KBBA

nuffnang

HARI KELUARGA LEGASI HAJI ABDUL RANI BIN PANDAK SHUKOR KINI SUDAH 4 GENERASI

Assalammualaikum, hai semua.

Pada 23 & 24 Februari lepas, Eyda sekeluarga ada buat hari keluarga untuk keluarga besar. Last kami buat masa tahun 2015 sepatutnya 2 tahun sekali tapi ni dah berganjak ke 4 tahun. So memang best la kan dapat jumpe ramai-ramai ni. Entry ni pun lambat sebab nak kumpul gamba keluarga yang ramai tu. Hehehehe.

Aktiviti kali ni kami buat di Teluk Batik Resort, Teluk Batik, Perak. Kami dah rancang hampir dua tahun, demi merialisasikan impian semua ahli keluarga untuk berkumpul. Sepanjang tempoh 4 tahun ni pun kami dh kehilangan 3 ahli keluarga. Makanya perjumpaan kali ini sangatlah penting dalam mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Keluarga Haji Abdul Rani ni sudah ada 4 generasi yang dikumpulkan. Paling kecil adalah Piat, kalau mengikut susunan Anak, Cucu, Cicit, Piat.









Kami berkumpul pada 23 untuk sesi bergambar mengikut family kecil dahulu. Siapa yang sampai dulu mereka dah start bergamba. Lepas tu kami adakan acara sukaneka untuk kanak-kanak remaja dan tak lupe yang dewasa. Aktiviti simple je asalkan semua happy. Hadiah bukanlah menjadi tujuan utama tetapi keakraban antara keluarga yang kami titik beratkan. Sambil tu kami bawa makanan sendiri untuk makan tengah hari. Masa ni pun kami beramai-ramai bertukar juadah makanan antara ahli keluarga yang lain. Dapatlah merasa makan air tangan masing2. Rezeki sikit-sikit asalkan semua dapat merasa.










Selepas acara sukaneka, kami sambung semula acara bergambar untuk keluarga besar kami. Tengoklah bertapa meriahnya keluarga kami ni. Hati ini pasti gembira melihat keluarga besar ini. 

Kemudian sebelah petang adalah aktiviti bebas untuk mereka semua mandi laut atau pun mandi kolam. Sementara nak menunggu acara kemuncak di sebelah malam. Eyda pula masa petang ni la cuba nk touch up slide untuk malam ni.

Aktiviti malam semestinya lebih meriah. Setiap ketua keluarga akan bertukar hadiah sesama sendiri, dan hadiah sukaneka juga disampaikan pada malam itu. Selain itu semestinya ada hadiah cabutan bertuah yang lebih memeriahkan suasana malam. Malam itu jugalah ramai ahli keluarga yang mula menonjolkan bakat menyanyi masing-masing. Meriahnya suasana dengan suara anak-anak yang berlari sana sini. Di sini juga kami lebih mengenali antara satu sama lain.


Pada 24 aktiviti semestinya acara bebas. Pastinya anak-anak tak puas bermandi di pantai dan kolam. Abah Eyda pun bersemangat nak jalan ke pantai walaupun kukdratnya semakin berkurang. Tetapi demi anak cucu dia gagahkan jua ke pantai. Dulu pun Abah memang suka ke pantai. boleh dikatakan sebulan sekali tu pasti akan berjalan. Sekarang ni masa anak-anak pula lah yang bawa mereka kan.

Alhamdulillah. Semua acara berjalan lancar. Diharap agar ikatan kekeluargaan Generasi Haji Abdul Rani ini akan terus berkekalan hingga ke syurga Allah.


CORETAN DIARI PINK

2 comments:

  1. Alhamdulillah.Tahniah,bukan mudah menganjurkan hari keluarga..satukan semua..kumpul ramai-ramai pada tarikh yang ditetapkan.Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasi PC. betul tu mmg bukan mudah nk satukan semua. ini pun ada yang tak join atas urusan masing-masing

      Delete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...