KBBA

nuffnang

Surya S Great Grain Teman Sahur Anda | Menu Ringkas Sahur

Assalammualaikum, dan hai semua.

Sedar tak sedar kita sudah pun berada 10 hari terakhir Ramadhan. Semestinya ramai yang dah buat persiapan untuk lebaran nanti kan. Tapi hari ni Haida bukanlah nak cerita pasal persiapan raya Haida, cuma Haida nak kongsikan macam mana Haida kekalkan tenaga untuk bulan puasa ni.

Alhamdulillah sepanjang puasa ni belum lagi la rasa penat kecuali semalam, Haida terlupa nak makan ubat diabetes. Sebenarnya Haida terpanggil untuk ceritakan rahsia bulan puasa ni sebabnya, ada kawan yang bertanya. "Eh, macam mana ye ko ni rileks je walaupun tak bersahur? Aku yang makan nasi ni pun baru tengah hari dah rase lapar." Haaa.. begitulah lebih kurang soalan dia pada Haida.

Sebenarnya kalau nak tahu, Haida ni bukanlah tak bersahur. Tapi Haida hanya bersahur dengan Surya S Great Grain (SSGG) ni sahaja. Hidangan sehangat kasih ibulah katakan. Itu yang boleh buat perut ni behave je tak meragam. Maklumlah orang ada gastrik ni biasanya kalau tak makan je mulalah macam-macam. Sejak awal puasa Haida amalkan SSGG ni, Alhamdulillah, gastrik pun tak datang menyerang macam tahun sebelum-sebelum ni. So secara tak langsung memang bertenagalah Haida walaupun hari-hari kena siapkan tempahan biskut raya by EydaZcooKies.
Cara Penyediaan Surya S Great Grain

Dengan sepeket SSGG ni ia mampu buat Haida bertahan hingga berbuka. Sebabnya dalam SSGG ni terkandung bijirin yang berkhasiat dan mengenyangkan.  Cara penyediaan pun mudah sangat, hanya campurkan sepeket SSGG ni bersama segelas air suam dan siap untuk diminum. Ha kalau setakat terlewat bangun sahur pun tak ada masalah lah nk buat.
Kandungan Surya S Great Grain

Inilah menu mudah dan mengenyangkan sebab ada kandungan multi-bijirin yang kaya dengan nutrien komprehensif, protien, serat makanan, vitamin, karbohidrat baik dan anti-oksida. Dengan kandungan 18 bijirin seperti beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jangung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut, pastinya ia sangat sesuai bagi menggantikan menu lengkap yang lain. Selain tu boleh la juga nak menurunkan berat badan kan. Kan nak raya dah ni.
SSGG ini adalah antara pilihan yang tepat dan yang penting ia dijamin HALAL untuk digunakan dan diamalkan. Status HALAL ni dikeluarkan oleh JAKIM tau, jadi tak perlu diragui lagi. Kalau nak diet inilah masa yang sesuai buat korang tau. Sebab ini bulan puasa dan korang pula amalkan minuman berkhasiat macam ni. Memang meletop lah penampilan korang nanti.

Surya S Great Grain ni boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia tau. Alang-alang korang ke Watsons tu korang berpeluang juga untuk dapatkan set Bento Tupperware ni dengan pembelian RM120 ke atas untuk produk Surya. Harga bagi SSGG ni adalah RM39.90 untuk 15 sachet.

Untuk maklumat lanjut korang boleh la jenguk-jenguk laman sosial media Surya Malaysia ni.


Facebook : Surya Malaysia
Instagram : @Surya.Malaysia
Shopee : SGGShopee
CORETAN DIARI PINK

4 comments:

  1. suka minum time sahur sbb simple nak disediakan

    ReplyDelete
  2. Baru dpt beli online...sahur ni nak cubalah...bestnya tak sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba tau. Haida Alhamdulillah serasi dengan perut

      Delete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...