KBBA

McDonald's sumbang lebih RM560,000 | Program Komuniti bantu golongan memerlukan di Kedah

Assalammualaikum dan hai semua.

Nak tanya ni, korang tahu tak pasal Program Komuniti McDonald's dalam membantu  golongan yang memerlukan ni. Okay kalau korang belum tahu lebih lanjut biar Haida ceritakan serba sedikit mengenai prgoram ini, McDonald's dan juga RMHC.

Sumbangan Peringkat Negeri Kedah

Pada 18 November yang lalu pula, McDonald's telah menyumbang lebih RM560,000 bagi membantu golongan yang memerlukan di Negeri Kedah Darul Aman. Inilah salah satu inisiatif yang telah dilakukan oleh McDonald selaku syarikat khidmat segera yang terkemuka. Secara tidak langsung ia dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan di seluruh negara kita.
McDonald’s Malaysia memberi kembali sebanyak RM569,000 kepada negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’.
Kali ini Program Komuniti Peringat Negeri Kedah ini telah diadakan di restoran terbaharu McDonald's iaitu McDonald's Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. Pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang telah diumumkan, antaranya ialah pembayaran zakat perniagaan McDonald's, perlantikan belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald's dan penyerahan pek "Kembali ke Sekolah" kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Program ini banyak membantu golongan masyarakat yang memerlukan serta mengetengahkan komitmen McDonald's dalam melaksanakan aktivit-aktiviti kemasyarakatan. Pembukaan restoran terbaharu ini juga dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan memberi peluang pekerjaan dan pembangunan bakat pada masyarakat setempat.

YAB Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merupakan tetamu kehormat telah hadir ke majlis tersebut. Menurut YAB Menteri Besar Kedah, sebanyak RM4 juta telah diperuntukan melalui Bajet Kedah 2020 dalam usaha membasmi kemiskinan dan projek pembangunan sosial. Beliau juga memuji Program Komuniti yang telah dianjurkan oleh McDonald's ini.

Agihan  Zakat

Untuk pengetahuan korang semua, McDonald's tidak lupa dengan kewajipan membayar zakat yang berjumlah RM101,000 khas untuk Negeri Kedah. Secara tidak langsung turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan ia merupakan entiti perniagaan yang pertama telah menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia ni. McDonald's telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu syarikat di bawah Reza Group dari Arau Saudi.
Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia sebanyak RM101,000 untuk negeri Kedah bagi tahun 2019 kepada Ustaz Mohd. Suraidi Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Lembaga Zakat Negeri Kedah, sambil disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Inisiatif Pekerjaan (SLDN McDonald's)


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald's telah menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald's dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah selama 18 bulan dan ia adalah latihan berteraskan industri. Program ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia dan merupakan salah satu usaha restoran khidmat segera utnuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan. Semua belia di negeri Kedah dialu-alukan untuk menyertai program ini. Hampa orang Kedah jom pakat mai sertai program ni tau. Sebab hampa semua boleh menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans serta makanan percuma sepanjang mengikuti latihan ni.
(Tengah) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bersama para pelatih SLDN McDonald’s, semasa Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2019.
Program "Kembali ke Sekolah"

Pek "Kembali ke Sekolah" telah diberikan kepada 1,6080 orang kanak-kanak dari 56 buah sekolah di seluruh Kedah untuk tahun ini. Program ini adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's dan Persatuan Kebajikan Ronal McDonald (RMHC) Malaysia dengna kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebenarnya Program "Kembali ke Sekolah" 2019 ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengah Oktober yang lepas. 
(Kiri ke Kanan) Encik Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia memakaikan pakaian seragam yang baru untuk kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti  Peringkat Negeri Kedah 2019.
Korang tau tak? Sumbangan kali ini mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak menerima sumbangan ini dan ia adalah yang terbesar setakat ini. Berbanding RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi sumbangan sebanyak RM1.2 pada tahun 2018.

Bagusnya program ini, ia dapat lah meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin bandar seluruh negara menjelang tahun persekolahan 2020 akan datang dan akan disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia.
Bertuah adik-adik penerima bantuan dari McDonald's ni, sebab diaorang bakal menerima set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stokin dan beg sekolah bernilai RM100.
(Kiri ke Kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika upacara memotong riben menandakan pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.
Seperti yang korang sedia maklum, McDonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia. Untuk makluman korang McDonald's mempunyai pelanggan melebihi 70 juta sehari di lebih 100 buah negara seluruh dunia. McDonald's telah pun beroperasi selama 37 tahun di Malaysia. Woowww, lebih kurang umur Haida dah tau. Dekat Malaysia sahaja McDonald's mempunyai lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 290 restoran. Dengan adanya McDonald's ni, ia telah mempunyai lebih 14,000 kakitangan diseluruh negara yang secara tidak langsung telah memberi peluang pekembangan karier. latihan dan pembangunan.

Ronald McDonald's House Charities (RMHC) Malaysia pulak telah ditubuhkan pada Februari 1990. Ia bukanlah organisasi yang berasaskan keuntungan tetapi ia diwujudkan dengan misi untuk mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC ada empat program yang telah dijalankan untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.
1. Rumah Ronald McDonald
2. Bilik Sensori Ronal McDonald
3. Gifts of Smile dan
4. Program Pek Kembali ke Sekolah.

RMHC terlibat dalam memberi impak dalam pembiayaan lebih RM27 juta sejak 29 tahun yang lalu. Program-program ini dijalankan dengan hasil sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald's dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Ok jap, korang kalau nampak tabung dekat depan kaunter tu jangan lupa berikan sumbangan tau. Walaupun kecil tapi ia sangat bermakna buat mereka yang menerima.

Semoga lebih banyak syarikat korporat yang bakal mengikut apa yang telah dilakukan oleh McDonald's di masa akan datang.



CORETAN DIARI PINK

6 comments:

  1. Banyak program kebajikan dijalankan oleh McDonalds... jadi kita tahulah sekarang pegi mana duit derma kita tuu sekarang.. lepas ni rajin2 laa derma kt tabung kecik tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. walaupun sedikit tp banyak bg yg memerlukan

      Delete
  2. Baru tahu mc donald ade bt program mcm ni..nice info

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Haida pun sebelum ni tak tahu juga

      Delete
  3. satu projek CSR yang baik dari MCD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hope semua ini dicontohi syarikat lain juga

      Delete

Pengulas nak ulas sini

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...