KBBA

Royal Belum Dan Masyarakat Orang Asli. Apa Yang Menarik Di Sini?

Assalammualaikum dan hai semua.

Okay memandangkan sudah lama Haida tak berbicara dekat sini, kali ini korang kena baca panjang lebar sikitlah nampaknya. Hahahaha. #gurauje

Selama ni Haida memang teringin sangat nak ke Royal Belum, tapi apakan daya tak ada pula yang nak bawa dan selalu ada je kekangan. Kali ni bila dengar ada program ni, secara sukarelanya Haida nak join sekali. 
Tujuan ke sini adalah untuk membuat pembayaran dividen dan juga penyerahan bakul makanan di dua kampung orang asli yang ada sekitar Tasik Banding ni. Penduduk di sini adalah dari suku kaum Jahai. 
Kami bertolak dari Ipoh pada jam 0840 pagi dengan menggunakan bas. Waahhh terasa macam naik bas nak balik kampung pula. Hahaha. Kami berhenti untuk sarapan pagi di Kuala Kangsar dan meneruskan perjalanan ke Hentian Royal Belum. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam 40 minit untuk sampai ke jeti baru untuk menaiki houseboat.
Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat, so houseboat kami akan bergerak pada jam 1430 petang. Jadinya yang lelaki akan ke Kem berdekatan untuk solat Jumaat manakala kami yang perempuan akan memasak untuk makan tengah hari.
 
 

Houseboat yang kami naik ni agak besar dan selesa juga. Ia mampu memuatkan seramai 40 orang. Selain itu ada juga tempat untuk memasak dan juga ada disediakan kemudahan tempat BBQ dan karaoke. Houseboat ini juga sediakan katil yang selesa tau. Tak adalah kita nak sakit-sakit badan tidur atas lantai ke toto ke kan.
Ada 3 jenis katil -  double decker single dan double decker single+twin (nanti tengok dalam video)
Bilik 6 orang
Untuk hari pertama, kami membuat penghantaran di Perkampungan Orang Asli Kg Klewang. Mereka ini berpindah dari Kg Aman Damai dan membuat satu penempatan baharu di sini. Satu pengalaman yang baru bagi Haida bila pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Melihat anak-anak kecil bermain tanpa gadjet adalah lebih bermakna, kerena Haida terimbau kembali saat zaman kanak-kanak 90'an dulu.  

Sempat juga bersembang bersama mereka
 

Kami dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan untuk menyampaikan pembayaran dividen dan bakul makanan, manakala kumpulan satu lagi memberi sedikit buah tangan seperti gula-gula dan kek kepada anak-anak orang asli di situ.
Pemberian Bakul Makanan (Beras, biskut, keperluan asas dapur)

Paling gembira adalah anak-anak ini bila dapat makanan yang jarang mereka dapat.
Kemudian houseboat kami meneruskan perjalanan ke kampung berikutnya iaitu Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Tetapi kami transit dahulu untuk bermalam kerana bakul makanan akan dihantar pada keesokkan paginya. Sementara itu sempatlah kami buat aktiviti riadah sementara tunggu malam.

Sesi sebelah malam kami selitkan sekali majlis perpisahan salah seorang rakan sekerja yang bakal bersara pada 14 Februari nanti. En Hashim ni dah lama berkhidmat dan seorang yang sangat teliti dalam menjalankan tugas hariannya. Apa yang penting, beliau ni sentiasa berpakaian kemas tak kira di mana dan setiap Jumaat pasti sentiasa berpakaian lengkap berbaju melayu siap bersampin. Hehehe.

Atas houseboat ni sempat jugalah kami buat BBQ untuk makan malam. Kemudian ada juga yang pergi memancing dan berkaraoke untuk mengisi masa di malam hari. Maklumlah kami masih berada di atas Tasik Banding yang terbentang luas ni. Itulah aktiviti yang mampu dibuat.
Keesokkan paginya yang perempuan mula sibuk membuat persiapan sarapan pagi, manakala yang lelaki mula mengumpul barang-banrang bakul makanan untuk di hantar ke Kampung Sungai Tiang. Alhamdulillah air pasang dan tidak memerlukan kami untuk berjalan di dalam air. Untuk pengetahuan korang, kalau air surut kebiasaannya mereka terpaksa berjalan lebih kurang 1 kilometer untuk sampai ke kampung tersebut. Kalau naik bot tu tak sampai 10 minit dah sampai.
Perkampungan ke 2 - Kampung Sungai Tiang
Di perkampungan inilah terletaknya sekolah untuk anak-anak orang asli di sekitar Tasik Banding ni iaitu SK Sg Tiang. Seperti di kampung yang sebelumnya, kami berjalan dan memanggil anak-anak yang ada untuk berkumpul di dataran so boleh la kami bagi coklat untuk mereka. Saja nak bagi happy dekat diaorang. Diaorang bukan macam anak-anak kita yang senang untuk dapatkan coklat macam ni kan. Haida pun tidak ketinggalan untuk membeli sendiri coklat dan beri pada mereka sercara peribadi. 

 
Setelah selesai pemberian bakul makanan tersebut kami pun bergerak ke houseboat semula untuk mengambil beberapa barang dan terus bergerak ke Taman Negeri. Kalau ikutkan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke taman tersebut. Tetapai apakan daya malang tidak berbau. Tiba-tiba bot yang kami naik tu mengalami kerosakan enjin, makanya kami tersadailah sekejap di tengah-tengah tasik tu. Mujurlah tidak lama, bayangkanlah kami tiada apa-apa alat komunikasi yang dapat membantu. Kami hanya mengharap agar ada orang yang lalu atau pun houseboat kami sampai... Setelah lebih kurang 30 minit kami tersadai di situ, akhirnya houseboat kami pun sampai. Syukur Alhamdulillah... 
Semasa perjalanan pulang ke houseboat dari Kg Sg Tiang

Semasa kami terkandas di tengah tasik
Kemudian kami pun bertukar kepada bot lain. Bila sampai kami rasa teruja sangat bila dapat lihat ada air terjun di kawasan tasik macam ni. Kalau nak tahu, di sini lah terletaknya bunga pakma ataupun Rafllesia di semenanjung ni. Betul-betul teruja bila dapat merasai semua ni. Di sini juga ada Santuari Ikan, dapatlah bermain-main dengan ikan kelah dekat sini. 




Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Keterujaan nak sampai ke sini tak dapat nak gambarkan. Buat pertama kalinya buat kerja tak terasa kepenatan tu sebab hati gembira. Kami tiba di darat semula pada jam 1350 petang kemudian bas bergerak pada jam 1430 petang. Singgah solat dahulu di Hentian Perak dan bertolak semula ke Ipoh. Dan tepat 1730 petang kami pun tiba semula di pejabat dan bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Terima kasih sebab bagi peluang untuk merasai pengalaman indah ini. Ada rezeki nak merasa ke Perkampungan Orang Asli Sungai Kejar pula. Terima kasih jugak untuk korang yang sudi membaca celoteh Haida yang tak seberapa ni. Jumpa lagi next post okay. Sambil tu jangan lupa tengok video di youtube Haida ni.




CORETAN DIARI PINK

About Us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...