KBBA

Azyma Care Sabun Tanah Liat ... Biar betul! Tak berbau ke?

Assalammualaikum dan hai semua.

Sorry sebulan lebih dah tak berceloteh di sini. Maklumlah penutupan akaun akhir tahun kan disambung pulak dengan kekangan kerja awal tahun. Okay siapa yang follow Haida dekat FB mesti tau pasal masalah kulit yang Haida alami. Disebabkan itu Haida cuba satu produk ni namanya Azyma Care.
Masa dapat produk ni sebenarnya, Haida baru tahu ia berasaskan tanah liat. Haida pada mulanya tertanya-tanya sabun tanah liat? betul ke berkesan?  Buka je produk ni dalam hati berkata "ishk... tanah liat? biar betul ni. Mesti ada bau tanah. Ermmmm." Serius itulah first impression Haida terhadap produk Azyma Care ni. Tapi betullah bak kata pepatah melayu kata "tak kenal maka tak cinta" atau omputih pulak kata "don't judge the book by its cover".

Perkara pertama Haida nak tau adalah bau dia. Biasalah kita ni perempuan bukan nak sangat kalau bau yang pelik-pelik ni. Tapi macam yang Haida katalah... Anggapan tu meleset sama sekali, masa buka penutup tu dah terasa bau segar dia. Terus eksited Haida nak mencuba. Alhamdulillah dah habis dah satu botol, so sekarang boleh cerita pengalaman Haida menggunakannya.

Hari pertama, Haida gunakan lebih pada kaki yang kering tu. Ramai kata itu ekzema, kalau sebelum ni Haida sabun pada kaki tu, ia akan buat rasa lebih gatal dan mulalah tangan ni menggaru sambil sabun dan akhirnya tak sedar ia melecet atau luka. Tapi dengan sabun tanah liat dari Azyma Care ni "ehh.. tak ada pulak rasa gatal nak menggaru tu" itu ayat spontan masa Haida mandi. Alhamdulillah semakin teruja Haida nak gunakan. Nampak kesan ketara tau bila kita pakai secara konsisten. Siapa yang mencuba pasti akan rasai perbezaannya.

Sampaikan masa Haida bercuti di Cameron Highlands pun Haida bawa juga sabun Azyma Care ni. Maklumlah sebab sejuk, so bila sejuk kaki tu gatalnya mesti menjadi-jadi. Tapi dengan adanya sabun tanah liat dari Azyma Care ni semua tu bukan masalah lagi.
Disebabkan Haida berpuas hati dengan penggunaan sabun tanah liat dari Azyma Care ni makanya Haida pun mencarilah info serba sedikit pasal produk ni untuk mengetahui bahan apa yang digunakan. Bahan asas produk ini adalah tanah liat koalin. Selain itu, produk ini juga ada ekstrak botani seperti chamomile, lavender, timun dan aloe vera. Antara kebaikan Azyma Care ni adalah:


  • ia sesuai digunakan untuk seisi keluarga (2 tahun ke atas)
  • dapat menghilangkan bau badan
  • mampu merawat ekzema
  • merawat kulit sensetif dan gatal-gatal
  • melembatkan kulit


Paling penting Azyma Care ni ada sijil pengessahan Halal dari Jakim dan Sijil KKM.

MS2200(Part1)"2008
1225-01/2019

NOT 181101141K

Untuk maklumat lanjut korang boleh la ke:

Laman web: Azyma Care
Facebook: Azyma Care
atau order terus di
Whatsapp: Senarai Nama Azyma Care

CORETAN DIARI PINK

3 comments:

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...