KBBA

Apa yang Menarik di KUALA LUMPUR? JOM TEROKA!

Assalammualaikum, Hai korang.

Nak cerita sikit, bulan lepas ada seorang kawan lama Haida yang baru sahaja menjejak kaki di bumi Malaysia. Disebabkan dia ni bekerja dan menetap di luar negara, boleh kira dengan jari berapa kali je pulang ke Malaysia. So masa dia balik ke Malaysia, dia ada minta Haida bawa dia jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Oleh kerana Haida pun tak berapa peka dengan tempat menarik yang ada kat sini, Haida pun start google dan jumpa la beberapa yang menarik.
Disebabkan Kuala Lumpur bukanlah Bandar yang besar seperti Bandar-bandar di negeri lain, Haida buat keputusan untuk naik pengangkutan awam je. Untuk memudahkan lagi perjalanan dia dari KLIA, Haida book tiket train KLIA Transit dari Traveloka dan pass pada dia via emel. So untuk korang, boleh la start follow Traveloka, who knows you will get top KLIA transit deals yang best-best dari Traveloka. Ceh. Speaking London you olsss. 
Sekarang guna apps je senang. Hehehe...
Meet up point kami di KL Sentral, pusat pengangkutan awam terbesar di tengah-tengah KL. Senang sebab semua ada kat sini. Lagipun Haida dari Ipoh so naik ETS pun senang terus ke sini. Sampai je kawan Haida ni, Haida bawak dia lunch di NU Sentral Mall. Muka dia agak macam rusa masuk kampung beb. Tercengang sekejap sebab katanya maju betul dah KL ni. Haida pun iyakan je la. Okay la, memang boleh dikatakan maju juga kalau nak dibandingkan masa Haida bekerja di Putrajaya dulu, KL Sentral ni tak ada mall pun. Haha. Lepas lunch, Haida start bawa dia pusing KL. Nak tau antara tempat menarik tak? Ni Haida ada senaraikan beberapa yang best berdasarkan apa yang Haida dah pergi. Syukurlah masih ingat lagi selok belok di KL ni.

1. Menara Kuala Lumpur
Kawan Haida ni jiwa berani, tak gayat, tak takut pada ketinggian. Tak macam Haida. So KL Tower menjadi pit-stop pertama untuk kami. Apa yang ada di KL Tower ni lebih kurang sama sahaja seperti di The Shore Melaka dan Rainbow Skywalk Penang. Ada dua aktiviti yang disediakan dalam KL Tower ni, iaitu SkyDeck dan SkyBox KL Tower. Apa yang syoknya dekat SkyDeck dengan SkyBox ni, korang boleh merasai betapa gayatnya berada kat atas tu. Sebab apa? Sebab korang akan berdiri dan berjalan di atas kaca yang ketinggiannya mencecah 300 meter. Fuh. Kalau jantung tak berdebar tu Haida salute la kat korang. Aku naik pun rasa macam hilang punggung dah. Tangan ni dah berpeluh teruk dah sebab gayat. Ngilu betul kat atas tu. Tapi korang jangan risau, kaca tu ada 3 lapisan dan setiap darinya setebal 3 inci. Syok beb. Boleh try ke sana nak tengok gayat tak gayat korang dok atas tu.


Tengok je pun dah berpeluh tangan.

2. Aquaria KLCC
Next pit-stop kami ialah Aquaria KLCC. Haha. Macam kelakar pula masuk Aquaria ni sebab mind-set Haida aquaria ni more to family type je. Tapi bila dah masuk, Haida macam teruja jugak la nampak ikan-ikan tu berenang melintasi kepala kami ni. Sebab kalau nak pergi menyelam lautan dalam tu, macam kabur je impian tu. Hahaha. So dalam aquaria ni korang akan jumpa macam-macam jenis ikan di laut, lebih-lebih lagi laut dalam. Jerung? Tak payah cerita. Besar gila jerung dalam ni. Dala aquaria ni ada underwater tunnel tau. Haa. Get ready la nak tengok jerung, pari, arapaima dan macam-macam lagi la ikan saiz super besar melintas. Korang boleh tengok secara slose-up gitu. Kawan aku pun agak kagum juga sebab aquaria ni tersenarai dalam 5 aquaria terbesar di Asia. Syabas MALAYSIA! Tepuk sikit. And, ikan jerung kat sini ada feeding time dia. Untuk yang bawak anak-anak boleh la plan jam berapa nak datang, so that dapat tengok staf dia bagi makan kat ikan-ikan dalam ni.

3. Taman Eko-Rimba Bukit Nenas
Lepas habis indoor, kami pergi ke Taman Eko-Rimba Bukit Nenas ni atau lebih dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL. Hirup udara segar pula kat situ. Kawan Haida yang tertanya-tanya, ada ke hutan tengah KL ni. Ada la oi. Moden macam mana pun KL ni, at least ada la tempat beriadah macam ni. Dalam taman rimba ni terdapat beberapa aktiviti dan temoat yang boleh dikunjungi antara nya canopy walk, trek jalan kaki yang dipenuhi tumbuhan dan pokok-pokok tinggi yang menghijau, selain daripada tu, terdapat juga taman orkid, taman herba, jungle trekking dan macam-macam lagi. Selalu orang KL akan datang untuk beriadah dan bersenam kat sini waktu hujung minggu. Boleh la bawa kawan dan keluarga. Free je untuk masuk. Gratis guys.

4. Taman Burung Kuala Lumpur
Kawan Haida ni pecinta burung. Hobi dia birding. Birding ni sama je dengan bird watching. Iaitu teropong burung. So Haida bawak la dia ke sini. Apa yang bestnya kat sini, korang boleh datang dan berinteraksi secara langsung dengan burung-burung ni. Maksudnya boleh pegang dan bagi makan. Sebab konsepnya konsep terbuka tanpa sangkar. Lebih 200 spesis burung yang ada kat sini so boleh bayangkan la macam mana punya seronok kawan Haida tu. Kalau yang datang dengan family, lagi la sesuai. Jangan lupa bawa minuman yang secukupnya ya. Takut korang penat berjalan nanti.

5. KLCC Lake Symphony
Okay. Yang ni tempat kami lepak malam-malam sambil layan lampu dan air pancut. Sedap juga angin malam kat sini. Kami ke sini lepas makan malam. Air pancut ni beroperasi dari jam 7 malam sehingga 10 malam. So boleh la bergambar dan borak dengan kawan-kawan ni. Terletak di Suria KLCC. Nasib tak jauh dari hotel. So boleh jalan kaki je.

Selesai semua tugas Haida jadi tour guide tak berlesen dengan kawan Haida ni, esok nya lepas tengah hari dia dah nak berangkat ke Johor pula ada urusan yang perlu diselesaikan. Kat mana kami meet-up hari tu, situ juga aku hantar dia. Sebabkan dia taknak buang masa ke airport, Haida book airport express untuk dia. Setel semua, berakhirla cuti-cuti Kuala Lumpur. Haida pun pulang ke Ipoh balik rumah dan sambung rehat. So tu je setakat ni. Nanti kalau Haida ada explore lagi, Haida share okay. Thank you sebab membaca. Jumpa lagi!



CORETAN DIARI PINK

34 comments:

  1. Replies
    1. Mcm2 aktiviti boleh buat kan. Sbb tu sanggup turun dr Ipoh

      Delete
  2. eh boleh tempah train guna app ye. menarik jugak ni nak ke kl nanti.

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai lagi taman burung tu. Insyallah, cuti ni kalau berkelapangan nak bawa anak-anak ke sana pula.Thanks info

    ReplyDelete
  4. Marina pon kalau ke kl sengsorang naik pengangkutan awam je. Dah lama tak gi menara kl tu. Traveloka pon boleh book tiket train dari klia ye. Jimat masa

    ReplyDelete
  5. min tak pergi lagi Eco-tropika tuu teringin

    ReplyDelete
  6. wahhh.. TB yang dok KL ni pun tak pernah pi tempat yang tersenarai diatas tu yang uii.. paling teringin nak pi Aquaria KLCC tu.. harap one day dapat bawak harraz pi sana.. heheeh

    ReplyDelete
  7. No. 3 tak lepas pergi lagi. InshaAllah one day akan jejak juga.
    Banyak je spot2 yang best kat KL nun, antara rajin dengan tak je nak explore, kan.

    ReplyDelete
  8. setakat ni, walaupun asal KL, stay n membesar di KL, tak tergerak lagi nak naik ke KL Tower.huhuhu

    Aquaria KLCC tu, suka pergi tapi x puas sebab tmpt dia kecik sgt, pusing kejap je dh smpai exit.rasanya macam dh puas baca info pasal ikan dlm tu, haha

    ReplyDelete
  9. cantiknya lake symphony tu, dulu pergi tak pernah nampak pun dia berseni macam tu. Dah lama duduk KL tapi tak pernah lagi jejak Menara KL. Teringin jugak nak naik kat atas tu

    ReplyDelete
  10. kl is really a nice place... visited those places.... wanna go again.. since it's near near. hehehehhe.... happy visiting kl

    ReplyDelete
  11. bagus ni.. senang nak survey nak bawak anak-anak berjalan ke mana bila datang KL..

    ReplyDelete
  12. Setakat ni dah habis jelajah KL. Namapun orang kl . Tapi lama dah tu, sekarang tk tau mcm mana rupa tmn burung tu dgn menara

    ReplyDelete
  13. Wah. Guna apps traveloka ke? Best2. Tapi sempat ke nak lawat semua tmpt ni dalam sehari . Mesti penat nanti. Aquaria best bawak anak2 kan. Tengok ikan jerung depan mata 😅

    ReplyDelete
  14. Lama tak ke taman burung tu, nak bawak anak2 pon asyik bertangguh je. Haha. Yang lain memang dah tick sesiap dah..tp boleh repeat lg lah nanti..

    ReplyDelete
  15. menra KL. 3 tempat lagi yang tak kunjungi sekitar menara KL. KLCC memang dah khtam semua, alhamdulillah. insyaAllah Disember 2019 ni kalau sempat singgah menara KL sekali lagi, boleh ke taman eco and mini zoo sekali.

    ReplyDelete
  16. wahh bagus perongsian ni..macama summary write up apa yang menarik di kl...menara kl u sy pernah dtg 2 kali jer...utk dining dan mini zoo ..mmg best dan puas hati

    ReplyDelete
  17. Utk org johor mcm nur, article ni mmg sgt2 berguna utk nur refer 1 hr nanti bila nak jalan kl. Tq share...

    ReplyDelete
  18. Kuala Lumour ni memang banyak tempat tempat mensrik untuk diteroka. Cuma kadang kadang tak ter explore pulak. Kadang pergi KL blur fak tahu nak pergi mana padahal banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  19. kl mmng banyak tempat menarik..tapi nad duduk kl pun tak teroka semua lagi..hehee

    ReplyDelete
  20. Kuala Lumpur di hatiku! Walaupun dah 7 tahun menetap ni Penang lepas kahwin (sebelum ni pun belajar bertahun-tahun kat Penang), KL tetap di hati. Kampung pun kat KL hahaha

    ReplyDelete
  21. Semua yang menarik kat KL ni kita dah pernah pergi hehehe memang best yang paling suka adalah Taman Burung dan juga Menara KL tu Taman Rimba Eko satu-satu hutan kat tengah bandar KL sangat tinggi naik titi gantung kat situ best..

    ReplyDelete
  22. Walaupun dah lama jugak stay dkt area lembah klang, tapi still belum pernah naik menara kuala lumpur tu. Teringin sgt daripada kecik smpai skrg. Berapa ya harga skrg?

    ReplyDelete
  23. Wahhhh semua tempat yang tersenarai ni saya dah pernah pergi!! Kecuali Bukit Nenas canopy walk tu je belum pernah sebab masa saya gi, hutan ni ditutup sebab under construction. Boleh la pergi sekarang yeee. Masuk hutan di tengah2 KL ni best jugaaa.

    ReplyDelete
  24. Kita yang dok lama Kat sini pun kekadang tak Tau Ada tempat yang macamni menarik Kat kl ni kan

    ReplyDelete
  25. Baru tahu tengah2 KL ada Taman Eko-Rimba Bukit Nenas. Boleh ajak somi pergi nie..

    ReplyDelete
  26. Lepas ni singgah KL nak singgah Aquaria KLCC plak. Sebab best boleh jalan2 tempat lain sama.

    ReplyDelete
  27. KL banyak tempat menarik tapi tak habis jelajah lagi. huhu

    ReplyDelete
  28. banyak bagi tempat kat kl cik sue tak teroka walau dok lembah klang je,oh mmg mudah guna public transport di sini.

    ReplyDelete
  29. wahh pusing 1 Key Ell ye Haida :)

    ReplyDelete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...