KBBA

Mengisi masa lapang di Gunung Lang, Ipoh.

Assalammualaikum dan hai semua.

Masa cuti merdeka hari tu Haida bawa anak buah jalan-jalan di Taman Rekreasi Gunung Lang. Mulanya ingat nak bawa tengok perbarisan tapi apakan daya perbarisan kali ni dibuat di Taiping. So kita ubah program.

Lepas pergi breakfast dengan Kema dan makcik, kami terus ke sini. Diaorang pun tak pernah lagi pergi ke seberang naik bot. So hari ni datang pagi so sempat la nak buat aktiviti lebih sikit. Last year Haida bawa tapi dah petang so tak sempat nak naik sebab last kaunter jual tiket bot pukul 6. Harga tiket murah je RM1.50 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM3 untuk dewasa.
Dekat seberang tasik ni ada kawasan ala-ala mini zoo untuk pelawat datang. Haiwan yang ada tak banyak, tetapi boleh la untuk anak-anak nak seronokkan diri. Dekat sini ada Kuda Pony, Rusa, Burung Unta, Ayam Hutan, Burung, Lembu Bali dan ada juga monyet yang berkeliaran di sekitarnya. Seronok jugaklah budak-budak ni dapat tengok binatang-binatang ni.





Selain tu ada juga rumah Perak untuk diaorang ni tengok. So dapat la kenal macam mana rumah Perak yang sebenar. Diaorang pun teruja la nak naik tengok setiap rumah yang ada. Selain dari diaorang dok panjat menara yang ada dekat sini. Lepas tu seronok diaorang main mainan yang ada dekat taman permainan ni. Seronok sangatlah diaorang sebab Acu pun dah lama tak bawa diaorang jalan kan. 

Lepas tu puas lah diaorang ni bergambar dekat kawasan ni. Okay kalau korang datang ke Ipoh ni korang boleh la singgah ke sini untuk berekreasi. Kawasan ni juga ada banyak ikan so korang boleh bagi ikan makan. Ada juga jual makanan ikan dengan harga RM1 sebungkus lepas tu bagi la makan ikan tu puas-puas. Hehehe.




Ini lokasi yang korang boleh cari dekat maps ye.


CORETAN DIARI PINK

2 comments:

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...