Perut Kembung Disangkakan Mengandung Kini Tiada Lagi Dengan Surya ACV

Assalammualaikum, Hai semua.

Kalau korang semua selalu baca cerita Eyda di facebook atau instagram, pasti korang tau yang Eyda ni selalu alami masalah perut kembung berangin. Haaa... jangan ingat baby je ada masalah perut kembung ni tau, dewasa pun boleh kena. Dah lama juga Eyda cuba cari produk yang sesuai sampailah ada kenalan #KBBA9 yang kenalkan Eyda dengan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ni.

Mulanya Eyda agak takut nak cuba, sebab Eyda ada gastrik. Bila bab masam-masam ni memang Eyda fobia sikit sebab takut gastrik pulak menyerang. Tapi Alhamdulillah, lepas ACV ni berkesan dan tak pula gastrik menyerang. Orang kata kita ni kena la ikhtiar kan. 

Dua minggu lepas Eyda try beli sebab ramai kata ada diskaun RM5 di Lazada. So Eyda tak lepaskan la peluang nk beli twin pack ni. Harganya RM35 lepas guna kod promo yang ada di Lazada tu dapatlah diskaun tu.
Korang klik je tepi tu nanti dia keluarla kod diskaun tu

Senang beli twin pack terus... lebih jimat.
Ni gambar masa mula-mula cuba 2 minggu lepas... Sekarang Alhamdulillah tak de la sakit dah perut ni. Kalau tak asal silap makan je akan kembung je paling tak best bila tak boleh nak buang angin dan tak boleh nak sendawa... Sakitnya tak tau nak cakap lah. Sampai boleh jadi keras perut ni di buatnya. Jangan main-main dengan kembung perut ni. Orang yang pernah rasa je tau macam mana. 

Kadang-kadang orang nampak kita ni macam orang mengandung je disebabkan perut kembung ni. "Hello perut je yang kembung tau tapi i tak mengandung.." Eh nak je jawab macam tu, tapi tak manis pula la kan. Ada juga lelaki pun perut kembung juga... Paling tak best bila orang kata.. "Eh isteri tak mengandung tetapi lelaki pula yang mengandung ye...." So kalau korang tak nak ayat-ayat makcik bawang rangers tu keluar, baiklah korang cari cara penyelesaiannya kan.

Bila perut kembung nak buat kerja semua serba tak kena. Nak duduk susah nak berdiri pun susah, apatah lagi nak buat kerja lagi lah susah. Ingatkan baby je yang selalu kena perut kembung ni. Hehehe. Cara nak guna pun mudah. Cuma perlu letakkan 2 sudu ACV bersama 180ml air suam. Lepas tu terus minum. Rasanya tak terlalu masam dan tak manis sebab dia gunakan madu. So perut Eyda boleh terima Surya ACV ni. Cuma disebabkan gastrik korang jangan la amalkan hari-hari. Eyda pun guna bila perlu ataupun dua hari sekali untuk maintainkan perut supaya tak berangin.
 Cuka epal ini diperbuat daripada buah epal yang segar dan ia menganduni vitamin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, pectin dan juga zat besi. Pemanis yang digunakan di dalam Surya ACV ni semestinya madu  asli dan ia juga dapat mengurangkan paras bacaan gula. Selain itu sesuai juga untuk detox... Haaaa.. bile sebut detox confirm ramai yang suka dengar kan. Khasiat cuka epal dan madu asli ini secara tak langsung dapat:

1. Melancarkan perjalanan darah
2. Melawaskan usus besar dan kecil (so dapat la atasi masalah kembung perut ni)
3. Memecahkan lemak ( so dapatlah kempiskan perut kembung macam orang mengandung tu)
4. Meningkatkan metabolisma 
5. Meredakan sakit-sakit dan sengal sendi
6. Juga mengandungi anti-oksidan yang mampu menjaga kesihatan jantung

Dekat mana korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Surya Appli Cider Vinegar (ACV) ni?

Korang boleh pergi ke:

Facebook : Surya Malaysia
Instagram : Surya.Malaysia

Korang juga boleh dapat kan produk ini di semua cawangan Watson, Butik Himalaya dan juga farmasi-farmasi yang terpilih kecuali Guardian ye. Paling mudah online je di Lazada siap dapat diskaun RM5 lagi kan.

So untuk korang di luar sana yang ada masalah macam Eyda ni. Jom dapatkan segera. Sebelum tu meh layan dulu Video Youtube Eyda ni. Jangan lupa subscribe sekali ye.

12 comments:

  1. I juga minum apple cider vinegar, tapi jenama lain. Beli dari kedai organic. Mula2 pun risau sebab gastrik tapi ok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haida pun risau tp yang ini ok dengan perut

      Delete
  2. Produk menarik.. Tak pernah cuba apple cider vinegar ini..

    ReplyDelete
  3. Bagus ACV ni. Ai pun amalkan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda bagus memang kena amalkan untuk kesan yang lebih berkesan

      Delete
  4. lps minum selalu x g toilet? nk try tp perut sy ni sensitip sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk 7 hari pertama lebih pada buang angin dan sendawa. minggu berikutnya tu dh start ke toilet. tp tak la kerap dan tak memulas. biasa je

      Delete
  5. Sedap ACV Surya ni, pastu memang sangat membantu atasi masalah perut kembung dan nak membuang pun lawas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sangat membantu untuk orang yang tak lawas macam haida ni.

      Delete

Pengulas nak ulas sini