PILIHAN MENU BERBUKA | RESEPI LEPAT PISANG

Assalammualaikum, hai semua.

Tinggal lagi 2 hari sahaja lagi kita dah pun nak masuk ke bulan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan kan. Kebetulan semalam hari Khamis Haida puasa. So teringin la nak buat lepat pisang. Biasalah tekak orang berpuasa bukan di bulan puasa ni memang lain macam sikit kan. Hehehehe.

So kali ni Haida nak share sikit la resepi lepat pisang yang ala-ala arwah mak Haida buat dulu. Rindukan dengan masakan arwah mak.. so tak de siapa lagi nak buatkan, kena la buat sendiri kan. Kebetulan jiran sebelah ada sedekahkan pisang. Tapi please jangan tanya pisang apa ye.. sebab Haida memang tak kenal pisang selain pisang emas dan tanduk. Yaaa Ampunnn ya semua. Yang Abang bagitau pisang Abu. Betoi ke idok???

Bahan-bahan pun mudah je. Korang boleh tengok gambar ni step by step. Semua ada di caption gambar.

Pisang Abu, Tepung Gandum, Gula Merah, Kelapa Parut & sedikit garam.

Lenyek pisang ni guna cawan je.

Campurkan dengan tepung gandum lebih kurang setengah cawan. agak-agak ikut pisang tu. Jangan banyak sangat sebab nanti keras tak sedap. Letak sekali gula merah/gula putih ikut pada rasa pisang tu, kalau manis tak payah la letak banyak gula nanti bertambah manis la kite.. heehee

Sediakan daun pisang ukuran lebih kurang besar tangan macam ni.

Letak dalam 2 sudu dan ratakan lebih kurang separuh daun

Lepas tu letakkan kelapa parut, ikut pada citarasa diri masing-masing. Kalau suka lebih boleh letak lebih.

Kemudian gulung elok-elok supaya padat

Haaa dah siap susun la elok-elok dalam periuk kukusan ni. Amacam gemok macam jari Iols jugak kan.. Hehehe...

Bila agak-agak daun dah layu macam ni, boleh la diangkat.

Haaaa siap dah untuk dimakan.

Asalkan nampak cantik macam ni elok je kelapa dok tengah-tengah tu kira cun la kan.

Boleh la sediakan untuk minum petang. 

Kebetulan ada lebih 2 3 biji tu. Haida buatkan pengat pisang untuk Abah.
Haaaa macam mana? Mudahkan nak buat lepat ni. Korang ikut je steps ni, InShaaAllah akan menjadi. So selamat mencuba ye. Haida pun bukanlah pandai sangat masak. Tapi setakat sikit-sikit ingat resepi arwah Mak tu boleh la juga nak masak. Lepas la tekak sendiri. Owh ya sebelum terlupa, daun pisang tu korang layurkan dulu atas api supaya masa gulung dia tak mudah koyak dan pastikan juga korang dah lap daun tu elok-elok tau. Okay jumpa lagi ya untuk resepi yang akan datang,

14 comments:

  1. alahai...lama dah tak buat lepat pisang...nak buat la nanti..kena cari pisang best skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haida ni lagi la tak pernah buat sebenarnye.. slama ni tengok arwah mak je buat. tolong-tolong gitu je.

      Delete
  2. alalaaaaa terliur pulak,kita tak penah buat lepat heheheh nak try la bulan puasa ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share resipi ni. Nak try lah nanti hehe

    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    ReplyDelete
  4. Bijak haida, guna lenyek belakang cawan je...eh tak terfikir cm tu senang rupanya nak buat ye...terliur plak dah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kak Juju. Dulu arwah Mak memang pakai cawan je. terikut pulak

      Delete
  5. Sedapnya! Dah lama tak makan lepat pisang...teringin laa plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali memang sedap. makan banyak dibuatnya

      Delete

Pengulas nak ulas sini