KBBA

nuffnang

EydaZcOOkieS Snek Kudapan Anda | Lidah Kucing, Florentine dan Cornflakes Madu

Assalammualaikum dan hai semua.

Baju raya dah beli? Biskut raya dah buat ke? Haida tahun ni ala kadar je. Tapi sibuk dengan bisness biskut kudapan raya. Tahun ni masuk tahun ke dua Haida usahakan biskut Florentine dan cornflakes madu. 


Gifts Box


Buat kecil-kecilan je. Jadilah nak buat duit raya dan beli persiapan raya. Tahun lepas merasa la beli freezer baru. Hehehe. Tahun ni target lain pula, rasa macam nak bercuti je nak hilangkan serabut kepenatan


.

Lepas raya kalau berminat boleh lah contact ye. Hehehe. Sekarang ni dah closed order dah pun. Ini semua gambar set gifts box. Sesuai la nak buat hamper raya. Pergi rumah saudara mara pun boleh bawa.

Haida harap korang dat doakan bisnes ni bertambah maju. Mana tau satu hari nanti boleh buat besar-besaran pula kan. Terima kasih buat semua yang selalu support Haida. Pada yang tahu masalah Haida hope korang doakan yang terbaik ye.




CORETAN DIARI PINK

Surya S Great Grain Teman Sahur Anda | Menu Ringkas Sahur

Assalammualaikum, dan hai semua.

Sedar tak sedar kita sudah pun berada 10 hari terakhir Ramadhan. Semestinya ramai yang dah buat persiapan untuk lebaran nanti kan. Tapi hari ni Haida bukanlah nak cerita pasal persiapan raya Haida, cuma Haida nak kongsikan macam mana Haida kekalkan tenaga untuk bulan puasa ni.

Alhamdulillah sepanjang puasa ni belum lagi la rasa penat kecuali semalam, Haida terlupa nak makan ubat diabetes. Sebenarnya Haida terpanggil untuk ceritakan rahsia bulan puasa ni sebabnya, ada kawan yang bertanya. "Eh, macam mana ye ko ni rileks je walaupun tak bersahur? Aku yang makan nasi ni pun baru tengah hari dah rase lapar." Haaa.. begitulah lebih kurang soalan dia pada Haida.

Sebenarnya kalau nak tahu, Haida ni bukanlah tak bersahur. Tapi Haida hanya bersahur dengan Surya S Great Grain (SSGG) ni sahaja. Hidangan sehangat kasih ibulah katakan. Itu yang boleh buat perut ni behave je tak meragam. Maklumlah orang ada gastrik ni biasanya kalau tak makan je mulalah macam-macam. Sejak awal puasa Haida amalkan SSGG ni, Alhamdulillah, gastrik pun tak datang menyerang macam tahun sebelum-sebelum ni. So secara tak langsung memang bertenagalah Haida walaupun hari-hari kena siapkan tempahan biskut raya by EydaZcooKies.
Cara Penyediaan Surya S Great Grain

Dengan sepeket SSGG ni ia mampu buat Haida bertahan hingga berbuka. Sebabnya dalam SSGG ni terkandung bijirin yang berkhasiat dan mengenyangkan.  Cara penyediaan pun mudah sangat, hanya campurkan sepeket SSGG ni bersama segelas air suam dan siap untuk diminum. Ha kalau setakat terlewat bangun sahur pun tak ada masalah lah nk buat.
Kandungan Surya S Great Grain

Inilah menu mudah dan mengenyangkan sebab ada kandungan multi-bijirin yang kaya dengan nutrien komprehensif, protien, serat makanan, vitamin, karbohidrat baik dan anti-oksida. Dengan kandungan 18 bijirin seperti beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jangung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut, pastinya ia sangat sesuai bagi menggantikan menu lengkap yang lain. Selain tu boleh la juga nak menurunkan berat badan kan. Kan nak raya dah ni.
SSGG ini adalah antara pilihan yang tepat dan yang penting ia dijamin HALAL untuk digunakan dan diamalkan. Status HALAL ni dikeluarkan oleh JAKIM tau, jadi tak perlu diragui lagi. Kalau nak diet inilah masa yang sesuai buat korang tau. Sebab ini bulan puasa dan korang pula amalkan minuman berkhasiat macam ni. Memang meletop lah penampilan korang nanti.

Surya S Great Grain ni boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia tau. Alang-alang korang ke Watsons tu korang berpeluang juga untuk dapatkan set Bento Tupperware ni dengan pembelian RM120 ke atas untuk produk Surya. Harga bagi SSGG ni adalah RM39.90 untuk 15 sachet.

Untuk maklumat lanjut korang boleh la jenguk-jenguk laman sosial media Surya Malaysia ni.


Facebook : Surya Malaysia
Instagram : @Surya.Malaysia
Shopee : SGGShopee
CORETAN DIARI PINK

PILIHAN MENU BERBUKA | RESEPI LEPAT PISANG

Assalammualaikum, hai semua.

Tinggal lagi 2 hari sahaja lagi kita dah pun nak masuk ke bulan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan kan. Kebetulan semalam hari Khamis Haida puasa. So teringin la nak buat lepat pisang. Biasalah tekak orang berpuasa bukan di bulan puasa ni memang lain macam sikit kan. Hehehehe.

So kali ni Haida nak share sikit la resepi lepat pisang yang ala-ala arwah mak Haida buat dulu. Rindukan dengan masakan arwah mak.. so tak de siapa lagi nak buatkan, kena la buat sendiri kan. Kebetulan jiran sebelah ada sedekahkan pisang. Tapi please jangan tanya pisang apa ye.. sebab Haida memang tak kenal pisang selain pisang emas dan tanduk. Yaaa Ampunnn ya semua. Yang Abang bagitau pisang Abu. Betoi ke idok???

Bahan-bahan pun mudah je. Korang boleh tengok gambar ni step by step. Semua ada di caption gambar.

Pisang Abu, Tepung Gandum, Gula Merah, Kelapa Parut & sedikit garam.

Lenyek pisang ni guna cawan je.

Campurkan dengan tepung gandum lebih kurang setengah cawan. agak-agak ikut pisang tu. Jangan banyak sangat sebab nanti keras tak sedap. Letak sekali gula merah/gula putih ikut pada rasa pisang tu, kalau manis tak payah la letak banyak gula nanti bertambah manis la kite.. heehee

Sediakan daun pisang ukuran lebih kurang besar tangan macam ni.

Letak dalam 2 sudu dan ratakan lebih kurang separuh daun

Lepas tu letakkan kelapa parut, ikut pada citarasa diri masing-masing. Kalau suka lebih boleh letak lebih.

Kemudian gulung elok-elok supaya padat

Haaa dah siap susun la elok-elok dalam periuk kukusan ni. Amacam gemok macam jari Iols jugak kan.. Hehehe...

Bila agak-agak daun dah layu macam ni, boleh la diangkat.

Haaaa siap dah untuk dimakan.

Asalkan nampak cantik macam ni elok je kelapa dok tengah-tengah tu kira cun la kan.

Boleh la sediakan untuk minum petang. 

Kebetulan ada lebih 2 3 biji tu. Haida buatkan pengat pisang untuk Abah.
Haaaa macam mana? Mudahkan nak buat lepat ni. Korang ikut je steps ni, InShaaAllah akan menjadi. So selamat mencuba ye. Haida pun bukanlah pandai sangat masak. Tapi setakat sikit-sikit ingat resepi arwah Mak tu boleh la juga nak masak. Lepas la tekak sendiri. Owh ya sebelum terlupa, daun pisang tu korang layurkan dulu atas api supaya masa gulung dia tak mudah koyak dan pastikan juga korang dah lap daun tu elok-elok tau. Okay jumpa lagi ya untuk resepi yang akan datang,
CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...