KBBA

nuffnang

Preview Ramadan | Semarak Rasa Ramadan Tower Regency Hotel Ipoh

Assalammualaikum, hai semua.

Tak berapa lama lagi kita dah nak masuk ke bulan Ramadan kan. Korang selalu tak pergi berbuka di mana-mana hotel sekitar Ipoh ni? Kalau tahun ni korang rase nak try berbuka di hotel, Eyda cadangkan korang cuba menu bufet ramadahan di Tower Regency Hotel ni. Eyda syorkan sebab baru-baru ini Eyda baru je pergi ke preview bufet Ramadan mereka.

Dengan bertemakan "SEMARAK RASA RAMADAN", pelbagai jenis hidangan dari pembuka selera hinggalah ke pemanis mulut semuanya berasaskan menu kampung. Semua menu ini telah disusun hebat oleh Eksekutif Chef mereka iaitu Chef Dorret Joseph. Yang pastinya semua menu istimewa ini akan menyingkap nostalgia masakan melayu lama yang akan menyemarakkan suasna berbuka korang bersama keluarga ataupun kawan-kawan korang.

Bermula dari 1 Ramadan bersamaan 6 Mei 2019 hinggalah ke 4 Jun 2019, bufet ramadan ini akan dibuka pada jam 7.00 petang hingga ke 10.00 malam bertempat di Cafe@6 - Tingkat 6 di hotel ini.

Pelbagai jenis hidangan pembuka selera, nasi dan lauk pauk juga pemanis mulut mereka akan membuatkan kita berpuas hati dan pasti akan kembali. Mana tidaknya, ada pelbagai jenis kerabu seperti kerabu kacang botor, taugeh pucuk paku kerang, kerabu mangga dan juga kerabu perut pastinya dapat membangkitkan selere kita. Eyda siap bertambah tau ratah je kerabu tu. Fuhhh.. memang terbaek menu ni. Pelbagai jenis kuih muih seperti limat, bengkang, tepung bungkus pastinya buatkan kita terkenang suasana kampung.
Menu utama semestinya nasi putih, nasi briyani, nasi ulam dan nasi kerabu berlaukkan rendang daging, daging masak merah, daging masak itam, ayam kailo, ayam masak merah, pajeri nenas pastinya membuatkan korang bertambah nasi. Tapi, apa yang paling Eyda suka bila adanya menu masak lemak siput sedut dengan labu di tambah pula dengan pelbagai ulam-ulaman. Memang mertua lalu belakang pun tak toleh dah jawabnya. Hahaha...















Tapi menu paling nostalgia dekat sini adalah ubi kayu rebus. Memang mengimbau sangat menu ni. Teringat pula la dekat arwah Mak yang selalu buatkan untuk Abah Eyda. Itu pun salah satu kegemaran Abah. Ubi kayu dimakan pula bersama dengan kelapa & gula atau pun dicicah bersama sambal bilis.. Wowww... terpejam mata sambil makan ubi rebus ni.


RM55 dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak pastinya sangat berbaloi untuk kesemua hidangan istimewa ini. Manakala untuk hari Jumaat dan Sabtu pula RM58 bagi dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak. Cuupppp... sabarlah.. bukan itu saja menu yang ada, kambing panggang tergolek tu semestinya akan buat korang terpanggil untuk berulang berjalan keluar ke arah perkarangan kolam renang tu. Menu di perkarangan kolam renang tu memang la best sebab ada bakar-bakar dan gerai masakan panas. Eh cerita panjang lebar ni gerenti korang dah terliurkan, haaa lap sikit yang meleleh dekat pipi tu. Hahaha. Jom Eyda bagi korang lagi terliur dengan gambar-gambar pula. Cerita kosong je tak best kan.


  




Asyik tunjuk makanan je kan... Air pun ada banyak pilihan tau, tapi paling menarik dan paling Eyda suka Teh Tarik padu dia. Memang padu kaw melekat rasanye, abam yang tarik teh tu pun manis je senyumnya. Hahaha... Cendol pun jangan dilupakan tau untuk menghilangkan haus di tekak.



Okay bagi yang tertanya tempat untuk bersolat, korang jangan risau sebab pihak hotel juga turut menyediakan surau yang bersih, luas dan berhawa dingin bagi keselesaan korang. Tempat wuduk juga amat selesa. Surau yang disediakan adalah di tingkat 10, tak perlulah menapak tekan lif je mudah kan. 
Selain bufet Ramadan yang istimewa ini, pihak hotel juga turut menawarkan harga bilik yang hebat dan berpatutan iaitu Bilik Duluxe King hanya berharga Rm180 nett termasuk sahur dan buger Ramadhan untuk seorang, manakala bilik Duluxe Berkembar pula hanya dengan kadar Rm250 nett termasuk sahur untuk 2 orang dan bufet Ramadan untuk 2 orang juga. Eh kejap kejap ada juga harga promosi tau. Untuk pembelian Awal Ramadan ni korang boleh dapatkan pada harga RM48.00 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. Korang boleh beli voucher ni sebelum 30 April ni untuk menikmati hidangan bufet pada 6 - 12 Mei nanti. Haaa berbaloi kan harga early bird ni. Menginap sambil menikmati hidangan bufet dari hotel. 

So kalau korang ada sebarang pertanyaan korang boleh la hubungi Tower Regency Hotel ni. Staff mereka semua mesra pelanggan tau.

Puan Norhaizan - 012 - 628 1808
Meor Suhaniz - 019 - 600 2078
Mimi Nasir - 019 - 600 2417
Vinoth Prasath - 019 - 600 2054

atau

Lokasi: 6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
Greentown, 30450 Ipoh,Perak.
atau
Hubungi: 05 - 2086888 sambungan 6900 / 6000








CORETAN DIARI PINK

15 comments:

  1. Memang betul ikut ala kampung selera melayu nih... boleh masuk list!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena la dengan tekak melayu ni kan. Selera kampung teringat la zaman dulu

      Delete
  2. Replies
    1. Bila nak datang Ipoh boleh la bw jumpe Mek Ika skali. Memang sedap tau menu dia.

      Delete
  3. Sedapnya.. Bila lah nak ke Ipoh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ke Ipoh jangan lupa stay sini tau...

      Delete
  4. wah sedap nmpk tu.. bnyk menu.... [ jemput singgah ke blog Sis Hawa juga ]

    ReplyDelete
  5. makkkk aiiii semuanya menyelerakan... kalau iftar kt sini x tau nk terkam mana dulu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak tau nak terkam yang mana pun masa tu.. semua kena pada tekak

      Delete
  6. Wahhh banyaknya menu, pastu harga buffet pun sangat berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak mas.. Alhamdulillah sedap dan berpatutan

      Delete
  7. semua nampak sedap , nak pergi jauh pula...

    ReplyDelete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...