KBBA

Muka Lebih Flawless Tanpa Jerawat dengan Vitamin C Serum by Annona

Assalammualaikum dan hai semua...

Masih ingat lagi tak Eyda share pasal Petua Penjagaan Kulit Muka dengan Vitamin C Serum by Annona sebelum ni? Okay kali ni Eyda nak ceritakan pengalaman sepanjang hampir 3 minggu Eyda menggunakannya. Bermula dengan terpengaruh dengan kawan-kawan yang menggunakan Vitamin C Serum ni, dan Eyda ambil keputusan untuk mencuba juga.

Masa seminggu penggunaan Vitamin C Serum ni, Eyda dah cuba expirement pada muka Eyda... Kulit muka Eyda memang sensatif dan mudah terbakar bila duduk bawah matahari yang terlalu lama. Omputih kata sunburn le. Hehehe... Pada akhir bulan 2 hari tu Eyda ada buat familyday di Teluk Batik, so masa tu la Eyda cuba.

Alhamdulillah nampak kesannya sangat ketara. Kulit tidak terbakar dek matahari. Dengan itu Eyda meneruskan hingga ke hari ini. Sekarang Vitamin C Serum ni dah jadi teman baik kulit muka Eyda.


Eyda ni memang akan cuba dulu dalam seminggu sebelum nak kongsi cerita pada semua, sebab kulit muka sensitif ni tak semua produk boleh serasi. Dulu pernah guna serum tetapi naik jerawat kecil-kecil dan muka jadi merah-merah. Tapi tidak dengan Vitamin C Serum by Annona ni. Bukan nak puji lebih-lebih keberkesanan produk ni... tapi memang hakikatnya sangat berkesan buat kulit Eyda. Cara penggunaan pun sangat mudah. Hanya 2 titis sahaja 2 kali sehari, sudah mampu memberi kesan yang maksimum.


Disamping dapat menghilangkan jerawat, ia juga dapat memulihkan parut, jeragat, kulit kusam dan mengecilkan liangpori yang terbuka. So muka pun jadi lebih flawless la gitu.

So tip berguna untuk korang elakkan muka dari sun burn dan berjerawat semestinya dengan menggunakan dan menggamalkan Vitamin C Serum by Annona ni. Terjamin berkesan untuk muka yang sensatif jugak.



Kalau korang nak tahu info lanjut korang boleh cek sendiri di

..............................

VITAMIN C SERIES ~ Facebook: VCS Annona ~ Instagram: vcs_annona ~ Hotline:0108424243

CORETAN DIARI PINK

HARI KELUARGA LEGASI HAJI ABDUL RANI BIN PANDAK SHUKOR KINI SUDAH 4 GENERASI

Assalammualaikum, hai semua.

Pada 23 & 24 Februari lepas, Eyda sekeluarga ada buat hari keluarga untuk keluarga besar. Last kami buat masa tahun 2015 sepatutnya 2 tahun sekali tapi ni dah berganjak ke 4 tahun. So memang best la kan dapat jumpe ramai-ramai ni. Entry ni pun lambat sebab nak kumpul gamba keluarga yang ramai tu. Hehehehe.

Aktiviti kali ni kami buat di Teluk Batik Resort, Teluk Batik, Perak. Kami dah rancang hampir dua tahun, demi merialisasikan impian semua ahli keluarga untuk berkumpul. Sepanjang tempoh 4 tahun ni pun kami dh kehilangan 3 ahli keluarga. Makanya perjumpaan kali ini sangatlah penting dalam mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Keluarga Haji Abdul Rani ni sudah ada 4 generasi yang dikumpulkan. Paling kecil adalah Piat, kalau mengikut susunan Anak, Cucu, Cicit, Piat.









Kami berkumpul pada 23 untuk sesi bergambar mengikut family kecil dahulu. Siapa yang sampai dulu mereka dah start bergamba. Lepas tu kami adakan acara sukaneka untuk kanak-kanak remaja dan tak lupe yang dewasa. Aktiviti simple je asalkan semua happy. Hadiah bukanlah menjadi tujuan utama tetapi keakraban antara keluarga yang kami titik beratkan. Sambil tu kami bawa makanan sendiri untuk makan tengah hari. Masa ni pun kami beramai-ramai bertukar juadah makanan antara ahli keluarga yang lain. Dapatlah merasa makan air tangan masing2. Rezeki sikit-sikit asalkan semua dapat merasa.










Selepas acara sukaneka, kami sambung semula acara bergambar untuk keluarga besar kami. Tengoklah bertapa meriahnya keluarga kami ni. Hati ini pasti gembira melihat keluarga besar ini. 

Kemudian sebelah petang adalah aktiviti bebas untuk mereka semua mandi laut atau pun mandi kolam. Sementara nak menunggu acara kemuncak di sebelah malam. Eyda pula masa petang ni la cuba nk touch up slide untuk malam ni.

Aktiviti malam semestinya lebih meriah. Setiap ketua keluarga akan bertukar hadiah sesama sendiri, dan hadiah sukaneka juga disampaikan pada malam itu. Selain itu semestinya ada hadiah cabutan bertuah yang lebih memeriahkan suasana malam. Malam itu jugalah ramai ahli keluarga yang mula menonjolkan bakat menyanyi masing-masing. Meriahnya suasana dengan suara anak-anak yang berlari sana sini. Di sini juga kami lebih mengenali antara satu sama lain.


Pada 24 aktiviti semestinya acara bebas. Pastinya anak-anak tak puas bermandi di pantai dan kolam. Abah Eyda pun bersemangat nak jalan ke pantai walaupun kukdratnya semakin berkurang. Tetapi demi anak cucu dia gagahkan jua ke pantai. Dulu pun Abah memang suka ke pantai. boleh dikatakan sebulan sekali tu pasti akan berjalan. Sekarang ni masa anak-anak pula lah yang bawa mereka kan.

Alhamdulillah. Semua acara berjalan lancar. Diharap agar ikatan kekeluargaan Generasi Haji Abdul Rani ini akan terus berkekalan hingga ke syurga Allah.


CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...