KBBA

Mengatasi Masalah Fobia

Assalammualaikum. Hai semua.

Siapa yang pernah ada perasaan fobia? Kalau nak tahu Haida sebenarnya ada masalah fobia naik kapal terbang. Siapalah yang tidak teringin naik kapal terbang kan, sambil ambil gambar sayap kapal terbang dan update di media sosial. . Gah bebas terbang diangkasa bagaikan burung besi. Tapi apa kan daya sejak Haida naik semasa umur 10 tahun yang lalu, perasaan fobia tu tiba-tiba datang tanpa diundang. Tahun 1993 tu Mak dan Abah bawa Haida, kakak dan anak sepupu naik kapal terbang ke Langkawi. Masa tu naik kapal terbang apa pun tak tau. Yang Haida ingat warnanya hijau ada perkataan “Air” ala-ala Air Asia.
Yes! Berjaya juga Haida ambil gambar idaman semua ni kan
Itulah pertama kali dan terakhir Haida naik kapal terbang. Tapi... selepas 26 tahun. Tiba masanya Haida cuba untuk keluar dari kepompong fobia ni. Haida beranikan diri untuk ikut trip pejabat ke Sabah. Dalam seminggu sebelum fly tu, macam-macam perasaan ada. Tak kira lagi dengan kawan-kawan yang suka menyakat di pejabat tu. Dalam hati hanya Haida dan Allah sahaja yang tahu.

Pada hari yang dinantikan tu, Haida agak tenang. Masa take off pun masih rasa tenang, mungkin sebab Haida duduk seat tengah. Ku sangka ketenangan ini berterusan tetapi rupanya tidak. Hahaha... Disaat Kapten mengumumkan sedikit info pasal penerbangan, hati ni dah mula rase gelisah. Apatah lagi apabila Kapten keluarkan ayat keramat dia sedikit informasi mengenai penerbangan ini. Kini kita berada pada ketinggian 35,000 kaki dari paras laut dengan kelajuan purata 800km/j. Haaaaa.... masa ni lah tapak tangan Haida ni mula berpeluh bagaikan baru lepas curah air ke tapak tangan. (Kalau nak tahu, masa taip ni pun masih berpeluh, agaknya masih teringat saat tu)

Korang bayangkanlah kiri ada Ustaz Orang Asli, kanan pula ada sorang lelaki Cina yang sedang melayan mimpi indahnya. Ya Allah... di mana harus aku bertaut disaat hati mula gelisah tak terkata. Dalam hati dan dibibir terus beristighfar tak berhenti. Tiba-tiba di saat mula hendak membuat pendaratan, flight ni turun mendadak... Terasa bagaikan nak terkeluar isi perut ni. Nak menangis, nak menjerit semua perasaan ada. Dalam kepala ni jangan katalah, berbagai-bagai perkara yang Haida fikirkan termasuk memikirkan kata-kata dari kawan-kawan Haida cakap. “Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami semua ini. Mudahkanlah urusan kami sehingga pulang nanti” Dalam hati tak berhenti berdoa.

Mungkin korang yang baca ni akan gelak, tapi itulah hakikatnya. Macam mana perasaan fobia tu muncul. Bila dah nak hampir tu pemandangan mata kasar ini seolah-olah nampak seperti flight tu nak landing atas laut. Ya Allah kuatnya bayangan aku ini. Walaupun orang akan kata merepek, tapi itulah yang jadi pada Haida. Masa touch down je, terus mengucap syukur kepada Allah swt kerana kami selamat sampai. Korang tengok sajalah gambar tapak tangan Haida yang basah lencun bagaikan baru sahaja membasuh tangan lepas makan.

Haida tak tipu tau. Nampakkan basah teruk tangan Haida ni.
Itulah pengalaman setelah 26 tahun menahan perasaan nak naik flight tu. Masa perjalanan balik tu Haida dah mula kuat. Walaupun ada juga sekelumit risau di dalam hati. Tapi Alhamdulillah Haida mampu melihat ke luar tingkap kapal terbang tu untuk melihat pemandangan di waktu malam dari angkasa. SubahanaAllah bertapa indahnya ciptaan Allah. Walaupun lampu yang dilihat hanya seperti kelip-kelip yang bersinar di malam hari, namun keindahannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata.


Muka ada senyum sebab dah sampai
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Haida sepanjang menaiki kapal terbang. Alhamdulillah Haida berjaya melawan rasa takut dan fobia dalam diri Haida selama ni. Doakanlah lepas ni Haida akan kuat semangat nak naik lagi kapal terbang ye. Okaylah jumpa lagi untuk cerita yang akan datang. 

CORETAN DIARI PINK

2 comments:

  1. sama seperti adik Dina. setiap kali naik flight, dia akan menyendeng dekat Dina dan takkan tidur sepanjang penerbangan. Katanya risau terhempas.

    ReplyDelete
  2. Betul memang tak boleh nak tidur. Kepala fikir macam-macam

    ReplyDelete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...