KBBA

nuffnang

Joint Wellness dan Bowel Welness by Himalaya menjadi pilihan Haida

Assalamualaikum dan hai semua.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan salam Merdeka dan Salam Awal Muharam. Bersyukurnya kita sudah 62 tahun negara kita Merdeka. Tapi kali ni bukanlah Haida nak cerita pasal merdeka. Tapi nak cerita pasal dua produk Himalaya yang Haida dah gunakan.

Sebelum ni Haida selalu dengar pasal kebaikan produk ni. Tapi tak pasti sejauh mana berkesannya pada Haida. So bila tengok kawan-kawan ramai yang sudah pun mencuba, apa lagi Haida pun tak nak la lepaskan peluang ni. Kebetulan ibu jari Haida pun tengah sakit masa tu, so Haida cuba Joint Wellness dan Bowel Wellness. Dekat Ipoh tak ada Himalaya so Haida berjaya dapatkan dekat Watson.
Haida akan sakit-sakit pada ibu jari, sampaikan nak bengkokkan ibu jari pun terasa sakit sangat. So masa tu Haida ada terbaca pasal supplement Joint Wellness daripada seorang kakak ni. Kak Saidila ada syorkan produk Himalaya ni untuk masalah sendi. Haida pun teringinlah nak cuba. Sekarang sudah hampir sebulan Haida gunakan. Haida ambil 2 biji pada waktu pagi sebab setiap kali lepas bangun tidur jari Haida akan rase lebih sakit dan agak sukar nak lakukan pergerakan.

Ibu jari sebelah kiri. Urat timbul bila sakit

Ibu jari sebelah kanan.
Pergerakan terbatas, rasa sakit bila gerakkan macam ni.
Alhamdulillah, sekarang rasa sakit tu semakin berkurangan cuma sentap pada jari tu sahaja tak hilang lagi. Sekarang sakitnya tidaklah seperti mula-mula Haida kena tu. Masa mula tu bila sakit je urat semua habis timbul dibuatnya. Teruk jugalah Haida menahan kesakitan. Ini adalah supplement so kena terus amalkan bukan setakat makan sebotol tak berkesan lepas tu berhenti pengambilan. Cara tu salah tau dan jangan amalkan.

Untuk makluman korang, Joint Wellness ni  dapat mengelakkan sendi kita mengalami kerosakan. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan arthritis serta meningkatkan fungsi sendi. Macam sakit yang Haida alami ni semakin beransur pulih. Cara pengambilan pun mudah je, korang boleh ambil 1 hingga ke 2 tablet dua kali sehari. Jont Wellness ni menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan iaitu Shalakki.
Selain dari masalah sendi tu, Haida ni sememangnya dari kecil lagi ada masalah penghadaman tak betul. Hehehe, malu pula nak cerita. Tapi itulah hakikatnya. Ada masanya sampai seminggu tak boleh buang air besar, lepas tu mulalah sakit kepala sebab toksik dalam badan dah meningkat. Sebelum ni macam-macam cara Haida dah cuba tapi dia berkesan sekejap je lah. Lepas tu jadi balik. Sampaikan Haida pernah cuba makan betik dan pisang dalam kuantiti yang banyak hanya semata-mata nak keluarkan apa yang tak keluar tu. Hahaha. Haida tau cara tu salah tapi kalau dah seminggu tak boleh membuang azabnya memang migrain tak berhentilah jawabnya.

Selain itu Haida juga pernah sampai tahap pergi ke klinik untuk dapatkan ubat seperti minyak bagi melancarkan sistem perkumuhan tu. Tapi tak kan la setiap kali habis ubat nak kena pergi klinik lagi kan. Tapi sejak Haida amalkan Bowel Wellness dari Himalaya ni, tak lah tunggu seminggu baru nak keluar. Setiap hari proses tu akan berjalan lancar je. Barulah perut pun tak meragam dan kepala pun tak sakit lagi. Ini kerana Bowel Wellness ni ada menggunakan herba Triphala yang dapat melegakan perasaan sembelit serta membantu aliran usus normal. Selain itu ia juga menyokong detoksifikasi yang normal, makanya ia dapat melancarkan semula sistem perkumuhan kita. Cara pengambilan hanya perlu ambil 1 biji hingga ke 2 biji untuk dua kali sehari. Korang kena try tau, InShaaAllah korang akan dapat rasakan perubahan tu. Sebab Haida dah cuba. 
Setelah 3 minggu Haida gunakan produk Himalaya ni baru lah Haida berani nak cerita dekat blog. Sebab Haida nak tengok sejauh mana ia berkesan pada Haida. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja dan Haida pun puas hati gunakan Joint Wellness dan Bowel Wellness ni. So kalau korang nak cuba korang boleh dapatkan di Butik Himalaya yang terdekat. Apapun korang yang ada masalah serius tu korang kena dapatkan dahulu nasihat daripada doktor tau. Mungkin ada kesan sampingan pada orang yang hipisensitif, orang yang mengandung dan yang menyusukan.

Untuk maklumat lanjut:

Website : Himalaya
Facebook : Himalaya Healthcare
Instagram : himalaya

CORETAN DIARI PINK

2 comments:

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...