KBBA

Apa itu Sindrom De Quervain?

Assalammualaikum dan hai semua.

Mata ni mengantuk petang-petang ni, teringat nak update diari pink ni. Baru-baru ini dalam group wasap ada la kawan yang bercerita mengenai dia ada sakit De Quervain ni. So teringat pula la yang Haida pernah kena sebelum ni pada tahun 2016. So kali ni Haida nak cerita juga la serba sedikit pengalaman Haida masa terkena tu.

Owh ya sebelum tu, korang tau tak apa De Quervain ni? De Quervain tau bukan Dequardin. Hehehe. Dequardin tu ubat sakit tekat. Yang ini masalah pada pangkal ibu jari dan pergelangan tangan. Sebelum ni Haida buat bisness magnet. Bisness kecil-kecilan di rumah untuk isi masa lapang. Tapi tak sangka ada banyak sambutan masa Hari Guru 2016 tu dan Haida pula tidak ada kelengkapan besar untuk buat magnet ni, makanya Haida memang hand made la. Gunakan jari jemari yang ada ni untuk memotong semua magnet-magnet tu. 

Disebabkan tangan tu terlalu banyak sangat guna, tiba-tiba satu malam Haida rasa sakit sangat pada bahagian ibu jari ni. Bila nak dibengkokkan punyalah sakit, sampaikan nak pegang gelas pun terasa sakitnya. Mulanya ingat sekadar sakit biasa, tapi hampir seminggu tak baik juga. Akhirnya Haida mengalah untuk pergi ke klinik berdekatan. Kalau orang dulu-dulu akan cakap "alaaaa... salah urat la tu", tapi tolong ye jangan pandang remeh sakit mcm ni. Urut-urut silap haribulan bertambah sakit sebab kita bagi tekanan lagi pada urat tu.

Masa tu Haida sendiri pun tak tahu apa yang doktor tu cakap pasal Sindrom De Quervain ni. Siap Haida gelak-gelak lagi bila doktor kata. "Tangan you tak boleh buat kerja, kena bagi dia rest kalau you nak cepat sihat." Hati ni dok berkata "Apa pulak tangan pun nak kena rest?" Rupanya bila doktor tu explain baru la Haida faham kenapa tangan kena rest.
Masa sekolah dulu main-main je bila cikgu sains terangkan pasal Tendon semua tu kan. Kali ini bila doktor terangkan ko ternganga dengar, sebab dah lupa tendon tu dekat mana. Korang tau tak? Ke korang pun sama macam Haida ni dah lupa. Hahaha. Tendon ni urat / tisu yang ada dekat tangan kita ni untuk menyambungkan otot dan tulang.  Duduknya diantara ibu jari dan pergelangan tangan tu. Dekat kaki pun ada juga urat tendon ni, terletak antara betis dan tumit. Haida ni bercerita berdasarkan pengalaman sikit-sikit. Kalau ikut penerangan doktor dia akan terangkan pasal terowong menjadi bengkak semua. Takut pula nanti tersalah cerita kan.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Bila kita menggunakan tangan terlalu kerap atau pergerakan berulang, itu yang boleh menyebabkan urat / tisu tu bengkak / keradangan dan ia boleh jadi secara beransur atau secara mengejut. Macam Haida secara mengejut je, sebab tak berhenti gunakan tangan ni untuk potong semua magnet-magnet tu.

Punca Sindrom De Quervain 

Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan terjadinya De Quervain ni. Antaranya kerap bersukan seperti golf dan badminton, wanita yang hamil atau pun penggunaan pergelangan tangan yang terlalu kerap. Macam Haida puncanya dari kekerapan menggunakan tangan. Maklumlah di pejabat guna untuk menaip balik rumah pula gunakan untuk buat magnet. So memang tak cukup rehat tangan tu.

Gejala De Quervain

Antara gejala yang haida alami pada mulanya rasa sengal-sengal dibahagian pangkal ibu jari, kemudian sukar untuk memegang gelas termasuklah nk pegang tangkal kuali pun rasa sakit. Nak bengkokkan ibu jari pun sampai satu tahap macam nak menangis dibuatnya dan jari pun terasa kebas-kebas ataupun ngilu sebab urat tendon tu dah ganggu saraf lain. Ada juga kata ia berkaintan dengan diabetes. Tapi masa tu doktor tak pula cakap pasal tu. So Haida tak nak la memandai kan. hehehe.

Antara gejala lain mengikut KKM adalah:

- sakit dan bengkak
- rasa "catching" atau "menyentap" semasa menggerakkan ibu jari
- kesukaran mencubit atau menggenggam dengan ibu jari
- pergerakkan pergelangan tangan yang terhad

Komplikasi jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan fungsi pergerakan tangan kita terhad. Sekiranya masih berterusan ia terpaksa dibedah. Tetapi risiko untuk dibedah sangatlah rendah, biasanya pesakit akan dapatkan rawatan diperingkat awal.

Cara Rawatan

Masa Haida pergi klinik buat rawatan tu, doktor minta Haida buat satu senaman. Mulanya memang Haida ni gelak je sebab dok fikir apa kena mengena sakit tangan ni sampai kena buat senaman pulak. Eh ajernye suke derhaka dengan doktor. Hahaha. Nama senaman tu Finkelstein.  Doktor akan suruh kita bengkok tangan ke arah atas dan bawah. Caranya macam gambar di bawah ni.


Mula-mula doktor suruh buat pergerakan macam ni. Genggam jari dan turunkan ke bawah dan ke atas. Masa nak turunkan ke bawah tu.. Dia punya sakit adoiiiimakkkkk, rasa nak menjerit dibuatnya.

Kemudian disuruhnya buat begini, tegakkan tangan kemudian gerakkan ke atas dan ke bawah juga. Kali ni memang dua-dua sakit, baik gerak ke atas baik ke bawah dua-dua rasa nak menjerit. Lepas tu la doktor tu detect Haida kena Sindrom De Quervain ni.

Selain senaman tu korang boleh gunakan ais batu juga untuk redakan keradangan urat tu. Kalau di hospital diaorang akan bagi rawatan fisioterapi atau tapping.  Tapping ni selalu atlet yang guna, kalau korang perasan Datuk Lee Chong Wei pun selalu pakai macam plaster warna hitam atau biru. Tapi tapping juga ada banyak warna. Doktor juga akan bagi kita ubat tahan sakit untuk membantu kita bertahan.

Cara Mengatasi

Untuk mengatasi masalah De Quervain ni doktor nasihatkan Haida supaya sentiasa buat senaman tangan sebelum memulakan kerja Haida. Eh tiba-tiba Haida teringat masa belajar dulu (Course Kesetiausahaan) Lecturer Encik Anuar memang akan suruh buat senaman ni sebelum mulakan menaip. Tapi bila dah habis belajar tak dipraktikkan pula. So pada korang semua kalau yang banyak menggunakan tangan terutama dibahagian pergelangan tangan ni, korang amalkan senaman ni sebelum buat kerja tau. Lebih kurang macam warming up sebelum bersukan la kiranya.

Caranya teramat mudah cuma kita je kadang-kadang malas nak buat. Bila dah jadi macam ni baru nak beringat. Sejak jadi macam tu Haida pun stop la buat magnet dan sekarang fokus pada surprise delivery pulak dekat area Ipoh ni. So kalau korang ada sesiapa yang nak buat surprise delivery boleh la tengok-tengok instagram EydaZcRafts

Haida harap perkongsian Haida ni dapat bagi manfaat dan ilmu sedikit sebanyak pasal masalah De Quervain ni. Haida pun bukan lah doktor, hanya sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Andaikata ada yang tersalah mohon dibetulkan ye.

Jumpa lagi...






CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...