KBBA

Hi-Tea di MU Hotel Ipoh

Assalammualaikum, hai semua.

Sejak masuk tahun baru 2019 ni, jarang-jarang dapat update. Sekejap je dah bulan April. Sepanjang 2018 banyak benda yang tak best jadi (nanti dah ready Eyda stori mori ye) Kali ni Eyda nak stori mori pasal mini familyday keluarga besar Eyda yang sepatutnya di buat pada 2018. Tapi memandangkan banyak kekangan, so buat hi-tea je lah. Asalkan kami dapat berjumpa semua ahli keluarga.

Cari juga hotel sekitar Ipoh ni, then terjumpa satu nama baru MU Hotel. Tempat pun agak strategik sebab tak terlalu sesak walaupun di tengah bandar Ipoh. So yang best sebab memang nak booking untuk satu cafe tu. Maklumlah ramai budak-budak. Kalau tempat yang bercampur dengan yang lain agak susah jugalah kan. So bincang punya bincang kami sepakat nak buat mini gathering dekat sini je.
sumber gambar :  MU Hotel
Anak buah Eyda pun ramai dah besar anak-anak dara teruna semuanya.. So diaorang yang decide nak buat tema baju putih tudung pink. Masing-masing dah pakat nak terus jumpa di hotel untuk hi-tea. Alhamdulillah kali ni dapat kumpul kesemua ahli keluarga Haji Zaibidin. Kali ni semua sporting sebab ikut tema...hehehe
Inilah keluarga Eyda
Cafe MUnch ni selesa sebab ada juga kawasan di luar dan di dalam. Tapi masa kami pergi ni hujan so tak boleh la nak duduk makan santai-santai di luar. Dekat dalam ni sahaja dah penuh dengan keluarga Eyda.


sumber gambar: MU Hotel

Makanan dekat sini pun boleh tahan sedap. Eyda suka desert yang disediakan. Roti jala pun best. Berbaloi la dengan bajet yang kami ada. Tempat pun selesa sangat. Ada juga ruang untuk kanak-kanak bermain sambil tengok TV.

sumber gambar: MU Hotel


 

Selain itu dekat hotel ni juga ada kemudahan lain seperti tempat akses internet dan juga Gym. Zaman sekarang ni kan ramai yang jaga badan, so boleh la gunakan facilities yang ada di sini. Bagi yang tourist pula boleh la nak gunakan komputer yang disediakan untuk akses internet.

Alhamdulillah ini keluarga lengkap Eyda. Syukur Ya Allah kerana mereka selalu ada untuk Eyda walau apa pun yang sedang Eyda lalui. Semoga keluarga ini juga di akhirat kelak.
My Heroes

My Heroins




Ini gambar sekitar Hi-Tea kami pada masa tu. Meriah dengan anak-anak. Semua kaki bergambar maka inilah hasil gambarnya. Hahaha... Abah pun nampak happy sangat bila dapat berkumpul macam ni. Masa ni penuh suka duka buat diri Eyda. Demi menggembirakan hati dan keluarga maka berjayalah Hi-Tea kami kali ini. Kebetulan diaorang ni PT3 last year kan.. so kita raikan lah sekali.









InShaaAllah pasti akan ada lagi gathering sebegini di masa akan datang... Mana tau lepas ni bercucu pulak Eyda ni kan.... Biarlah gambar berbicara untuk segalanya... Untuk korang diluar sana.. Ingatlah walau macam mana teruk pun adik beradik kita kelak akhirnya adik beradik kita juga yang akan ada bersama. Kekalkanlah ikatan silaturahim ini sampai bila-bila. Apapun terima kasih Mu Hotel untuk servis yang terbaik ni. Tak lokek makanan.. dah habis terus tambah... kenyang perut suka hati dibuatnya... Jumpa lagi...









CORETAN DIARI PINK

8 comments:

  1. Wahhh acuu jom la kita pegi lagi. Tapi bukan time hujan laaa. Boleh ada banyak ootd pasni hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah.. tema gathering tu sweetnya..
    meleleh air liur kita nengokkan dessert dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tema sweet-sweet anak-anak yang pilih

      Delete
  3. tempat best kumpul plak ramai2.. syokkk !! suka mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok pun dapat berkumpul mcm ni.. merapatkan ukhwah keluarga

      Delete
  4. best dapat buat family day mcm ni :)

    ReplyDelete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...