KBBA

90 tahun BOH menceriakan hidup keluarga kami | Ada BOH Ada Ummph!

Assalammualaikum dan hai semua.

Masih dalam mood Merdeka ke ni? Okay, hari ni Haida nak tanya soalan sikit dekat korang semua. Apakah minuman kesukaan ramai di Malaysia ni? Mesti ramai jawab "Teh & Teh Tarik" betul tak. Kalau sudah jawapannya teh, semestinya BOH la yang menjadi pilihan di hati.
Dekat Malaysia ni experteas BOH memang telah terbukti. BOH telah menjadi sebahagian daripada isi rumah dan telah mendapat kepercayaan selama 90 tahun iaitu semenjak tahun  1929. Ini kerana di setiap pelosok Malaysia ini, pasti ramai yang menggunakannya BOH sebagai sebahagian daripada minuman harian mereka termasuklah Haida. Walaupun BOH telah melalui pembaharuan dalam mempelbagaikan produk mereka, namun BOH tetap mengekalkan rasa, warna teh dan aromanya. Itulah yang membuatkan BOH sebagai minuman yang tidak dapat dipisahkan lagi dengan rakyat Malaysia. Dengan penambahbaikan yang dilakukan oleh BOH, ia dapat memberikan kita rasa lebih banyak Ummph! BOH sentiasa mengekalkan ketulenan daun teh mereka.
Boleh lihat sendiri kesegaran daun-daun teh dari ladang BOH
Dari hanya teh biasa, BOH terus memperluaskan pasaran mereka dengan menambah pelbagai jenis produk baharu. Dari hanya serbuk teh kini telah ada pelbagai jenis teh uncang seperti Potbag dan Jumbo Potbag yang semestinya dapat memudahkan lagi penggemar teh menikmati BOH. Selain potbag, kini BOH ada lebih kurang 10 kategori produk baharu seperti Instant Ice Tea, Black Tea, Teh Berperisa dan Serbuk Teh 3 dalam 1.
Potbag yang lebih mudah dibancuh
Teh pilihan keluarga Haida semestinya Teh BOH. Ada BOH Ada Ummph! Kenapa BOH? Jawapannya sebab abah Haida sememangnya gunakan jenama ni sejak dia kecil lagi. Umur abah Haida pun dah cecah 79 tahun tau. So korang boleh fahamkan kenapa keluarga kami memang memilih teh BOH. Sejak dari Haida kecil lagi memang arwah mak akan sentiasa sediakan seteko teh BOH di atas meja untuk kami sekeluarga. Pagi, tengah hari, petang mahupun malam, kalau abah minta je confirm mak dah sediakan.

Pada Haida BOH ni dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Walaupun Abah ni garang orangnya, tapi bila masa kite mengeteh atau bak kata orang sekarang tea time , Abah akan lebih banyak bersembang dengan kami anak-anak sambil bercerita pengalamannya menjadi skuad peninjau askar dahulu dan juga menjadi pemandu selepas berhenti askar. Abah juga selalu bercerita bagaimana waktu mengetehnya itu dimanfaatkan bersama rakan sekerjanya dahulu iaitu Uncle Samy dan Uncle Lim. Haida juga pernah jugak mengeteh bersama uncle tu. Haiii terimbau pulak kenangan zaman kanak-kanak dulu sebab Haida pun selalu ikut Abah jumpa kawan-kawannya setiap kali lepas balik sekolah. Sama seperti Haida dan rakan sekerja menikmati teh di waktu rehat kami. Ia dapat menyatukan keakraban rakan berbilang kaum ini.
Rakan sekerja yang berbilang bangsa, dapat menikmati BOH dengan aman dan harmoni.

BOH ni memang sesuai dinikmati tak kira waktu, masa sarapan pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Dalam majlis apa sekali pun pasti teh daripada BOH akan sentiasa ada bagi menyerikan lagi majlis. Pastinya teh daripada BOH dapat menggembirakan setiap orang. Dengan kekuatan pada aroma dan warna jingga keemasan yang mampu menaikkan selera untuk menjamu selera, serta rasa yang menyegarkan pasti tidak akan mudah dilupakan. Kerana itulah experteas yang telah BOH cipta selama 90 tahun ini. Ia juga begitu sinonim dengan  dengan rasa hebat seperti di hotel walaupun hanya di rumah mahupun di gerai tepi jalan. Boleh dinikmati panas-panas, bersusu atau berais, pasti rasanya membangkitkan rasa segar buat penggemarnya.
Teh'O ais pilihan Haida setiap masa


Teh'O panas pilihan Abah setiap hari.
Teh BOH ini sudah menjadi sebahagian dari kehidupan Haida sedari zaman kanak-kanak lagi. Kalau tidak ada sehari ibarat tidak lengkaplah hari Haida. Dari Abah sampailah ke anak buah, semua wajib minum teh O. Tengok sajalah macam mana happy diaorang dapat minum teh ni walaupun hanya teh'O sahaja.
Ada BOH Ada Ummph! Pilihan ramai rakyat Malaysia. Pastikan dekat rumah sentiasa ada stok potbag dari BOH ni tau.






CORETAN DIARI PINK

46 comments:

  1. Yeahhh boh mmg menjadi pilihan saya skeleuarga juga.. Memng ade ummph.. Rasa dia masih sama.. Dari nad kecil sampai ke besar dan berkeleuarga ni

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Memang minum boh kat rumah. Greentea pon guna boh punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul greentea dia pun sedap, tak de rasa pelik macam setengah produk tu

      Delete
  4. Cx pon suka boh! Bau wangi dan teh dia sedap! Terasa segar teh bila dah hidang panas² . Ngeteh petang hari dengan keluarga mmg best

    ReplyDelete
  5. Dah lama dah usia BOH ni rupanya.

    ReplyDelete
  6. patut teh dia segar yea. Rupanya ada kebun teh sendiri rupanya BOH ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesegaran dijamin. yang penting dalam Malaysia je ladangnya

      Delete
  7. Perghh terus layan tea BOH kat cameron tuuuu

    ReplyDelete
  8. Boh mmg antara jenama teh kegemaran saya dah keluarga. Suka pada rasa dan aromanya yang
    Memikat

    ReplyDelete
  9. Boh ini produk yang tidak asing di Malaysia amnya. Kekadang Naim layan gak. Lepas ini kena beli balik nampaknya. Terima kaish review

    ReplyDelete
  10. Takkan lupa singgah sg palas kalau naik ch. Best suasana.
    Dan surely akan beli teh boh pek besar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat wajib pergi kan. sebab rasa nyaman je dok sana

      Delete
  11. memang pengguna tegar teh Boh dari 3 keturunan..ehehe dari nenek mak & saya (cucu)..

    ReplyDelete
  12. Keluarga saya pun gunakan boh sahaja untuk buat teh setiap petang sejak saya kecil sampai sekarang.

    ReplyDelete
  13. Jenama BOH ni memang pilihan ramai kan. Rindu pulak nak ke Cameron. Yaya pernah masuk ke kilang BOH kat sana dan lihat sendiri cara proses daun teh yang berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ke Cameron jom. sambil menikmati teh Boh dekat sana

      Delete
  14. I went to their farm before. Memang best dan cantik. My children love this place too and drink the tea.

    ReplyDelete
  15. Boh ni memang sedap. Rasa teh nya memang layan sebab dari dulu memang minum boh ni. Tak sangka dah 90 tahun boh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. Haida pun tak sangka rupanya dah 90 tahun.

      Delete
  16. wajib support teh tempatan ni. kalau ke cameron memang akan singgah boh untuk restock. yg mek suka teh lemon dan strawberry. nyaman btol.

    ReplyDelete
  17. dari kecik suka minum teh boh ni sebab wangi dan pekat tak macam teh lain. Kalau pergi cameron tu memang banyak flavor dia jual. Suka sangat tengok & rasa

    ReplyDelete
  18. Boh memang barangan wajib dibeli setiap bulan. Rawlins akan minum teh boh o setiap malam sebelum tidur dan pastinya akan menenangkan Rawlins untuk beradu.

    ReplyDelete
  19. Dari dulu memang minum teh boh. Rumah saya sekarang ni memang minum teh boh. Teh boh sedap dan pekat tau. Memang kalau minum time panas tu. Nikmat sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun pekat rasa tak pahit kan. itu spesialnya BOH

      Delete
  20. Legend sunhguh Boh ni. 90 tahun dah tau. Bln depan nak pergi Cameron boleh lah singgah ladang teh Boh. Mesti seronok

    ReplyDelete
  21. sedapnye teh O ais limau... terbayang dah ni... sebenarnya, saya ni penggemar kopi, tapi dek kerana encik suami peminat tegar teh... automatik terus jatuh cinta juga dengan teh... lebih-lebih lagi teh Boh... wajib ada kat rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas pekena teh o ais limau.. bila sejuk pekena pula teh o limau panas... fuhhh.. baru ada Ummph!

      Delete
  22. Pagi-pagi minum teh o boh ni memang fresh rasa utk start buat kerja

    ReplyDelete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...