebab mind-set Haida aquaria ni more to family type je. Tapi bila dah masuk, Haida macam teruja jugak la nampak ikan-ikan tu berenang melintasi kepala kami ni. Sebab kalau nak pergi menyelam lautan dalam tu, macam kabur je impian tu. Hahaha. So dalam aquaria ni korang akan jumpa macam-macam jenis ikan di laut, lebih-lebih lagi laut dalam. Jerung? Tak payah cerita. Besar gila jerung dalam ni. Dala aquaria ni ada underwater tunnel tau. Haa. Get ready la nak tengok jerung, pari, arapaima dan macam-macam lagi la ikan saiz super besar melintas. Korang boleh tengok secara slose-up gitu. Kawan aku pun agak kagum juga sebab aquaria ni tersenarai dalam 5 aquaria terbesar di Asia. Syabas MALAYSIA! Tepuk sikit. And, ikan jerung kat sini ada feeding time dia. Untuk yang bawak anak-anak boleh la plan jam berapa nak datang, so that dapat tengok staf dia bagi makan kat ikan-ikan dalam ni.

3. Taman Eko-Rimba Bukit Nenas
Lepas habis indoor, kami pergi ke Taman Eko-Rimba Bukit Nenas ni atau lebih dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL. Hirup udara segar pula kat situ. Kawan Haida yang tertanya-tanya, ada ke hutan tengah KL ni. Ada la oi. Moden macam mana pun KL ni, at least ada la tempat beriadah macam ni. Dalam taman rimba ni terdapat beberapa aktiviti dan temoat yang boleh dikunjungi antara nya canopy walk, trek jalan kaki yang dipenuhi tumbuhan dan pokok-pokok tinggi yang menghijau, selain daripada tu, terdapat juga taman orkid, taman herba, jungle trekking dan macam-macam lagi. Selalu orang KL akan datang untuk beriadah dan bersenam kat sini waktu hujung minggu. Boleh la bawa kawan dan keluarga. Free je untuk masuk. Gratis guys.

4. Taman Burung Kuala Lumpur
Kawan Haida ni pecinta burung. Hobi dia birding. Birding ni sama je dengan bird watching. Iaitu teropong burung. So Haida bawak la dia ke sini. Apa yang bestnya kat sini, korang boleh datang dan berinteraksi secara langsung dengan burung-burung ni. Maksudnya boleh pegang dan bagi makan. Sebab konsepnya konsep terbuka tanpa sangkar. Lebih 200 spesis burung yang ada kat sini so boleh bayangkan la macam mana punya seronok kawan Haida tu. Kalau yang datang dengan family, lagi la sesuai. Jangan lupa bawa minuman yang secukupnya ya. Takut korang penat berjalan nanti.

5. KLCC Lake Symphony
Okay. Yang ni tempat kami lepak malam-malam sambil layan lampu dan air pancut. Sedap juga angin malam kat sini. Kami ke sini lepas makan malam. Air pancut ni beroperasi dari jam 7 malam sehingga 10 malam. So boleh la bergambar dan borak dengan kawan-kawan ni. Terletak di Suria KLCC. Nasib tak jauh dari hotel. So boleh jalan kaki je.

Selesai semua tugas Haida jadi tour guide tak berlesen dengan kawan Haida ni, esok nya lepas tengah hari dia dah nak berangkat ke Johor pula ada urusan yang perlu diselesaikan. Kat mana kami meet-up hari tu, situ juga aku hantar dia. Sebabkan dia taknak buang masa ke airport, Haida book airport express untuk dia. Setel semua, berakhirla cuti-cuti Kuala Lumpur. Haida pun pulang ke Ipoh balik rumah dan sambung rehat. So tu je setakat ni. Nanti kalau Haida ada explore lagi, Haida share okay. Thank you sebab membaca. Jumpa lagi!



CORETAN DIARI PINK

90 tahun BOH menceriakan hidup keluarga kami | Ada BOH Ada Ummph!

Assalammualaikum dan hai semua.

Masih dalam mood Merdeka ke ni? Okay, hari ni Haida nak tanya soalan sikit dekat korang semua. Apakah minuman kesukaan ramai di Malaysia ni? Mesti ramai jawab "Teh & Teh Tarik" betul tak. Kalau sudah jawapannya teh, semestinya BOH la yang menjadi pilihan di hati.
Dekat Malaysia ni experteas BOH memang telah terbukti. BOH telah menjadi sebahagian daripada isi rumah dan telah mendapat kepercayaan selama 90 tahun iaitu semenjak tahun  1929. Ini kerana di setiap pelosok Malaysia ini, pasti ramai yang menggunakannya BOH sebagai sebahagian daripada minuman harian mereka termasuklah Haida. Walaupun BOH telah melalui pembaharuan dalam mempelbagaikan produk mereka, namun BOH tetap mengekalkan rasa, warna teh dan aromanya. Itulah yang membuatkan BOH sebagai minuman yang tidak dapat dipisahkan lagi dengan rakyat Malaysia. Dengan penambahbaikan yang dilakukan oleh BOH, ia dapat memberikan kita rasa lebih banyak Ummph! BOH sentiasa mengekalkan ketulenan daun teh mereka.
Boleh lihat sendiri kesegaran daun-daun teh dari ladang BOH
Dari hanya teh biasa, BOH terus memperluaskan pasaran mereka dengan menambah pelbagai jenis produk baharu. Dari hanya serbuk teh kini telah ada pelbagai jenis teh uncang seperti Potbag dan Jumbo Potbag yang semestinya dapat memudahkan lagi penggemar teh menikmati BOH. Selain potbag, kini BOH ada lebih kurang 10 kategori produk baharu seperti Instant Ice Tea, Black Tea, Teh Berperisa dan Serbuk Teh 3 dalam 1.
Potbag yang lebih mudah dibancuh
Teh pilihan keluarga Haida semestinya Teh BOH. Ada BOH Ada Ummph! Kenapa BOH? Jawapannya sebab abah Haida sememangnya gunakan jenama ni sejak dia kecil lagi. Umur abah Haida pun dah cecah 79 tahun tau. So korang boleh fahamkan kenapa keluarga kami memang memilih teh BOH. Sejak dari Haida kecil lagi memang arwah mak akan sentiasa sediakan seteko teh BOH di atas meja untuk kami sekeluarga. Pagi, tengah hari, petang mahupun malam, kalau abah minta je confirm mak dah sediakan.

Pada Haida BOH ni dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Walaupun Abah ni garang orangnya, tapi bila masa kite mengeteh atau bak kata orang sekarang tea time , Abah akan lebih banyak bersembang dengan kami anak-anak sambil bercerita pengalamannya menjadi skuad peninjau askar dahulu dan juga menjadi pemandu selepas berhenti askar. Abah juga selalu bercerita bagaimana waktu mengetehnya itu dimanfaatkan bersama rakan sekerjanya dahulu iaitu Uncle Samy dan Uncle Lim. Haida juga pernah jugak mengeteh bersama uncle tu. Haiii terimbau pulak kenangan zaman kanak-kanak dulu sebab Haida pun selalu ikut Abah jumpa kawan-kawannya setiap kali lepas balik sekolah. Sama seperti Haida dan rakan sekerja menikmati teh di waktu rehat kami. Ia dapat menyatukan keakraban rakan berbilang kaum ini.
Rakan sekerja yang berbilang bangsa, dapat menikmati BOH dengan aman dan harmoni.

BOH ni memang sesuai dinikmati tak kira waktu, masa sarapan pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Dalam majlis apa sekali pun pasti teh daripada BOH akan sentiasa ada bagi menyerikan lagi majlis. Pastinya teh daripada BOH dapat menggembirakan setiap orang. Dengan kekuatan pada aroma dan warna jingga keemasan yang mampu menaikkan selera untuk menjamu selera, serta rasa yang menyegarkan pasti tidak akan mudah dilupakan. Kerana itulah experteas yang telah BOH cipta selama 90 tahun ini. Ia juga begitu sinonim dengan  dengan rasa hebat seperti di hotel walaupun hanya di rumah mahupun di gerai tepi jalan. Boleh dinikmati panas-panas, bersusu atau berais, pasti rasanya membangkitkan rasa segar buat penggemarnya.
Teh'O ais pilihan Haida setiap masa


Teh'O panas pilihan Abah setiap hari.
Teh BOH ini sudah menjadi sebahagian dari kehidupan Haida sedari zaman kanak-kanak lagi. Kalau tidak ada sehari ibarat tidak lengkaplah hari Haida. Dari Abah sampailah ke anak buah, semua wajib minum teh O. Tengok sajalah macam mana happy diaorang dapat minum teh ni walaupun hanya teh'O sahaja.
Ada BOH Ada Ummph! Pilihan ramai rakyat Malaysia. Pastikan dekat rumah sentiasa ada stok potbag dari BOH ni tau.






CORETAN DIARI PINK

Tempat menarik di Sabah, pasti akan ku kembali . . .

Assalammualaikum, hai semua.

Hari ini baru berpeluang nak bercerita pasal trip ke Sabah hari tu. Sebelum ni sempat cerita pasal Haida fobia naik kapal terbang je. Hehehe. Kali ni kita cerita lebih ye.

Sebenarnya ini kali pertama seumur hidup Haida menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu ni. Kalau masa kecil dulu satu semenanjung Haida dah pernah pusing Malaysia, cuma Sabah dan Sarawak je belum. Hehehe. Selepas awan mendung berarak, dan kini Haida ditawarkan mengikut trip kerja ke Sabah, walaupun kerja tapi sempatlah berjalan juga gunakan masa yang sedikit itu untuk memenuhi impian jalan ke Sabah. Jadual memang padat untuk memenuhi antara kerja dan kehendak berjalan.
Perjalanan bermula dari Ipoh dan bermalam di Hotel Sri Langit sebab esok flight awal pagi. Inilah hotel yang agak dekat dan harga berpatutan untuk kami bermalam. Hotel pun cantik dan selesa untuk dijadikan transit.
Flight pagi tu pukul 8 pagi dari KLIA, so pukul 6 dah gerak ke sana untuk menunggu satu lagi group peserta yang naik bas. Selepas check-in tu pergi alas perut sekejap dekat Marybrown sementara nak tunggu breakfast nanti. Masa ni hati dah start berdebar jugak sebenarnya (korang boleh baca post sebelum ni).
Sampai di Airport Kota Kinabalu, kami menaiki bas untuk ke Kundasang. Sebelum tu kami dibawa untuk makan tengah hari di Restoran New Gaya di bandar KK. Orang kata tak ramai boleh terima masakan di Sabah ni. Tapi Alhadulillah, dekat sini tekak ni ok je walaupun makanannya lebih ala-ala chinese food, mungkin sebab dah biasa dekat Ipoh makan makanan mcm ni.
Selepas makan tengah hari, kami singgah dahulu di Masjid Terapung Kota Kinabalu. Uniknya masjidnya dia memang betul-betul dibina atas laut so bila duduk dekat sini terasa angin laut tu bertiup. Hiasan dalaman masjid ni pun agak menarik dan ramai juga pelancong yang datang untuk bergambar di sini. Masa Haida pergi ni ramai abam Korea tau, tetiba rasa macam melancong ke Korea pula. Hahaha.

Setelah selesai solat, perjalanan diteruskan semula dan kami singgah pula di Pekan Nabalu. Pekan ni adalah pasar yang menjual buah-buahan dan cenderamata. Mengikut touris guide kami En Yamin, di sini murah kalau hendak beli cenderamata seperti kraftangan dan t-shirt. Tapi disebabkan rasa macam terlalu awal untuk membeli-belah kami hanya menjamu mata sahaja. Nanti nak balik kita singgah lagi. Kalau ikutkan dekat sini view cantik tapi apa kan daya kami tiba di sini sudah tengah hari, so Gunung Kinabalu dah menyorok, ditambah pulak dengan hari hujan terus ditutup dengan kabus. Terlepas peluang nak ambil gambar menarik dekat sini sambil makan buah.
Selesai menjamu mata kami bergerak semula ke destinasi sepatutnya iaitu Celyn Resort Kinabalu. Nak sampai ke resort ni kami terpaksa berhentikan bas di jalan besar sahaja kerana nak sampai ke resort tu kena tukar naik van atau kenderaan yang lebih kecil. Masa naik tu agak mencabar juga sebab bukit-bukit dan jalan pun kecil tapi seronok sebab cuaca sejuk sangat. Suhu 18°C dengan keadaan angin yang bertiup sepoi-sepoi tu membuatkan rasa sejuk tu sampai ke tulang.
Alhamdulillah dah tiba ke tempat penginapan, sebelum dapat bilik tu ada taklimat sikit mengenai program yang akan dijalankan. Setelah selesai takmat kami pun naiklah ke bilik masing-masing. Hari ni agak sejuk memandangkan hujan renyai di luar. Masuk bilik pijak lantai pun sejuk. Kawasan tinggi dengan berlatar belakangkan kaki Gunung Kinabalu sememangnya mendamaikan jiwa yang kusut.

Bilik penginapan Celyn Resort.


Dekat sini cepat gelap, jadi program semua di awalkan dari sepatutnya. Bermula dengan solat maghrib berjemaah kemudian, makan malam seterusnya bengkel. Dekat sini kena pakai sweater sebab sejuk sampai ke tulang. Masa minum malam siap order air panas sebab nak panaskan badan sambil layan suasana malam dekat Kundasang ni. Bunyi angin tu kadang-kadang menakutkan tapi tetap mendamaikan. Melayan angin malam ni seronok rupanya.
Pemandangan dari Celyn Resort


Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Hari ke-2 diteruskan lagi dengan bengkel Fiqh Muslimah. Nak jadi cerita ada pula peserta yang tak sihat, lepas tu mujurlah seketul Haida ni sentiasa bawa ubat bersama. Haida dahulukan ubat Haida kemudian ajak urusetia lain keluar cari ubat-ubatan untuk jadikan spare kes kecemasan macam ni.  Kami keluar ke pekan Kundasang sambil tu sempat lah jalan ke pasar yang ada. Sekali tengok macam KEA Farm Cameron Highlands, sebab ada ramai yang jual sayur-sayuran dan buah-buahan segar.


Hari ke-3 adalah hari yang dinantikan oleh semua, sebab adanya program lawatan. Kalau ikut jadual kami akan melawat ke Ladang Lembu "Cattle Dairy Farm" dan Tagal Luanti Fish Massage & Spa sebelum bertolak semula ke Kota Kinabalu. Tetapi memandangkan kami urusetia menaiki Fortuner jadi kami  merasalah pergi ke Kundasang Golf Club dan Sabah Tea sebelum ke tempat yang dijadualkan. Sebelum ke Tagal Luanti Fish Massage & Spa tu kami pergi singgah dahulu ke Sabah Tea. Kami hanya singgah untuk mengambil gambar sahaja memandangkan masa kami sangat terhad. Jadilah melihat pemandangan indah ladang teh sambil berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.



Kemudian bila peserta hampir sampai ke Tagal Luanti kami pun turun untuk menyertai mereka. Di sini mereka diberi peluang untuk merasa fish massage. Setiap pengunjung diberikan masa selama 15 minit sahaja dengan bayaran RM5 dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jika hendak memberi makan kepada ikan, seorang hanya boleh membeli 1 paket sahaja makanan yang berharga 20 sen. Haida pula disebabkan ada diabetes jadi Haida agak risau untuk ambil risiko kerana bimbang kaki terluka, walaupun diaorang kata tak ada masalah. Tapi cukuplah sekadar melihat ikan itu berenang-renang mencari kaki yang ada. Hehehe. Itu pun dah boleh buat Haida happy. Sis mudah terhibur gitu.


Kemudian lawatan kami diteruskan ke Ladang Lembu yang terkenal ala-ala New Zealand tu iaitu Cattle Dairy Farm. Tapi sebelum tu kami teruskan perjalanan kami ke atas lagi untuk melihat Kundasang Golf Club. Haida agak teruja kerana dapat melihat pemandangan yang hijau dan menenangkan setiap insan yang melihatnya. Terlihat seperti permaidani hijau terbentang luas di hadapan mata. Ya Allah indahnya ciptaan Mu. Dalam hati tak henti ucapkan syukur di atas peluang yang diberikan ini. Setelah puas ambil gambar kami pun turun semula untuk pergi ke ladang lembu tu.

Dekat sini hati semakin berbunga-bunga dan teruja nak pergi. Orang kata tak dapat pergi luar negara dalam negara pun jadilah kan. So tak lepaskan peluang untuk bergambar, bagi lembu dan kambing makan sambil tu sempat juga membeli cenderahati dan makanan yang ada dijual di sini. Sempatlah Haida merasa yogurt fresh dan susu segar dari ladang ni. Hehehe. Puas bergambar kami pun teruskan perjalanan untuk ke Kota Kinabalu semula.




Seperti yang dirancang, sebelum balik kami nak singgah lagi di Pekan Nabalu untuk mencari cenderahati. Dekat sini Haida belilah baju t-shirt kenangan I Love Sabah buat Acha dan Kakak Indah. Sebelum Haida ke sini, diaorang dah pesan siap-siap dekat Acu diaorang ni. "Acu nanti Acha dan Kakak nak key chain dengan pen tau. Sebab Acha nak bagi kawan Acha Delima." Hmmm.. pandai demand budak-budak ni dengan Acu. So boronglah cenderahati dekat sini.
Dalam pukul 5 petang kami pun sampai ke Kota Kinabalu. Tempat pertama kami pergi adalah kedai borong Jamilah Jewellery, tempat borong barang mutiara.Kedai ini tutup jam 6 petang sebab tu kami bergegas ke sini dulu. Kedai Jamilah ni pun ada 2 tau, satu yang kualiti terbaik dan satu lagi yang biasa. So dekat sini kita ada 2 pilihan dan tak perlu pening kepala nak pilih cuma rambang mata je. Hehehe. Dekat kedai yang mahal sikit ni merasalah beli rantai tangan yang berkualiti sikit walaupun harga agak tinggi. Tapi jangan risau sebab semua barangan dekat kedai ni ada potongan 50% tau. Bukan selalu nak datang sini, so Haida ambillah satu yang berkenan di hati ni. Lepas tu baru pergi ke seberang jalan untuk beli kerongsang pula. Dekat sini boleh la borong lebih sikit untuk diri sendiri, family dan kawan-kawan.
Selepas itu kami berjalan pula di pasar Filipin untuk mencari amplang dan ikan bilis yang orang semenanjung dah pesan. Pening jugak nak memilih sebab terlalu banyak pilihan, rambang mata dibuatnya. Mujur ada yang pernah pergi dan ajarkan kami. So apa lagi boronglah sebelum nak pergi makan malam di Todak Waterfront Seafood Market.

Sementara tunggu yang lain tiba di tempat makan, sempat juga melayan perasaan melihat matahari terbenam dia Sabah ni. Pukul 6 lebih dah start gelap dah sebab dah sama macam pukul 7 lebih di Semenanjung. Bila semua dah sampai kami pun berjalan kaki bergerak ke Todak Waterfront tu. MasyaAllah, terkejut bila tengok saknike (bahasa loghat orang Perak - bermacam) jenis makanan laut boleh jumpa. Siput yang tak pernah tengok pun ada, eh ngeri pula nak makan. Hahaha. Tapi Haida ni memang penggemar seafood so tak de hal sangatlah nak mencuba. Betullah bagai dikata, sini adalah syurga bagi penggemar seafood fresh.
Tunggu sunset 




Lobster yang menjadi pilihan ramai

Haida tak tahu apa nama siput ni. Besar giler saiz dia.


Geng urusetia
Selesai makan kami berjalan pula cari barang-barang kraf untuk dijadikan cenderahati buat orang pejabat. Ha dekat sini beli pula gelang tangan untuk Acha, Kakak Indah dan Baby Adawiyah. Rasanya cukup dah kot nak borong cenderahati dari Sabah, jadi kami pun pergilah check-in hotel. Kali ni kami menginap di The Klagan Hotel. Tak jauh pun dari pasar-pasar tu jalan kaki je sampai.  Hari ni kena lah rehat puas sebab esok dah nak gerak balik. Syukur bilik ni selesa sangat, katil pun best. Haaa, memang lena la tidur malam tu.



Ini untuk Acha, Indah dan Baby Adawiyah
Ok ini last day dekat Sabah. Memandangkan kami dah shopping sakan petang smalam jadi pagi ni bos ajak pergi ke Simpang Mengayau. Lagipun flight sepatutnya pukul 7 malam dari KK. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam juga untuk sampai ke sana. Seronoknya berjalan sebab sepanjang jalan rasanya boleh nampak Gunung Kinabalu tu. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, mata ni tertumpu pada warna laun yang cantik dan membiru. Teruja sangat dapat tengok pemandangan indah macam tu.
Rupanya inilah penghujung Sabah yang menjadi pemisah antara Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Angin dia kuat betul dekat sini, pegang telefon pun rasa bergoyang tangan dibuatnya. Tapi SubahanaAllah tak terkata pemandangan tu dengan kata-kata. Hanya mampu memuji keindahan ciptaan Allah. Puas bergambar kami pun gerak balik ke KK, maklumlah perjalanan jauh lagi ni.


 
Bersama bos besar dan bos kecik. Thanks for the oppoturnity
Kami tiba semua di KK lebih kurang jam 4.30 petang, kemudian singgah sekejap di pasaraya untuk beli kopi yang dipesan oleh geng dekat pejabat tu. Kopi Tenau Cap Kapal Terbang ni memang sentiasa menjadi pilihan, Haida pun beli juga kopi 3 in 1 jenama Yit Foh eh sedap jugak rasanya creamy je. Okay tepat pukul 5 petang kami pun dah sampai ke airport untuk check-in kemudian solat dan tunggu flight untuk balik.
Check-in untuk pulang. Banyak pesanan orang je ni. Hehehe.

Masa untuk pulang

Alhamdulillah selamat sampai ke KLIA
Walaupun semua perjalanan ini singkat namun Haida tetap bersyukur sebab dapat menjejakkan juga kaki ke Sabah ni. InShaaAllah nanti ada peluang Haida akan kembali ke sini dan jelajah lebih lagi tempat menarik. Okay sampai jumpa lagi.




CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...