KBBA

Cermin Mata Murah, Siap Dalam Tempoh Setengah Jam Hanya Di Eye Pro Vision

Assalammualaikum dan hai semua.

Korang pernah dengar tak pasal kedai spek viral di Sungei Wang Plaza tu? Hari Sabtu baru ni Haida jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Lepas tu terpandang la Sungei Wang Plaza tu dan teringat nak cari kedai cermin mata yang viral tu. Nama kedainya Eye Pro Vision yang terletak di lot G111. 
Masa masuk je dah nampak ramai orang tengah tunggu giliran dekat dalam kedai. Kemudian datanglah Mr William ni untuk entertain Haida. Mulanya, Mr William minta cermin mata Haida untuk diperiksa power yang Haida pakai sekarang. Malu juga la nak bagi cek sebab cermin tu dah calar dan itu juga salah satu sebab kenapa Haida nak cari kedai ni untuk tukar cermin mata yang baru. Haida ni suka letak merata, lepas tu suka sangat lap dengan tudung. Nak jadikan cerita, hari tu lupa yang tudung Haida pakai tu ada batu. Makanya memang bercalar lah cermin tu. Huhuhu. Sedih betul bila ada masalah pelupa ni.

Okay, sambung balik cerita cermin mata tu. Mulanya Haida ni kekok sikit la sebab tak biasa dengan kedai ni. Tapi Alhamdulillah Mr William ni sangat friendly dan mudah nak sesuaikan diri. Dia pun mulalah terangkan pada Haida mengenai cermin yang Haida pakai sekarang dan bandingkan dengan cermin Alpha Blue 420 ni. Sebelum ni Haida ingat sama je apa yang Haida sedang gunakan dengan apa yang diterangkan oleh Mr William tu. Rupanya memang terdapat perbezaan. Apa yang Haida paling suka ialah cara penerangan dia yang sangat mudah untuk kita faham. Dia siap buat demo depan Haida tau. Cermin yang Haida pakai tu sebelum ni mmg diberitahu bahawa ia adalah cermin yang anti-blue light dan silau, tetapi bila Mr William buat demo, Haida perhatikan bahawa cermin yang Haida guna masih lagi tembus cahaya walaupun tidak begitu banyak tapi ia masih nampak. 
Sesi penerangan
Mr William maklumkan pada Haida bahawa cermin tu hanya 80% sahaja anti-blue light berbading dengan apa yang ditawarkan pada Haida iaitu cermin Alpha Blue 420 ni. Alpha Blue 420 ni memang 100% anti-blue light dan memang dia cuba sendiri direct pada mata Haida. Dia juga terangkan cermin ni ada banyak jenis sebenarnya. Setengah tu ada yang hanya coated luaran je, so bila kita pakai lama dia akan hilang. Eh teringat pula dulu pernah jadi mcm tu. memang nampak coated tu tanggal dari cermin. Barulah faham sekarang nak pilih cermin pun ada caranya. Memang terbaiklah penerangan yang diberikan dan Haida sendiri terkejut tengok perbezaan sebenar tu. Masa dengar dia terangkan tu, Haida memang khusyuklah sampai lupa tak pilih pun bingkai lagi. Tapi Mr William kata tak apa, kita cek dulu semua nanti boleh pilih.

Lepas dah dapat penerangan tu, Haida pun terus deal nak buat cermin mata tu. Seterusnya dia pun bawa Haida untuk buat pemeriksaan mata lebih lanjut. Alaaa, yang kita kena masuk bilik gelap tengok huruf ABC tu. Teringat pula zaman sekolah dulu bila waktu doktor datang untuk cek mata kan. Eh lupa pula, sebelum tu dia dah cek mata Haida guna mesin tu. Mesin yang nampak gambar hot air balloon tu la, mesin mana lagi kan. Hehehe. Masa dalam bilik pemeriksaan mata tu dia kata power Haida tak banyak beza cuma silau tu sebelah kanan naik sebab sebelum ni 25 - 25 sekarang sebelah kanan dah jadi 50. Patutlah sekarang bila drive malam atau hujan memang tak boleh nak bawa kereta.



Inilah mesin yang ada hot air balloon tu
Bila dah selesai semua pemeriksaan mata, Haida pun keluarlah nak cari frame pula. Mulanya memang confius nak cari, sebab Haida ni jenis tak boleh nak pakai full frame sebab nanti cepat pening. Selalu pakai yang half atau frameless, tapi Mr William kata kalau yang jenis macam tu cermin cepat rosak sebab diaorang akan tebuk lubang untuk ikatkan frame dengan cermin tu. Belum pernah tau ada orang terangkan pada Haida kenapa frameless ni tak elok. Diaorang memang pakarlah terangkan semua ni pada Haida. Jadi dia pun syorkan untuk ambil full frame yang agak sesuai dengan muka Haida. Pilih punya pilih tiba-tiba dia kepak-kepakkan bingkai cermin tu depan mata ni. Mak aiiiiii... rasa nak menjerit pulak tengok dia buat mcm tu. Rupanya dia nak bgtau yang bingkai yang dia syorkan tu sebenarnya tahan lasak dan mudah lentur, jadi tak perlu risau la kalau kita ni jenis lasak. 



Haida memang teruja betul datang kedai ni, layanan yang staff Eye Pro Vision berikan bak kata 'orang putih' memang layanan first class tau. Haida cuba tanya agak-agak hari ni sebelum pukul 5 boleh tak siap? Sebab Haida nak balik Ipoh, tren pukul 740 dari KL Sentral. Kiranya kalau sempat siap hari yang sama boleh la jalan-jalan dulu ke Pavi ke Times Square ke, nak balik baru ambil kan. Mr William kata kalau power macam Haida boleh je siap hari ni. Tiba-tiba mulut ni ternganga, mata terbeliak. Tau tak kenapa reaksi Haida macam tu? Dah la dia kata boleh siap hari yang sama, lepas tu lebih mengejutkan bila dia cakap "Nanti lagi setengah jam you datang ambil". Korang pecaya tak? SETENGAH JAM diulangi SETENGAH JAM SAHAJA tau. Fuhhh muka akak ada manyak sinyum wooo.

Tengah fikir, setengah jam sempat ke nak pusing satu Sungei Wang Plaza ni. Hahaha. Jawapan dia memang tak sempatlah kan. Ngam-ngam setengah jam Mr William bagitahu spek dah siap. Pantasnya servis diaorang ni. Dah la harga sangat berbaloi dan murah. Korang tau tak, bingkai yang Haida pilih ni harganya RM60 sahaja, lepas tu cermin Haida ambil yang jenis Alpha Blue 420 harganya RM65, jadi harga keseluruhan baru RM125. Kalau dekat Ipoh paling murah Haida buat pun RM300. Yang Haida pakai ni masa buat RM520 tapi still bukan 100% anti-blue light. Hurmmm boleh dapat 3 spek baru tau. Murah giler dan yang penting berbaloi sangat. Masa Haida sampai pukul 11 pagi tu dah ramai, selesai cek dalam pukul 12 jugalah, orang dah semakin ramai. Pukul 1230 cermin mata siap lagi bertambah ramai orang yang tunggu giliran. Syukurlah cepat sampai kan.

Lepas je dapat cermin tu Mr William still buat test lagi untuk tunjuk pada Haida cermin tu memang Alpha Blue 420. Macam mana dia test masa nak terangkan dekat Haida pasal berbezaan tu macam itu jugalah dia  tunjuk semula. Memang direct test cahaya biru tak tembus pun pada mata Haida. Dapat je terus pakai berjalan merata. Tak guna dah spek lama sebab nak biasakan dengan yang baru. Apa yang Haida perasan, penglihatan ni Alhamdulillah lebih terang, ini serius tau. Dulu kalau papan tanda toilet yang kecil dekat atas tu susah nak nampak, tapi selepas tukar ni, Haida nampak tanda tu walaupun kedudukannya lebih jauh. Kalau dulu setiap kali tukar spek Haida akan rasa pening atau tak selesa dalam beberapa hari, tapi kali ni memang berbeza sangat. Rasa selesa dan tak ada rasa pening sebab penglihatan dah jadi makin jelas.

Owh ya lupa nak cerita lagi satu benda. Selain daripada korang boleh ambil sendiri di kedai, korang juga boleh minta diaorang poskan tau. Diaorang boleh pos ke seluruh Malaysia. Jadinya kalau korang ada datang ke KL macam Haida ni, korang boleh la tempah lepas tu kalau tak nak tunggu korang boleh je minta diaorang pos kan. Mulanya Haida pun tak sangka boleh pos, tapi bila Haida ternampak ada slip pos laju ataas meja dia, Haida pun tanyalah. Rupanya dia kata, memang ramai yang minta dia poskan. Apapun lepas ni kalau ada lagi ke KL Haida nak try buat sunglases pula. Nak buat yang siap ada power. Eye Pro Vision ni memang beri servis baik dan sangat profesional. 
Okay kejap kejap. Korang perasan tak muke Mr William ni? Nak lagi jelas tengok gambar bawah ni.
Ehemm.. Korang perasan tak Mr William ni siapa?
Inilah orang yang pernah viral masa bulan puasa hari tu. Pasal Abam Grab Food yang nak hantar makanan tapi time tu hujan lepas tu Mr William ni siap bagi extra RM200 untuk dia dan ucap selamat berbuka. Haa ingat tak? Hehehe.. inilah orangnya. 

Nah nak bagi korang layan dulu youtube Haida pasal kedai viral ni.
Kalau korang nak pergi ke kedai ni mudah je. Lepas naik eskalator dekat level G pergi ke kiri dan terus nampak kedainya.

Alamat:
Eye Pro Vision
G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza

Waktu Operasi:
11 pagi - 9 malam

Facebook:



CORETAN DIARI PINK

7 comments:

  1. Susah nak cari kedai cermin mata yang boleh siap secepat half an hour. Paling cepat pun 2 jam itupun sebab mahal.
    Dah alang2 saya nak ganti cermin mata baru, boleh lah datang ke sini sebab selalu je ada area ni. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. Cantik lah spek mata baru awak.. done follow sini juga..

    ReplyDelete
  3. Akak pun puashati buat spek kat sini. Nanti nak buat rayban lak!

    ReplyDelete
  4. kak azni pun sempat jugak rembat buat multifokal kat sini.. murah banyak

    ReplyDelete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...