KBBA

Gulai Tempoyak Perak Style

Assalamualaikum, hai semua.

Mesti tengah sibuk buat persiapan untuk raya esok kan. Haida pun dah sediakan bahan-bahan, so malam nanti boleh la masak dah. Tengah hari ni korang lunch apa agaknya ye?

Haida baru je selesai masak "gulei" tempoyak ni. Tiba-tiba rasa teringin pula nak makan gilai tempoyak ikan jenahak. Jadi hari ni nak share sikitlah resepi gulai tempoyak ni. Walaupun ramai je yang dah tahu kan.




Bahan yang Haida guna:

Sepotong ikan jenahak
1 biji timun kuning (setengah panggil timun tua)
(Bahan blend)
3-5 biji cili padi merah (ikut tahap pedas yang korang nak)
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 batang serai
Sedikit garam
Bahan WAJIB
Tempoyak (Haida campur yang masam dan yang manis)

Nak masak ni senang sebab Haida jenis masak 'campak-campak' je. Tapi korang jangan la campak. Hahaha. Dah kisar bahan tu masuk je dalam periuk. Masuk sekali serai dan dempoyak. Lepas tu didihkan dulu baru masuk ikan. Haida buat macam tu sebab tak nak nanti ikan tu hancur pula. Masukkan juga timun tu. Bila ikan dna masak rasalah garam gulanya cukup ke tak. Lepas tu boleh la tutup api.

Dah siap makan dengan nasi panas. Fuhhh memang bertambah la. Okay selamat mencuba. Selamat hari raya aidiladha semua.
CORETAN DIARI PINK

No comments:

Post a Comment

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...